Pesakit Diabetes Lebih Ramai Maut Kerana Penyakit Kardiovaskular!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Sehingga kini, lebih daripada 3.5 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan jumlah ini dijangka akan meningkat kepada 7 juta menjelang tahun 2025. Ya, angka yang terdapat dalam statistik yang dikeluarkan oleh Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015 ini memang sangat menakutkan. Pun begitu, apa yang lebih membimbangkan adalah kenyataan di mana pesakit diabetes lebih ramai maut bukan kerana diabetes itu sendiri tetapi penyakit yang lain iaitu penyakit kardiovaskular!

Persoalannya, apakah kaitan sebenar antara diabetes dengan penyakit kardiovaskular sehingga boleh mengakibatkan maut? Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila ikuti artikel ini.

Kempen For Your Sweetheart

Bersempena dengan Hari Jantung Sedunia, sebuah kempen kesedaran dan pemahaman tentang kaitan penyakit diabetes dengan penyakit kardiovaskular iaitu For Your Sweetheart telah dilancarkan oleh Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS) bersama dengan Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES) dan disokong oleh Boehringer Ingelheim, salah sebuah syarikat farmasi terbesar di dunia.

Menurut Dr. Zanariah Hussein, Presiden MEMS dan Perunding Endokrinologi di Hospital Putrajaya, kira-kira 50.3% kematian pesakit diabetes adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular dan bukannya diabetes itu sendiri. Disebabkan itu, kempen seperti ini adalah diperlukan untuk mendidik orang ramai di luar sana tentang kaitan diabetes dengan penyakit kardiovaskular terutamanya bagi yang menghidapnya.

Manakala, menurut Siah Guan Jain, Presiden MDES dan Ketua Pendidik Diabetes di Institut Jantung Negara (IJN) pula, jurang kesedaran dan pemahaman tentang kaitan antara diabetes dengan penyakit kardiovaskular adalah sangat besar. Jadi, didikan yang lebih dalam kepada pesakit diabetes perlu diberikan terutamanya cara-cara melindungi jantung mereka bagi mencegah komplikasi yang lain pula.  

Berbalik kepada persoalan utama ini, apakah kaitan sebenar antara kedua-dua penyakit ini?

Diabetes dan kaitannya dengan penyakit kardiovaskular

Tahukah anda bahawa pesakit diabetes berisiko 4 kali ganda diserang penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung atau strok? Ini terutamanya jika pesakit itu tidak mengurus dan menjaga kesihatan mereka dengan baik. Bukan itu sahaja, golongan ini juga sebenarnya turut terdedah kepada faktor risiko lain seperti tekanan darah tinggi, tahap kolesterol dan paras gula yang tinggi, sekali gus meningkatkan risiko serangan penyakit kardiovaskular jika tidak dirawat.

Terdapat 3 jenis penyakit kardiovaskular yang boleh dihadapi oleh pesakit diabetes, iaitu:

  • Penyakit arteri koronari
  • Kegagalan jantung
  • Kardiomyopati diabetes

Pun begitu, kesedaran dan pemahaman orang ramai mengenai kaitan antara penyakit kardiovaskular dengan diabetes masih berada pada tahap yang sangat rendah.

“Di negara kita, kira-kira separuh daripada pesakit jantung juga sebenarnya menghidap diabetes dan turut terdedah sebanyak 2 kali ganda kepada risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular. Jadi, sangat penting bagi pesakit diabetes untuk mengawal paras gula, tahap kolesterol dan tekanan darah mereka”. Ujar Profesor Dr. Chee Kok Han, Perunding Kanan Kardiologi di Pusat Perubatan Universiti Malaysia dan Profesor di Universiti Malaya.

Oleh itu, orang ramai di luar sana sebenarnya perlu mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai kaitan antara kedua-dua penyakit ini. Jadi, buat penghidap diabetes di luar sana, sentiasa kawal paras gula, tahap kolesterol dan tekanan darah anda untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Membongkar 4 Mitos Tentang Terapi Insulin

    Terapi insulin boleh menjadi alternatif kepada rawatan pesakit kencing manis. Ia boleh mengawal paras gula di dalam darah dengan cara...

    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 20/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 5 Perkara Yang Mesti Pesakit Diabetes Lakukan Setiap Masa, Setiap Hari! Jangan Lalai

    Kami senaraikan beberapa perkara atau aktiviti penjagaan diri bagi pesakit kencing manis agar penyakit diabetes yang dialaminya dapat dikawal dengan baik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 14/10/2020 . 4 minit bacaan

    Dialisis, Rawatan Untuk Pesakit Buah Pinggang Yang Berkos Tinggi, Ada Alternatif Lain Ke?

    Mungkin ramai sudah tahu tentang apa itu dialisis namun belum arif tentang siapa yang perlu buat rawatan ini bukan? Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Urologi, Penyakit Buah Pinggang 05/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jus buah-buahan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    penjagaan pesakit kencing manis

    Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Diabetes? Jika Anda Nak Hindarinya, Ikut 5 Langkah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    orang pendek

    Alamak! Pakar Kata, Orang Rendah Lebih Berisiko Untuk Dapat Diabetes! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
    bahan masakan

    Nak Makanan Sedap Tapi Perlu Kawal Gula, Lemak? Pesakit Diabetes Boleh Guna 13 Bahan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan