backup og meta

Pesakit Diabetes Lebih Ramai Maut Kerana Penyakit Kardiovaskular!

Pesakit Diabetes Lebih Ramai Maut Kerana Penyakit Kardiovaskular!

Sehingga kini, lebih daripada 3.5 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan jumlah ini dijangka akan meningkat kepada 7 juta menjelang tahun 2025. Ya, angka yang terdapat dalam statistik yang dikeluarkan oleh Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015 ini memang sangat menakutkan. Pun begitu, apa yang lebih membimbangkan adalah kenyataan di mana pesakit diabetes lebih ramai maut bukan kerana diabetes itu sendiri tetapi penyakit yang lain iaitu penyakit kardiovaskular!

Persoalannya, apakah kaitan sebenar antara diabetes dengan penyakit kardiovaskular sehingga boleh mengakibatkan maut? Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila ikuti artikel ini.

Kempen For Your Sweetheart

Bersempena dengan Hari Jantung Sedunia, sebuah kempen kesedaran dan pemahaman tentang kaitan penyakit diabetes dengan penyakit kardiovaskular iaitu For Your Sweetheart telah dilancarkan oleh Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS) bersama dengan Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES) dan disokong oleh Boehringer Ingelheim, salah sebuah syarikat farmasi terbesar di dunia.

Menurut Dr. Zanariah Hussein, Presiden MEMS dan Perunding Endokrinologi di Hospital Putrajaya, kira-kira 50.3% kematian pesakit diabetes adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular dan bukannya diabetes itu sendiri. Disebabkan itu, kempen seperti ini adalah diperlukan untuk mendidik orang ramai di luar sana tentang kaitan diabetes dengan penyakit kardiovaskular terutamanya bagi yang menghidapnya.

Manakala, menurut Siah Guan Jain, Presiden MDES dan Ketua Pendidik Diabetes di Institut Jantung Negara (IJN) pula, jurang kesedaran dan pemahaman tentang kaitan antara diabetes dengan penyakit kardiovaskular adalah sangat besar. Jadi, didikan yang lebih dalam kepada pesakit diabetes perlu diberikan terutamanya cara-cara melindungi jantung mereka bagi mencegah komplikasi yang lain pula.  

Berbalik kepada persoalan utama ini, apakah kaitan sebenar antara kedua-dua penyakit ini?

Diabetes dan kaitannya dengan penyakit kardiovaskular

Tahukah anda bahawa pesakit diabetes berisiko 4 kali ganda diserang penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung atau strok? Ini terutamanya jika pesakit itu tidak mengurus dan menjaga kesihatan mereka dengan baik. Bukan itu sahaja, golongan ini juga sebenarnya turut terdedah kepada faktor risiko lain seperti tekanan darah tinggi, tahap kolesterol dan paras gula yang tinggi, sekali gus meningkatkan risiko serangan penyakit kardiovaskular jika tidak dirawat.

Terdapat 3 jenis penyakit kardiovaskular yang boleh dihadapi oleh pesakit diabetes, iaitu:

  • Penyakit arteri koronari
  • Kegagalan jantung
  • Kardiomyopati diabetes

Pun begitu, kesedaran dan pemahaman orang ramai mengenai kaitan antara penyakit kardiovaskular dengan diabetes masih berada pada tahap yang sangat rendah.

“Di negara kita, kira-kira separuh daripada pesakit jantung juga sebenarnya menghidap diabetes dan turut terdedah sebanyak 2 kali ganda kepada risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular. Jadi, sangat penting bagi pesakit diabetes untuk mengawal paras gula, tahap kolesterol dan tekanan darah mereka”. Ujar Profesor Dr. Chee Kok Han, Perunding Kanan Kardiologi di Pusat Perubatan Universiti Malaysia dan Profesor di Universiti Malaya.

Oleh itu, orang ramai di luar sana sebenarnya perlu mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai kaitan antara kedua-dua penyakit ini. Jadi, buat penghidap diabetes di luar sana, sentiasa kawal paras gula, tahap kolesterol dan tekanan darah anda untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. 

 

Baca juga:

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

03/12/2019

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ini 13 Tanda Awal Kalau Jantung Ada Masalah, Semak Jika Anda Pernah Alaminya…

Jika Alami Sakit Dada Tengah Yang Tak Serius, Boleh Cuba 8 Cara Ini Untuk Legakannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan