Hati-Hati, Pakar Mengatakan Ketiak Hitam Merupakan Petanda Penyakit Berbahaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/10/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kesihatan, kebersihan dan kecantikan sememangnya berkait rapat antara satu sama lain. Pernahkah anda terfikir bahawa di sebalik kondisi ketiak hitam, terdapat petanda bahawa individu itu sebenarnya mungkin menghidapi penyakit-penyakit yang berbahaya. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Kebiasaannya, bahagian bawah lengan atau ketiak akan mempunyai warna yang sama dengan kulit. Akan tetapi, terdapat satu kondisi yang akan menyebabkannya berubah warna menjadi gelap dan kondisi itu dinamakan acanthosis nigricans. ia merupakan kondisi kulit yang boleh menyebabkan perubahan pigmentasi dan ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Menurut pakar, acanthosis nigricans merupakan kondisi yang disebabkan oleh genetik. Namun begitu, AN juga merupakan indikator awal bahawa individu yang mengalaminya menghidapi beberapa jenis penyakit berbahaya, iaitu:

Obesiti

Individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti lebih mudah terdedah kepada kesan insulin. Kandungan insulin yang tinggi dalam darah akan menyebabkan pertambahan dalam penghasilan sel pigmentasi kulit lalu mengakibatkan kulit menjadi gelap.

Diabetes

ketiak

Individu yang mempunyai obesiti selalunya turut menghidapi diabetes terutamanya diabetes jenis 2. Anda yang menghidapi kedua-dua kondisi ini harus berhati-hati kerana ia akan meningkatkan risiko kondisi acanthosis nigricans.

Sindrom hormon

Terdapat beberapa kondisi yang mampu mengubah paras insulin lalu mengakibatkan acanthosis nigricans. Kondisi tersebut termasuklah:

  • Sindrom ovari polisistik
  • Sindrom Cushing
  • Sindrom Acromegaly
  • Sindrom Hypothyroidsm

Kanser

Terdapat beberapa kes yang membuktikan bahawa perubahan warna kulit pada ketiak merupakan petanda awal kanser. Jika ini berlaku, selalunya kanser tersebut akan menyerang perut, hati atau kolon. Pertumbuhan tumor pada kawasan ini merupakan punca pigmentasi kulit berubah warna. Selain ketiak dan bahagian badan yang lain, perubahan warna kulit ini juga boleh dilihat pada sekitar mulut anda. Kondisi ini dinamakan sebagai malignant acanthosis nigricans.

Selain daripada penyakit-penyakit berbahaya di atas, ketiak hitam juga mungkin merupakan kesan daripada pengambilan ubat-ubatan, seperti:

  • Insulin
  • Hormon pertumbuhan
  • Pil perancang
  • Corticosteroids, seperti prednisone (Rayos)
  • Niacin (Niacor) yang berdos tinggi

Apakah yang perlu anda lakukan?

Pertama sekali, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan jika benar anda menghidapi penyakit-penyakit seperti yang dinyatakan. Jika tidak dan ketiak hitam anda hanyalah disebabkan faktor kebersihan, pilih produk kesihatan yang sesuai dengan kulit anda. Jika masih musykil, dapatkan bantuan pakar kulit untuk membantu anda mengatasi masalah ketiak hitam ini. Pada masa yang sama, anda sewajarnya menjalani gaya hidup yang sihat agar kesihatan, kebersihan dan kecantikan anda sentiasa pada tahap yang baik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Cukur Atas Cukur Bawah, Tapi Tahu Tak Cara Mencukur Yang Betul? Kalau Gatal Mesti Salah!

Bulu badan boleh tumbuh pada mana-mana bahagian. Mencukur pilihan kebanyakan individu untuk menghilangkannya. Namun apa cara cukur bulu yang betul?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 05/03/2020 . 3 minit bacaan

Oppss! Badan Berbau Sebab Banyak Makan Bawang? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Percaya ataupun tidak, apa yang anda makan boleh mempengaruhi bau badan anda. Terutamanya jika anda makan bawang. Tapi, ini fakta atau auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Fakta Nutrisi, Pemakanan Sihat 30/12/2019 . 4 minit bacaan

Jangan Biar Orang Lain Merana Sebab Ketiak Berbau Anda, Cuba Petua Ini Untuk Hilangkan!

Cuba petua yang kami kongsikan ini bagi mengurangkan bau dari ketiak berbau anda yang kurang menyenangkan itu. Pasti berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 22/11/2019 . 2 minit bacaan

MALUNYA! Ketiak Kerap Berbau, Jom Amalkan 5 Cara Hilangkan Bau Ketiak Ini, Senang Saja!

Bagaimana rasanya untuk berdepan dengan individu yang mempunyai masalah bau badan seperti ketiak berbau. Adakah terdapat cara hilangkan bau ketiak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 28/08/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ketiak manusia

Ketiak Selalu Gatal & Naik Ruam? Ini Mungkin Sebab Alahan Deodoran!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/12/2020 . 3 minit bacaan
ketiak manusia

Lebih Suka Gomol Ketiak Pasangan Semasa Bersetubuh? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
ketiak gatal

Ketiak Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
benjolan di ketiak

Selain Kanser, Ini 6 Sebab Mengapa Boleh Ada Benjolan Bawah Ketiak! No 5 Paling Tak Disangka!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan