Bagaimanakah Anda Melindungi Kulit Daripada Bahaya Sinaran UV?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kita sudah sedia maklum bahawa sinaran ultraviolet (UV) daripada cahaya matahari akan mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan kulit dan kesihatan umum. Tanpa perlindungan, sinaran UV mampu mengakibatkan kanser kulit. Oleh itu, apakah yang boleh kita lakukan untuk melindungi kulit daripada bahaya sinaran UV?

Bahaya sinaran UV dan masalah kulit

Apabila anda terdedah kepada cahaya matahari, sinaran UV akan menghakis elastin – serat kulit manusia. Antara tanda kulit anda sudah kehilangan elastin adalah kulit menjadi kendur. Tanpa rawatan yang rapi, kulit anda akan lebih mudah lebam atau rosak. Jika dibiarkan terlalu lama pula, kanser kulit berisiko berlaku.

Bagaimanakah anda boleh melindungi kulit daripada bahaya sinaran UV?

#1. Elakkan keluar rumah

Perkara utama yang perlu dilakukan adalah kerap berada di dalam rumah. Jika anda perlu keluar sekalipun, pilij pengangkutan yang berbumbung seperti kereta, kereta api atau bas. Jika anda perlu juga untuk berjalan di bawah cahaya matahari, pilih jalan yang dilindungi oleh pokok atau bawa sahaja payung bersama anda.

#2. Sapukan losyen “sun block” pada badan

Kebanyakan individu akan mengabaikan losyen “sun block” kerana menganggap ia remeh dan tidak digunakan jika berada di dalam rumah. Ia tidak benar kerana sinaran UV masih mampu masuk melalui tingkap atau pintu.

Pilih jenis losyen “sun block” yang menawarkan perlindungan terhadap UVA dan UVB dengan kadar SPF 30 ke atas. Sekiranya anda telah menggunakan losyen ini dan berpeluh kibat kepanasan atau keletihan melakukan aktiviti di bawah sinaran cahaya matahari, sapukan ia semula.

#3. Gunakan cermin mata

Cermin mata akan bukan sahaja akan membantu melindungi mata anda, tetapi ia juga akan melindungi kawasan kulit sekitar mata yang mudah rosak.

#4. Kenakan pakaian yang sesuai

Pilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik tenunan kerana ia sesuai untuk dipakai di bawah cahaya matahari. Selain itu, pilih pakaian yang gelap berbanding pakaian cerah. Pakai topi untuk melindungi kepala dan rambut anda daripada terik cahaya matahari yang boleh membahayakan anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Pasti ramai yang rasa teruja ketika melawat ibu bersalin dan bayi yang baru lahir. Jika anda ingin melawat, jom ikuti 7 tip ketika melawat bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ketiak Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

    Adakah anda rasa ketiak gatal dan sakit setelah memakai deodoran? Mungkin anda sebenarnya sedang mengalami tindak balas alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hati-hati Pencinta Kucing! Jika Si Comel Ada Bisul Pada Kulit, Anda Mungkin Dijangkiti Penyakit Kulat Ini

    Penyakit kulat sporotrichosis, dikenali sebagai sporo selalunya dikaitkan sebagai penyakit yang membawa maut bagi haiwan peliharaan terutamanya si gebu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Jika anda alami salah satu daripada 11 perkara ini, bermaksud anda sedang alami penyakit bulimia nervosa. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit bulimia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tangan bergetar

    Tangan Asyik Bergetar, Normal Ke? Ini 5 Punca Utamanya, #3 Mungkin Berkait Dengan Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    kes penculikan digital

    Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan