Muka Pun Nak Kena Jaga Walau Terkurung Di Rumah, Ini Tip Pilih Masker Ikut Jenis Kulit

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/05/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pemakaian masker muka merupakan antara perkara yang disukai kebanyakan wanita. Tetapi tahukah anda, ada 5 jenis masker muka yang paling popular untuk dicuba?

Pemakaian masker muka

Tabiat gemar memakai masker muka adalah antara cara terbaik dan berkesan yang memberikan khasiat kepada kulit dalam tekstur yang pekat.

Menurut Pakar Dermatologi bertauliah dari Spring Street Dermatology di New York, Dr Nikhil Dhingra, tempoh pemakaian antara 10 hingga 20 minit dapat memberikan kandungan bahan dalam masker menyerap masuk ke dalam kulit serta bertindak balas.

Walau bagaimanapun, masker wajah hanya dapat memberikan proses penyembuhan bagi kerengsaan dan kekeringan dalam tempoh yang singkat.

Oleh itu, pemakaiannya perlu diikuti dengan produk penjagaan wajah yang lain. 

Dr Nikhil juga menegaskan, pemakaian masker wajah berisiko mengakibatkan berlakunya kesan sampingan seperti kekeringan, kerengsaan, kemerahan serta tumbuhnya jerawat.

Jenis kulit dan kandungan masker wajah

Jika anda melakukan carian di internet, pastinya anda akan mendapat pelbagai formula, bahan dan jenis masker muka yang boleh dicuba. Tetapi adakah ia sesuai dengan kulit wajah anda?

Usah keliru. Cara paling mudah untuk menentukan kandungan bahan dalam masker adalah dengan mengetahui jenis kulit wajah anda terlebih dahulu.

  1. Berjerawat

Walaupun masker wajah bukanlah rawatan jangka panjang untuk mengatasi masalah jerawat, namun pemakaiannya boleh membantu mengurangkan keradangan serta mencegah kemunculan jerawat.

Anda boleh mencari masker dengan kandungan asid salisilat, benzoyl peroksida dan bahan semula jadi seperti yogurt dan betik untuk menyingkirkan kulit mati dan bahan-bahan yang menyumbat liang pori.

Penggunaan masker dengan bahan seperti oat dan lidah buaya dapat menenangkan kulit. Manakala masker daripada tanah liat dan arang membantu menyerap lebihan minyak.

  1. Bintik hitam dan pigmentasi

Mempunyai masalah dengan bintik hitam pada bahagian wajah? Dengan keupayaan untuk mencegah masalah pigmentasi, vitamin C harus menjadi ramuan utama dalam pemilihan jenis masker muka anda.

Masker dengan kandungan bahan seperti asid Kojic, asid aselaic dan akar licorice akan dapat membantu mengurangkan dan mencerahkan kulit yang berdepan dengan masalah pigmentasi.

Bahan-bahan dengan fungsi pengelupasan seperti asid alpha hydroxy(AHAs), asid laktik dan nanas juga dapat menyingkirkan kulit mati serta mengurangkan masalah warna kulit tidak sekata.

  1. Kulit kering

Individu dengan kulit wajah kering memerlukan hidrasi yang secukupnya. Ini bermakna anda perlu menggunakan masker wajah yang mengandungi fungsi pengekangan air, asid hyaluronik.

Pelembap seperti avokado atau shea butter juga boleh membantu melembut dan melicinkan kulit wajah anda.

5-jenis-masker-pilihan-utama

  1. Garis kedutan

Walaupun garis kedutan wajah yang serius memerlukan rawatan dengan pakar dermatologi, namun sesetengah masker wajah dapat membantu mengurangkan penampakan garis halus pada wajah.

Vitamin C adalah bahan yang diperlukan. Sebagai antioksidan, ia dapat meningkatkan penghasilan kolagen untuk membantu menganjalkan kulit.

Vitamin E juga berperanan dalam mencegah penuaan bersama gabungan bahan lain seperti resveratrol dan asid ferulik – berfungsi untuk melindungi kulit daripada garisan halus disebabkan pencemaran dan sinaran matahari.

  1. Kulit berminyak

Sebarang bahan yang berfungsi untuk menyingkirkan minyak berlebihan dan mengurangkan penyumbatan liang pori adalah terbaik untuk kulit berminyak.

Dapatkan masker wajah yang mengandungi bahan seperti:

  • Asid salisilik
  • Asid gliserol
  • Sulfur
  • Arang 

Jika mahukan sesuatu yang semula jadi, bahan seperti yogurt dan nanas pilihan yang boleh anda pertimbangkan.

Jenis masker muka

Berikut adalah 5 jenis masker wajah popular yang boleh dicuba.

  1. Lumpur

Sesuai untuk semua jenis kulit, masker muka jenis lumpur ini dapat memberikan proses pembersihan mendalam pada kulit.

Walaupun ia tampak sama seperti masker tanah liat, namun ia berasaskan lumpur yang menjadikannya lebih hidrat. 

Kandungan masker lumpur adalah bergantung kepada formulanya dan anda mungkin dapat melihat pelbagai jenis asid serta ekstrak buah-buahan dalam senarai kandungan bahan.

  1. Tanah liat

Masker muka tanah liat adalah sangat baik dalam menyegarkan kulit kerana mengandungi mineral yang tinggi. 

2 jenis masker tanah liat – kaolin dan bentonit – membantu menyerap minyak berlebihan dan sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. 

  1. Arang

Tidak banyak bukti untuk mengesahkan manfaat masker arang. Tetapi arang aktif boleh menyerap toksin dalam badan. Jadi ia dikatakan dapat menyingkirkan kotoran daripada permukaan kulit wajah.

  1. Peel-off

Masker jenis ini sesuai untuk individu yang tidak gemarkan kekotoran. Ia sesuai untuk setiap jenis kulit.

Sesetengah masker peel-off mengandungi asid seperti glikolik (glycolic) dan salisilik (salicylic) yang mempunyai fungsi pengelupasan dan mencegah jerawat. 

  1. Sheet

pemakaian masker muka

Merupakan antara jenis masker muka yang paling kerap menjadi pilihan ramai.

Mengandungi pelembap asid hyaluronik, ceramida yang membantu memulihkan lapisan penghalang kulit serta antioksidan yang melawan radikal bebas.

Mengikut kesesuaian

Pemakaian masker wajah tidak salah. Tetapi anda harus memastikan jenis masker muka yang digunakan sesuai dengan kulit wajah anda.

Elakkan masker yang mengandung pewangi, alkohol, paraben, pewarna dan juga sebarang kandungan minyak pati.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ketahui Rahsia Mendapatkan Kulit Muka Persis Artis Korea!

Siapa sahaja yang tidak mahu kulit muka putih dan bersih bak artis Korea, bukan? Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Kulit 06/10/2019 . 8 minit bacaan

6 Cara Mudah Cantikkan Kulit Anak Bak Puteri, Boleh Buat Di Rumah Saja!

Jika anda mahukan anak-anak anda memiliki kulit yang cantik, lembut dan berseri, anda boleh cuba beberapa tip seperti di bawah:

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 01/10/2019 . 2 minit bacaan

5 Rutin Kecantikan Untuk Pembaikan Kulit Setiap Malam

Setiap hari, kulit kita sering terkesan dengan pelbagai faktor luaran yang berbahaya seperti habuk, bahan kimia berbahaya, sinar ultraviolet dan faktor persekitaran yang lain yang memberi kesan kepada keadaan permukaan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 08/03/2019 . 3 minit bacaan

8 Tip Kurangkan Kedutan Di Wajah Agar Kelihatan 10 Tahun Lebih Muda & Ayu!

Wajah anda banyak kedutan dan inginkan petua tegangkan kulit muka? Maka jom klik dan baca artikel ini untuk 8 tip yang sangat berguna!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 08/01/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penjagaan muka

MENGEJUTKAN! Madu, Minyak Kelapa- Ini Antara 7 Bahan Yang TIDAK BOLEH Disapu Pada Muka

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan
kulit wajah

Kulit Wajah Pun Kena Detoks? Kenali Trend Terbaharu Dunia Kecantikan, Skin Fasting! Berkesan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan
tahi lalat

Tahi Lalat: Benarkah Ia Petanda Kanser Kulit?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 06/10/2019 . 8 minit bacaan