Hati Hati Jika Ada Cyst Pada Ovari, Wanita PCOS Jangan Sentuh Makanan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sindrom ovarium polikistik (PCOS) biasanya disebabkan oleh haid yang tidak teratur ataupun langsung tidak datang haid. Namun, tahukah anda terdapat senarai makanan yang dilarang untuk PCOS?

Wanita dengan PCOS biasanya mempunyai banyak sista pada ovari mereka.

Ini disebabkan oleh pengeluaran hormon yang disebut androgen secara berlebihan.

Apa itu PCOS?

Sindrom ovarium polikistik (PCOS) adalah gangguan hormon yang biasa berlaku pada wanita di usia reproduktif.

Wanita dengan PCOS mungkin mengalami haid yang jarang, berpanjangan atau pengeluaran tahap hormon lelaki (androgen) yang berlebihan.

Selain itu, ovari menghasilkan banyak cecair (folikel) dan gagal melepaskan telur secara berkala ketika kitaran haid.

Punca sebenar PCOS masih tidak diketahui dan ini adalah kondisi kesihatan yang biasa dialami dalam 1 daripada 10 wanita terutamanya yang di peringkat usia reproduktif.

PCOS juga boleh menyebabkan kondisi kesihatan serius lain, seperti diabetes, masalah kardiovaskular, kemurungan, dan peningkatan risiko kanser endometrium.

Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa diet pemakanan juga memberikan impak terhadap PCOS.

Insulin memainkan peranan penting, jadi menguruskan tahap insulin dengan diet PCOS adalah salah satu langkah terbaik yang dapat diambil dalam menguruskan keadaan ini.

Antara makanan yang boleh dimakan

Penyelidikan mendapati bahawa apa yang dimakan oleh individu mempunyai kesan yang signifikan terhadap PCOS.

3 jenis diet pemakanan yang dapat membantu individu dengan masalah PCOS bagi menguruskan gejala mereka adalah:

  • Diet indeks glisemik rendah (GI)

Ini kerana tubuh mencerna makanan GI rendah dengan lebih perlahan, yang bermaksud ia tidak menyebabkan kadar insulin meningkat sebanyak atau secepat makanan lain, seperti karbohidrat.

Makanan diet rendah GI termasuk biji-bijian, kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, dan makanan rendah karbohidrat yang belum diproses.

  • Diet antiradang

Makanan antiradang seperti beri, ikan berlemak, sayur-sayuran berdaun, dan minyak zaitun dapat mengurangkan gejala-gejala yang berkaitan dengan masalah keradangan, seperti keletihan.

Diet PCOS yang sihat boleh merangkumi makanan-makanan berikut:

sayuran berdaun hijau

  • Makanan semula jadi dan tidak diproses
  • Makanan berserat tinggi
  • Ikan berlemak, termasuk salmon, tuna, sardin, dan makerel
  • Kangkung, bayam, dan sayur-sayuran berdaun gelap yang lain
  • Buah-buahan merah gelap, seperti anggur merah, blueberry, blackberry, dan ceri
  • Brokoli
  • Lemak sihat, seperti minyak zaitun, avocado┬ádan kelapa
  • Kacang, termasuk kacang pain, kacang walnut, badam, dan pistachio
  • Coklat gelap secara sederhana
  • Rempah-ratus seperti kunyit dan kayu manis

Individu kehilangan lebih banyak berat badan dengan diet yang menekankan single unsaturated fat dan bukannya lemak tepu.

Contoh diet seperti ini adalah diet antiradang, yang mendorong orang ramai untuk makan lemak sihat, seperti zaitun dan minyak sayuran lain.

Selain itu, orang yang mengikuti diet rendah karbohidrat atau rendah GI dapat melihat peningkatan metabolisme insulin dan mampu menurunkan tahap kolesterol.

Individu dengan masalah PCOS yang mengikuti diet rendah GI juga melaporkan kualiti hidup yang lebih baik dan haid yang lebih teratur.

Secara umum, kajian mendapati bahawa dengan menurunkan berat badan dapat membantu wanita dengan masalah PCOS, tanpa mengira jenis diet tertentu yang diikuti.

Antara makanan yang dilarang untuk PCOS

Karbohidrat mampu menyebabkan keradangan, meningkatkan ketahanan insulin, dan harus dielakkan atau dikawal dengan baik.

Ini termasuk makanan-makanan yang diproses, seperti:

pencuci mulut

  • Roti putih
  • Mufin
  • Pastry
  • Pencuci mulut bergula
  • Apa sahaja yang dibuat menggunakan tepung putih

Pasta yang diperbuat daripada tepung kacang atau lentil dan bukannya tepung gandum adalah alternatif yang sangat baik.

Gula termasuk dalam bahan yang mengandungi karbohidrat dan harus dielakkan sebaik mungkin.

Semasa membaca label-label makanan, pastikan untuk mengenalpasti pelbagai jenis nama gula agar anda tidak mudah untuk ditipu, dan ini termasuk:

  • Sukrosa
  • Sirap jagung fruktosa tinggi
  • Dekstrosa
  • Gula-gula yang tersembunyi dalam minuman ringan seperti soda dan jus kordial

Sebaik-baiknya, kurangkan atau elakkan makanan dan minuman yang boleh menjadi penyebab keradangan, seperti kentang goreng, marjerin, daging merah dan seangkatan dengannya.

Rumusan

Bagi para pembaca di luar sana yang mempunyai masalah PCOS, semoga artikel ini dapat memberikan pengetahuan yang berguna untuk anda!

Dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan mengelak daripada pengambilan makanan-makanan yang dibincangkan di atas, masalah ini pasti dapat dikurangkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Rawat DEMAM KEPIALU Dengan 5 Jenis Makanan Ini, Beri Tenaga & Baik Untuk Perut

Demam kepialu adalah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Bagi mengelakkan jangkitan tersebar, ia biasanya dielakkan melalui suntikan tifoid

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 02/12/2020 . 3 minit bacaan

Inginkan Petua Kulit Tegang & Awet Muda? Tak Susah, Guna Bahan Dapur Di Rumah Saja

Anda nak kekalkan keremajaan kulit? Amalkan makanan awet muda ini. Selain daripada buah untuk awet muda, terdapat juga makanan lain untuk cantikkan kulit

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Sihat Pada Usia Emas 26/11/2020 . 3 minit bacaan

Makan Ayam Boleh Jadi Punca Tumbuh Fibroid Rahim Wanita, Benarkah?

Ketumbuhan fibroid di dalam rahim boleh terbentuk atas pelbagai sebab yang berbeza. Namun, sesetengah kajian mengatakan makan ayam juga boleh menjadi punca.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 19/11/2020 . 3 minit bacaan

Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

Kitaran haid adalah penting dalam aspek kesuburan wanita. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan haid tidak teratur? Adakah ubat-ubatan dapat merawatnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 16/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

masalah menstruasi wanita

Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
sistem penghadaman manusia

10 Fakta Menarik Mengenai Sistem Pencernaan Manusia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 4 minit bacaan
batu karang buah pinggang

Penghidap Batu Karang Buah Pinggang MESTI Kurangkan Makan Makanan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 17/12/2020 . 3 minit bacaan
soya masalah fibroid

Wanita Ada Fibroid Tak Boleh Makan Makanan Bersoya: Fakta @ Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 16/12/2020 . 3 minit bacaan