Faraj Lembap & Berbau Selepas Haid? Ini Tanda Jangkitan Kulat, Ada Sebab Mengapa Ia Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tahukah anda, golongan wanita cenderung untuk mendapat jangkitan kulat terutamanya ketika dan selepas haid atas beberapa faktor tertentu.

Fahami perkara ini dengan lebih lanjut dan ikuti perbincangan yang disediakan dalam artikel ini.

Apakah itu jangkitan yis pada faraj?

Yis adalah kulat yang biasanya hidup di dalam faraj dalam jumlah kecil dan ia sangat biasa berlaku dalam kalangan kaum Hawa. Lazimnya wanita mendapat jangkitan yis selepas haid.

Walaupun kewujudannya boleh mengganggu keselesaan anda, namun masalah ini biasanya tidak serius dan ada rawatannya.

Jangkitan yis pada faraj, juga dikenali sebagai kandidiasis (jangkitan kulat disebabkan oleh sebarang jenis candida) dan sariawan (luka akibat iritasi pada gusi, lidah, dan lapisan dalam mulut).

Perubahan hormon, seperti yang dialami ketika haid, boleh membunuh bakteria yang tinggal pada faraj dan menyebabkan masalah ini berlaku.

Sebilangan besar jangkitan ini disebabkan oleh candida albicans (yis yang paling biasa ada pada manusia).

Walau bagaimanapun, terdapat juga jenis-jenis lain yang mampu menyebabkan jangkitan. Ini termasuk:

  • Candida glabrata
  • Parapsilosis Candida
  • Candida tropicalis
  • Candida krusei
  • Cryptococcus neoformans

Walaupun jangkitan yis pada faraj boleh menjadi sangat tidak menyelesakan, terutamanya setelah anda mengalami haid, namun ia masih boleh dirawat dengan ubat-ubatan.

Apakah simptom-simptomnya?

faraj

Masalah yis ini mampu menyebabkan gatal-gatal atau sakit pada faraj. Kadangkala wanita akan rasa sakit atau sensasi seakan terbakar ketika membuang air kecil atau melakukan hubungan seks.

Sebilangan wanita juga mempunyai keputihan yang tebal, bergumpal, keputihan yang tidak berbau dan kelihatan seperti keju kotej.

Gejala-gejala ini lebih cenderung berlaku pada minggu sebelum tempoh haid anda.

Punca-punca jangkitan yis

Tahukah anda, faraj mengandungi bakteria yang disebut lactobacillus serta kulat candida dan mereka berfungsi untuk menjaga kesihatan faraj.

Manakala, bakteria akan menjaga dan memastikan pertumbuhan kulat dalam keadaan terkawal.

Oleh itu, sekiranya pertumbuhan bakteria tersebut terganggu, kulat candida akan mulai tumbuh di luar kawalan, sekali gus menyebabkan jangkitan yis.

Ketidakseimbangan hormon juga dikaitkan dengan jangkitan yis. Para wanita lebih cenderung mendapat kandidiasis jika mereka hamil, menggunakan alat kontrasepsi hormon, dan ketika haid.

Perkara ini berlaku kerana ia mengganggu keseimbangan progesteron dan estrogen semula jadi tubuh anda.

Tahap hormon estrogen yang tinggi menyebabkan kulat candida meningkat. Oleh sebab itu, jangkitan yis sepanjang haid boleh berlaku.

Anda mungkin juga sangat terdedah kepada jangkitan yis jika:

Jenis-jenis rawatan

Jangkitan yis sering dapat dirawat di rumah dengan menggunakan ubat bersifat antikulat over-the-counter (OTC).

Selain itu, anda tidak akan dapat mengetahui jenis yis yang dihidapi sehingga ia diperiksa di makmal.

Oleh itu, anda mesti berjumpa doktor dan meminta ujian makmal jika mengalami jangkitan yis yang berulang.

Ujian makmal akan membantu doktor mendiagnosis masalah yis faraj yang menimpa anda.

Kemudian, doktor boleh menetapkan ubat atau memberi nasihat mengenai ubat OTC apa yang boleh anda ambil.

Anda boleh mendapatkan ubat antikulat, supositoria, salap, atau ubat oral selama 14 hari. Ubat-ubatan ini boleh merangkumi:

  • Terconazole (Terazol)
  • Butokonazol (Gynazole)
  • Mikonazol (Monistat)
  • Clotrimazole (Lotrimin)
  • Flukonazol (Diflucan)

Langkah-langkah pencegahan

Sekiranya anda cenderung untuk mengalami jangkitan yis berulang, terdapat beberapa perubahan gaya hidup yang boleh anda lakukan untuk mengelakkannya.

Oleh sebab antibiotik akan membunuh bakteria di dalam faraj anda, hindari antibiotik kecuali jika diperlukan.

Sekiranya anda mesti mengambil antibiotik, ambil juga probiotik yang ada pada makanan seperti yogurt, kimchi, dan kombucha untuk meningkatkan bakteria baik.

Selain itu, pakai seluar dalam bermaterial kapas dan longgar serta, jangan memakai pakaian basah yang dicemari peluh terlalu lama.

Ini kerana, yis akan tumbuh subur di persekitaran yang hangat dan lembap. Sabun juga boleh merengsakan bakteria di dalam faraj dan menyebabkan jangkitan yis.

Anda harus beringat bahawa faraj bersifat self-cleaning (membersihkan secara tersendiri).

Oleh itu, jangan melakukan douching (memasukkan air ke dalam faraj) tanpa mendapatkan nasihat doktor, kerana douching dikaitkan dengan jangkitan yis yang rumit.

Elakkan juga mencuci bahagian dalam faraj anda. Jangan sesekali menggunakan sabun yang mengandungi pewangi untuk mencuci faraj atau vulva anda.

gula

Seterusnya, cuba kurangkan jumlah gula dalam diet pemakanan anda. Yis bergantung pada gula untuk tumbuh, diet tinggi gula akan mendorong yis untuk lebih membiak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Alamak! Abang Terpancut Dalam, Ada Ke Cara Nak Keluarkan Semula Air Mani Daripada Faraj?

Sebilangan wanita mungkin ingin mengeluarkan air mani dari faraj selepas melakukan seks, sama ada atas sebab kebersihan atau bagi mencegah kehamilan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 18/08/2020 . 3 minit bacaan

Sakit Bahagian Faraj? Bahaya! Anda Mungkin Alami Vulvitis, Radang Pada Bibir Kemaluan Wanita

Penyakit vulvitis merupakan salah satu masalah melanda kaum Hawa. Artikel ini bakal mengupas masalah di bahagian faraj, iaitu vulva dengan lebih mendalam.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 10/08/2020 . 3 minit bacaan

Isteri Ada Masalah Sukar Terangsang Ketika Seks? Mungkin Boleh Cuba Urutan ‘Yoni’ Ini!

Adakah anda sebagai wanita ada masalah sukar terangsang ketika beraksi di ranjang? Sudah cuba buat urutan yoni? Jika belum, klik artikel ini untuk belajar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 06/08/2020 . 3 minit bacaan

Ikut Style Perempuan Dulu-dulu Pakai Pad Jenis Kain, Ini Lebih Bagus Daripada Yang Pakai Buang?

Para wanita, pernah tak terlintas di fikiran bagaimana rasanya jika anda memilih pad lain selain tuala wanita pakai buang? Ketahui kebaikan dan keburukannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pemeriksaan vagina

Takut Dengar Pengalaman Kena Seluk Semasa Bersalin? Ibu, Fahami Tentang Pemeriksaan Faraj!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
jangkitan bakteria

Faraj Berbau Hanyir Selepas Berhubungan Intim? AWAS! Ini Tanda Jangkitan Bakteria

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
meruang ketika hamil

Meruang Masa Mengandung, Boleh Ke? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan
jangkitan kulat

Lubang Dubur Rasa Gatal? Ini Mungkin Petanda Jangkitan Yis, Bukan Jadi Pada Faraj Dan Zakar Saja!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan