Faraj Yang Lembap Adalah Tanda Miss V Sihat & Normal, Tapi Bagaimana Pula Jika Terlalu Basah?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Sekiranya kalian fikir faraj hanya akan basah ketika mengalami syahwat, anda silap! Mari ikuti ‘kelas kesihatan’ faraj ini bersama penulis.

Begitu banyak salah faham berkisarkan faraj dan kesihatannya, tetapi sudah tiba masanya kalian memahami asasnya dengan betul!

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, terutamanya kaum Hawa, mempunyai keadaan miss V basah adalah cukup normal.

Bahkan menurut Dr Mukta Paul, Pakar Sakit Puan di Columbia Asia Hospital, Pune, faraj basah adalah tanda yang baik.

Malah, mempunyai faraj yang kering lebih bermasalah! Ini kerana kondisi tersebut berisiko menyebabkan kegatalan dan ruam untuk berlaku.

Miss V basah, apa puncanya?

Kita tidak bercakap mengenai seks di sini. Memang sudah sedia maklum, faraj bakal mengeluarkan cecair, lebih-lebih lagi apabila ingin bersenggama.

Cecair ini adalah lendiran serviks yang dilepaskan oleh faraj, ketika aliran darah tinggi.

Ia adalah cecair seakan gel yang dihasilkan oleh serviks anda, dan dirangsang oleh hormon estrogen.

Cecair faraj mempunyai banyak komponen, termasuk:

  • Air: Cecair miss V mengandungi lebih daripada 90% air
  • Garam: Cecair miss V adalah kira-kira 1% garam, termasuk natrium klorida, kalsium, dan fosfat
  • Sebatian organik: Asid amino, lipid, dan glikogen juga terkandung
  • Sel-sel lama: Sel-sel yang melapisi faraj, rahim, dan serviks secara berkala bakal gugur dan meninggalkan tubuh melalui cairan faraj
  • Antibodi: Cairan mungkin mengandungi antibodi yang mengurangkan risiko beberapa jangkitan

Untuk makluman pembaca, cecair miss V dapat muncul dalam pelbagai warna dan setiap warna ini mempunyai makna yang berbeza.

Tapi, normalkah jika miss V terlalu basah?

faraj

Sama sekali tidak! Malah, itu bukan petanda yang baik…

Sekiranya anda sampai perlu menukar seluar dalam beberapa kali dalam tempoh masa singkat, maka ini petanda buruk kerana anda mungkin menderita jangkitan!

Tahap basah dan lembap kawasan intim bergantung pada beberapa perkara, terutamanya tahap dan turun naik hormon, kata Dr. Angela Jones, Pakar Sakit Puan dan Penasihat Kesihatan Seksual Astroglide.

Jelasnya, wanita dalam fasa menopaus mempunyai kelembapan alat sulit yang rendah dek kekurangan hormon estrogen.

Selain itu, fasa seseorang wanita dalam kitaran haid mereka juga akan memainkan peranan dalam tahap kelembapan miss V.

Sekitar tempoh ovulasi, keputihan lebih banyak terhasil dengan konsistensi yang lebih nipis lantas membuatkan faraj terasa lebih basah berbanding hari-hari lain.

Walaupun begitu, jika anda mengalami ‘kebasahan’ yang melampau, ini mungkin menjadi tanda amaran yang perlu diberikan perhatian!

Miss V yang basah secara tidak normal berupaya menjadi indikasi kepada 3 masalah, merangkumi:

Bagi masalah vaginosis bakteria, ia adalah jangkitan kemaluan yang ringan, dan bukanlah penyakit jangkitan kelamin (STD).

Dalam kes ini, keseimbangan antara bakteria baik dan buruk terjejas, menyebabkan keputihan yang berbau berwarna kelabu keputihan atau kuning.

Jangkitan ini juga biasanya berlaku apabila anda mempunyai tabiat bertukar-tukar pasangan seks. Maka, setialah pada yang satu ya!

Faraj basah turut boleh disebabkan oleh sindrom kesesakan pelvis. Keadaan ini terjadi saat aliran darah di kawasan kemaluan menjadi terlalu tinggi, mengakibatkan kebasahan.

Untuk makluman, masalah ini selalu terjadi namun sering didiagnosis secara tidak betul.

Dalam kes ini, kelembapan alat kelamin juga disertai dengan kesakitan semasa melakukan hubungan seks, berbasikal, atau aktiviti fizikal yang lain.

Desquamative vaginitis, kondisi ini berlaku apabila pergantian sel di dalam faraj menjadi terlalu tinggi, menjadikan lapisan faraj meradang.

Gejala utama masalah ini termasuk keputihan yang berwarna kuning atau kuning kehijauan, biasanya dengan sedikit atau tidak berbau, hubungan kelamin yang menyakitkan, kerengsaan dan kegatalan di vulva.

Bila anda perlu berjumpa doktor?

masalah keputihan

Tenang, kelembapan miss V yang tidak menyebabkan sebarang gejala lain biasanya tidak menjadi masalah.

Ini kerana miss V basah merupakan indikasi kepada kesihatan alat sulit yang sihat dan tanda tubuh badan anda berfungsi dengan baik.

Pun begitu, segera lakukan konsultasi dengan doktor jika anda mula mengalami masalah:

  • Kekeringan faraj yang berlangsung lebih daripada beberapa hari
  • Keputihan yang berbau busuk
  • Alat sulit terasa gatal, sensasi terbakar, atau sakit
  • Perubahan keputihan selepas melakukan hubungan seks dengan pasangan yang baru
  • Kebengkakan faraj
  • Perubahan cairan faraj yang berkaitan dengan ubat baru, seperti pencegah kehamilan atau terapi penggantian estrogen
  • Kesakitan atau kepekaan yang tidak dapat dijelaskan

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Faraj Sakit Semasa Seks? Cuba Guna Pelincir Faraj, Tapi Sebelum Beli, Baca Ini Dulu!

Topik ini malu untuk dibincangkan tapi sebenarnya semasa seks, miss V mungkin memerlukan bantuan pelincir faraj untuk melancarkan hubungan seksual tersebut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan Wanita Lain 02/02/2021 . 3 minit bacaan

Guna Asid Borik Untuk Rawat Masalah Jangkitan Faraj, Biar Betul? Selamat Ke?

Asid borik digunakan untuk merawat jangkitan faraj? Biar betul? Jika kalian berminat untuk ketahui jawapannya, ikuti kupasan ini dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Perempuan 29/01/2021 . 3 minit bacaan

Encik Suami Nak Bersama, Tapi Ada Jangkitan Kulat Pula… Sebelum Proceed, Ambil Tahu Risiko Ini!

Jangkitan kulat pada kemaluan amat menjengkelkan! Bukan saja gatal dan menyakitkan, malah ia boleh mengganggu aktiviti di ranjang dengan pasangan tercinta.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Perempuan 25/01/2021 . 3 minit bacaan

Capai Orgasma TANPA Terpancut Air Mani? Sengaja Atau Tidak, Ini Yang Akan Berlaku Pada Anda!

Pernahkah anda dan pasangan cuba tahan air mani daripada keluar ketika seks? Sebelum lakukannya lagi, ketahui ada kesan sampingan atau tidak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Jejaka 22/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

spotting coklat

Hamil, Tapi Ada Tompokan Coklat Pada Seluar Dalam, Ini Tanda Gugur @ Sebab Lain?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/03/2021 . 2 minit bacaan
jangkitan kuman

Maklumat Lengkap Mengenai Penyakit Berjangkit: Simptom, Punca, Rawatan & Langkah Pencegahan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 26/02/2021 . 4 minit bacaan
zakar dan faraj

Tahi Palat Boleh Terjadi Pada Lelaki @ Wanita – Ini Cara Membersihkannya, Barulah Selesa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/02/2021 . 3 minit bacaan
mewarnakan

Bulu Kemaluan Pun Boleh Beruban, Tapi Selamat Ke Jika Ingin Warnakan Bulu Ari-ari?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/02/2021 . 3 minit bacaan