backup og meta

Jangan Selalu Stres, Kalau Tak Nak Muka Berubah Jadi Macam Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/11/2022

    Jangan Selalu Stres, Kalau Tak Nak Muka Berubah Jadi Macam Ini!

    Stres yang kita alami bukan hanya boleh memberi kesan terhadap mental, tetapi juga fizikal. Percaya atau tidak, muka stress boleh menyebabkan beberapa perkara berlaku pada wajah anda.

    Kami senaraikan beberapa kesan stres pada muka yang mungkin anda tidak sedar sebelum ini.

    Apabila tertekan, apakah kesan stres pada muka?

    Stres yang dialami sebenarnya boleh meninggalkan ‘parut’ pada wajah anda.

    Antara perkara hasil muka stress ialah kedutan pada wajah, kulit yang kering dan juga tumbuhnya jerawat. Keadaan stres yang kronik boleh muncul pada wajah anda dengan dua cara.

    Pertama, hormon yang dikeluarkan oleh badan ketika anda mengalami stres boleh menyebabkan perubahan fisiologi yang memberi kesan negatif pada kulit anda.

    Kedua, perasaan stres juga boleh menyebabkan tabiat buruk seperti melaga dan mengetap gigi atau menggigit bibir.

    Berikut adalah antara kesan stres pada muka yang boleh terjadi.

    #1. Muka stress sebabkan jerawat

    muka stress

    Apabila anda mengalami tekanan, badan anda akan menghasilkan lebih banyak hormon kortisol.

    Kortisol menyebabkan bahagian otak anda yang dikenali sebagai hipotalamus menghasilkan hormon yang disebut hormon pelepasan kortikotropin (CRH).

    CRH berperanan merangsang pelepasan minyak sebum dari kelenjar sebum yang berada pada folikel rambut.

    Pengeluaran minyak ini yang berlebihan oleh kelenjar sebum dapat membuatkan liang-liang anda tersumbat dan seterusnya mengakibatkan jerawat.

    Terdapat satu kajian yang dijalankan pada tahun 2007 yang bertujuan melihat kesan stres terhadap jerawat dalam kalangan pelajar yang berumur antara 22 hingga 24 tahun.

    Hasil kajian tersebut mendapati, semakin tinggi tahap tekanan yang dialami, maka semakin teruk jerawat yang dimiliki oleh pelajar-pelajar tersebut.

    Melalui kajian lain yang dijalankan di Korea Selatan pada tahun 2011 pula mendapati, antara faktor yang boleh memburukkan lagi tahap jerawat ialah stres, kekurangan tidur, pengambilan minuman beralkohol dan haid wanita.

    #2. Muka stress sebabkan eye bag pada mata

    Pembengkakan pada bawah mata atau lebih dikenali sebagai eye bag ditentukan melalui pembengkakan yang berada di bawah kelopak mata anda.

    Ia lebih kerap berlaku dalam kalangan mereka yang telah berusia disebabkan oleh otot yang menyokong mata anda sudah menjadi semakin lemah.

    Kulit yang kendur yang disebabkan kehilangan keanjalannya juga boleh menyebabkan eye bag terjadi.

    Kajian ada menyatakan, stres yang disebabkan oleh kekurangan tidur meningkatkan tanda-tanda penuaan pada wajah seperti garis-garis halus, kurangnya keanjalan dan juga pigmentasi kulit yang tidak sekata.

    Kehilangan keanjalan kulit juga menjadi faktor terbentuknya eye bag pada bawah mata anda.

    #3. Muka stress sebabkan kulit kering

    Stratum corneum adalah lapisan luar kulit anda. Ia mengandungi protein dan lipid yang memainkan peranan penting dalam menjaga sel-sel kulit anda agar kekal terhidrat.

    Ia juga bertindak sebagai penghalang yang melindungi kulit di bawahnya.

    Apabila stratum corneum anda tidak berfungsi dengan baik, maka kulit anda akan menjadi kering dan gatal.

    Menurut tinjauan yang dilakukan pada tahun 2014 yang diterbitkan dalam jurnal Inflammation & Allergy Drug Targets, kajian yang dilakukan pada tikus mendapati tekanan mengganggu fungsi penghalang stratum korneum dan boleh memberi kesan negatif kepada pengekalan air kulit.

    Ini jelas menunjukkan bahawa stres yang dialami boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering disebabkan oleh gangguan terhadap stratum corneum.

    #4. Munculnya ruam akibat stres pada muka

    stres pada muka

    Stres yang anda alami berpotensi melemahkan sistem imun anda.

    Sistem imun yang lemah boleh menyebabkan ketidakseimbangan bakteria dalam usus dan juga kulit yang disebut sebagai dysbiosis.

    Apabila dysbiosis ini berlaku, ia boleh menyebabkan kulit wajah anda mengalami kemerahan dan juga ruam.

    Stres diketahui boleh memicu dan memburukkan lagi beberapa keadaan kesihatan sehingga boleh menyebabkan ruam dan keadaan kulit yang lain seperti psoriasis, ekzema dan dermatitis.

    #5. Kedutan pada wajah juga boleh terjadi

    Stres yang dialami juga boleh menyebabkan perubahan pada kandungan protein yang terdapat pada kulit anda.

    Kesannya, ia akan mengurangkan keanjalan kulit.

    Apabila keanjalan kulit telah mula berkurangan dan menghilang, maka kedutan pada wajah akan mula terbentuk.

    Tekanan yang dialami juga boleh menyebabkan kening berkerut berulang yang juga boleh menyebabkan kedutan pada wajah. 

    Kesan lain stres pada wajah anda

    Selain daripada hal-hal yang telah dinyatakan seperti di atas, terdapat juga beberapa perkara lain yang boleh berlaku pada wajah anda disebabkan oleh stres.

    Antaranya ialah kerosakan pada gigi. Terdapat sesetengah daripada kita yang akan mengetap gigi sewaktu mereka berasa tertekan atau resah.

    Apabila ia kerap berlaku, ia boleh menyebabkan kerosakan kekal pada gigi anda.

    Selain itu, ada juga kemungkinan bibir anda untuk membengkak apabila anda stres.

    Ada yang cenderung menggigit atau mengunyah bibir mereka apabila mereka tertekan dan mengalami stres.

    Kesemua hal ini boleh menjejaskan penampilan wajah anda sewaktu anda mengalami stres, terutama jika anda tidak mampu untuk mengawalnya. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan