backup og meta

Tiada Lagi Luka Akibat Bercukur Bulu Jika Anda Bertukar Kepada Waxing! Ini Manfaatnya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 12/07/2022

    Tiada Lagi Luka Akibat Bercukur Bulu Jika Anda Bertukar Kepada Waxing! Ini Manfaatnya

    Kini, terdapat banyak sekali kaedah untuk buang bulu yang boleh dipilih sama ada bercukur menggunakan waxing, krim membuang bulu dan banyak lagi.

    Terlalu banyak pilihan sampaikan kadangkala boleh pening dibuatnya untuk memilih yang manakah kaedah yang paling sesuai dan efektif.

    Oleh itu, teruskan membaca kerana artikel ini akan membincangkan perbezaan antara kaedah buang bulu menggunakan pencukur dan juga waxing.

    Waxing untuk buang bulu

    Ini melibatkan penggunaan lilin (wax) yang dipanaskan atau jalur-jalur lilin lembut (waxing strips) ke atas permukaan kulit.

    Apabila menggunakan kaedah buang bulu ini, bulu akan menjadi tertanam di dalam wax tersebut dan menarik keluar bulu daripada akar.

    Oleh sebab bulu dapat dibuang daripada akar, pertumbuhan bulu yang baharu mungkin tidak dapat dilihat selama beberapa minggu.

    Namun, penggunaan waxing boleh menjadi agak menyakitkan.

    Ini kerana, ia tidak boleh digunakan pada wajah, puting, kawasan alat sulit, kulit yang terluka atau terbakar akibat sinar matahari, urat varikos, tahi lalat, mahupun ketuat.

    Waxing adalah satu bentuk penyingkiran bulu badan yang bersifat separa kekal yang digunakan untuk menghilangkan bulu yang tidak diingini pada tubuh.

    Jika menggunakan waxing, bulu badan tidak akan tumbuh kembali sehingga 2 hingga 8 minggu, ataupun paling kurang, bulu baru akan tumbuh selpeas seminggu ber’waxing’.

    Walau bagaimanapun, waxing ada pelbagai jenis. Antara pilihan yang ada di pasaran merangkumi wax panas, strip wax dan cool wax.

    Bercukur untuk buang bulu

    buang bulu

    Mencukur bulu menggunakan alat pencukur mungkin merupakan kaedah yang paling lama dan biasa digunakan oleh ramai individu bagi membuang bulu yang tidak diingini di bahagian badan.

    Kaedah ini berfungsi secara menggunakan pisau cukur atau alat pisau tajam lain dengan memotong bulu-bulu tersebut pada permukaan kulit.

    Ini adalah kaedah yang digunakan oleh kebanyakan lelaki terutamanya untuk mencukur misai dan janggut di wajah secara berkala.

    Bagi para wanita, mencukur adalah kaedah yang paling biasa digunakan untuk menghilangkan bulu daripada ketiak, kaki dan di sekitar kawasan kemaluan.

    Sebilangan besar golongan lelaki mahupun wanita menganggap pisau cukur adalah kaedah yang paling senang digunakan.

    Mencukur dalam banyak keadaan adalah selamat dan tidak menyakitkan jika dilakukan dengan betul.

    Namun, bercukur dengan cara yang salah juga boleh memberikan kesan sampingan seperti:

    • Gatal-gatal
    • Terluka
    • Jerawat (folikulitis)
    • Folikel bulu yang meradang (folikulitis)
    • Dermatitis

    Oleh itu, dapat kita lihat di sini bahawa kaedah buang bulu menggunakan wax ternyata lebih selamat dan berkesan dibandingkan dengan penggunaan pisau cukur.

    Kelebihan kaedah buang bulu secara waxing

    1. Waxing membuang sel kulit mati

    Apabila anda melakukan waxing kaki dan tangan, bukan sahaja ia dapat menghilangkan bulu-bulu badan yang tidak diingini, tetapi anda juga akan dapat mengeluarkan sel kulit mati.

    Kaedah ini membantu menghilangkan sel-sel kulit mati, sekali gus menampilkan kulit yang lebih lembut dan licin.

    Kita semua tahu betapa pentingnya melakukan exfoliation kulit secara berkala, namun ramai di antara kita tidak mempunyai masa untuk melakukannya.

    Walaupun sebilangan wanita melakukan pengelupasan wajah, namun bahagian tangan dan kaki sering diabaikan.

    Oleh itu, kaedah ini akan menjadikan kulit anda kelihatan lebih cantik dan terjaga.

    2. Lebih pantas

    buang bulu

    Proses penyingkiran bulu daripada bahagian tertentu seperti di sekeliling kemaluan boleh menjadi sukar ketika anda mencuba kaedah lain, terutamanya jika menggunakan pisau cukur.

    Perubahan sedikit pada sudut pisau cukur boleh menyebabkan luka pada kulit yang tidak diingini.

    Oleh itu, lebih mudah jika memilih waxing yang memastikan penyingkiran bulu badan yang lebih baik, cepat dan selamat.

    3. Hasilnya lebih tahan lama

    Tidak pasti jika anda harus memilih antara waxing atau shaving?

    Kami cadangkan anda untuk membuat waxing! Apabila anda ingin membuang dan mengemaskan bahagian-bahagian tertentu tubuh anda, bulu-bulu akan dapat dicabut dengan lebih baik daripada akar.

    Jadi bulu memerlukan masa yang agak lama untuk tumbuh semula di kawasan itu, dan inilah yang membuatkan kaedah waxing tahan lebih lama.

    4. Kulit lebih halus

    buang bulu

    Waxing atau bercukur? Mana yang lebih baik? Sekiranya anda inginkan kulit yang lebih halus, semestinya dengan kaedah waxing!

    Semasa kulit anda dililinkan, sel-sel kulit mati di kawasan itu juga akan ditarik keluar.

    Ini bermaksud kulit anda akan menjadi lebih lembut untuk disentuh.

    Wax yang berteknologi tinggi juga mengandungi losyen pelembap yang boleh menjadikan kulit anda selembut kulit bayi!

    Rumusan

    buang bulu

    Bagi para pembaca di luar sana, terutamanya golongan wanita, sudah tiba masanya untuk anda menukar kaedah pembuangan bulu anda!

    Jika anda takut untuk melakukan waxing secara sendiri, lakukan temu janji bersama mereka yang profesional agar anda dapat mengalami pengalaman waxing yang selesa dan kurang menyakitkan.

    Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 12/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan