backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Bagaimana Menangani Keletihan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/10/2022

Bagaimana Menangani Keletihan

Keletihan adalah salah satu masalah utama pekerja pejabat, pelajar mahupun orang tua. Keletihan menjadikan anda terganggu dan tidak cerdas. Baca artikel ini untuk mengetahui penyelesaian atau cara menangani keletihan. 

Punca keletihan

Alkohol dan penyalahgunaan dadah

Pengambil alkohol mungkin merasa puas dan teruja dengan minuman keras tetapi beberapa jam kemudian, alkohol akan meningkatkan epinefrin- hormon tekanan yang boleh meningkatkan kadar jantung, merangsang badan, mengganggu kualiti tidur, menyebabkan terjaga pada waktu malam dan dengan itu, membawa kepada keletihan. Anda juga mungkin mengalami sakit kepala yang teruk selepas minum berlebihan pada malam sebelumnya.

Gangguan ritma harian (Jet lag)

Kekurangan aktiviti fizikal

Kekurangan tidur

Kekurangan tidur pasti menyebabkan keletihan. Didapati bahawa 90% pesakit dengan kemurungan berkait dengan kualiti tidur. Kekurangan tidur juga terkait dengan peningkatan kematian disebabkan bunuh diri.

Tabiat pemakanan yang tidak sihat

Minum terlalu banyak minuman ringan, tidak bersarapan, atau gemar mengambil makanan ringan boleh menyebabkan keletihan. Ini kerana gaya hidup tidak sihat ini tidak akan memberikan tenaga yang cukup untuk badan anda bekerja sepanjang hari. Sebaliknya, makan terlalu banyak makanan segera atau minuman ringan akan menyebabkan peningkatan kadar gula, asid lemak dan kolesterol dalam darah anda.

Penyakit dikaitkan dengan keletihan

  • Kebimbangan
  • Diabetes
  • Obesiti
  • Tekanan
  • Penyakit Jantung
  • Kemurungan
  • Hipertiroidisme (tiroid terlebih aktif)
  • Hipotiroidisme (tiroid kurang aktif)

Cara menangani keletihan

Banyakkan bergerak

Perkara terakhir yang akan anda pertimbangkan apabila berasa letih dan mengantuk adalah melakukan senaman, kerana menyangkakan aktiviti fizikal akan menghabiskan tenaga anda yang tersisa. Kerry J. Stewart, Profesor Perubatan dan Pengarah Klinikal dan Penyelidikan Fisiologi Senaman di Johns Hopkins University School of Medicine menyatakan bahawa senaman boleh meningkatkan tenaga, kecekapan fungsi jantung, paru-paru, dan otot serta kualiti hidup secara keseluruhan.

Tidur awal

Kekurangan tidur boleh meningkatkan risiko melakukan kesilapan, mengurangkan daya tumpuan dan dengan itu menyebabkan keletihan. Satu-satunya cara menangani keletihan adalah tidur awal dan dapatkan tidur yang berkualiti.

Kekalkan berat badan yang sihat

Obesiti memberi kesan kepada orang muda dan dewasa. Mereka yang terlebih berat badan mengalami masalah keyakinan diri, menyebabkan masalah tidur dan menyebabkan tahap tenaga yang rendah. Oleh itu, untuk melawan keletihan, anda perlu mengekalkan berat badan yang sihat dengan mengurangkan minuman manis dan manisan lain, sambil meningkatkan tahap senaman anda.

Bina pelan pemakanan sihat

Tabiat pemakanan yang betul boleh membantu memberi tenaga sepanjang hari kepada anda. Amalkan diet yang menekankan buah-buahan, sayur-sayuran, susu tanpa gula, daging dan minyak.

Mulakan dengan berjumpa doktor anda

Saranan ini digalakkan jika keletihan anda menjadi lebih teruk dari masa ke masa. Doktor anda akan menilai, melaksanakan ujian dan kemudian menyediakan anda dengan rawatan yang sewajarnya jika perlu. Kadangkala, keletihan boleh menjadi tanda masalah kesihatan tertentu yang serius.

Keletihan menjejaskan kesihatan dan keberkesanan kerja anda dengan negatif. Anda hendaklah bersabar dengan apa jua rawatan yang sedang anda lalui untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan