backup og meta

Bagaimana Ingin Mengatasi Jet Lag?

Bagaimana Ingin Mengatasi Jet Lag?

Bagi yang selalu menaiki kapal terbang, jet lag adalah perkara biasa. Jadi apakah puncanya dan bagaimana untuk menghadapi keadaan ini?

Apa itu jet lag?

Jet lag adalah gangguan tidur yang berlaku kepada pengembara dalam tempoh yang singkat.

Jet lag berlaku apabila anda melancong dengan cepat melintasi lebih daripada dua zon masa.

Jika anda terbang ke timur, anda mungkin mengalami lag jet yang lebih teruk daripada menuju ke barat melintasi  jumlah zon masa yang sama.

Jika anda seorang dewasa yang lebih tua, jet lag boleh berlaku lebih teruk dan mengambil masa lebih lama untuk pulih.

Apa yang menyebabkan jet lag?

Jet lag berlaku kerana perjalanan yang cepat mengganggu irama sirkadian kita – iaitu jam biologi yang mengawal waktu bangun dan tidur kita.

Jam badan anda mempengaruhi aktiviti tidur dan bangun anda, dan irama sirkadian dalam:

  • Selera makan.
  • Penghadaman.
  • Tabiat usus.
  • Pengeluaran air kencing.
  • Suhu badan.
  • Tekanan darah.

Jam badan anda dilaraskan kepada waktu tempatan anda oleh cahaya dan interaksi sosial supaya anda menjadi aktif di waktu pagi dan tidur pada waktu malam.

Jika anda melakukan perjalanan di banyak zon masa, jam badan anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan rutin harian baru di tempat tersebut.

Satu lagi sebab ialah tekanan udara pada ketinggian 8,000 kaki mengurangkan oksigen di dalam darah, menjadikan penumpang rasa tertekan dan letih. Di samping itu, orang tidak bergerak seperti biasa di dalam kapal terbang, yang boleh meningkatkan risiko jet lag dan seterusnya mencegah irama sirkadian anda dari penyegerakan sempurna.

Bagaimana ingin menghadapi dengan jet lag?

Secara umum, gejala jet lag hilang selepas beberapa hari tanpa rawatan. Tip di bawah boleh membantu mengurangkan kesan jet lag.

  • Ikut jadual baru anda sebelum anda meninggalkan tempat tersebut

Jika anda hendak pergi ke arah timur, tidur lebih awal, biasanya setengah jam lebih awal setiap malam untuk beberapa malam sebelum anda pergi.

Jika anda ke barat, lakukan sebaliknya. Anda juga boleh menukar waktu makan anda lebih hampir kepada masa yang anda akan alami di tempat destinasi anda.

  • Sesuaikan diri dengan jadual baru anda semasa dalam penerbangan

Gunakan teknik psikologi ini: tukar jam anda apabila di dalam kapal terbang. Ia akan mengalihkan perspektif anda kepada apa yang anda akan lakukan di tempat destinasi anda.

  • Bergerak

Berdiri dan bergerak secara berkala, lakukan senaman statik, dan regangkan otot di dalam kapal terbang. Walau bagaimanapun, selepas perjalanan, elakkan senaman berat hampir dengan waktu tidur kerana ia boleh melewatkan waktu tidur.

  • Habiskan masa di luar

Selepas mendarat, keluar dari rumah untuk mendapatkan cahaya semulajadi yang akan membantu badan anda untuk masuk ke dalam rutin yang baru.

  • Kekal terhidrat

Minum banyak air, tetapi bukan kafein dan alkohol.

  • Berehat sebelum tidur

Lakukan mandian panas atau baca buku untuk melarikan diri dari tekanan dan rasa mengantuk.

  • Kurangkan gangguan tidur

Cuba untuk mengurangkan faktor-faktor yang menjejaskan tidur anda, seperti cahaya dan bunyi.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Jet lag. http://www.nhs.uk/conditions/Jet-lag/Pages/Introduction.aspx. Assessed January 19, 2017

Jet lag: How to cope. http://www.webmd.com/sleep-disorders/features/jet-lag-remedies#1. Assessed January 19, 2017

Versi Terbaru

10/05/2023

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Susah Tidur Malam? Ini 7 Tip Tidur Awal Bagi Mereka Yang Sukar Melelapkan Mata!

Pakar Kongsi Rahsia Mudah Untuk Awet Muda, Dapatkan Tidur Yang Lena Setiap Hari!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan