Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/07/2020
Jari belantan (finger clubbing) adalah perubahan khusus dalam bentuk jari dan kuku anda. Ia juga dipanggil sebagai digital clubbing atau Hippocratic finger. Keadaan ini menyebabkan kuku anda terbentuk seperti keadaaan sudu yang terbalik. Ia disebabkan oleh pembentukan tisu dibahagian jari (terminal phalanges) yang menyebabkan bahagian hujung jari membesar dan kuku melengkung ke bawah.
Menurut Cancer Research UK, jari belantan berlaku dalam lebih daripada 3 daripada 10 orang (35%) dengan kanser paru-paru bukan sel kecil tetapi hanya kira-kira 4 daripada 100 orang (4%) dengan kanser paru-paru sel kecil. Anda juga boleh mendapatkannya dengan mesothelioma (tumor yang berkembang daripada tisu mesotelium).
Menurut kajian Finger Clubbing: Do We Require Digital Index Quantitator?, jari belantan ditemui dalam pelbagai keadaan termasuk penyakit paru-paru, kardiovaskular, hati, tiroid dan gastrousus. Ia juga boleh digredkan dalam 5 peringkat iaitu:
Peringkat 1: Permukaan kuku yang tidak sekata dan lembut
Peringkat 2: Peningkatan sudut hyponychial
Peringkat 3: Menyerlahkan kecembungan kuku
Peringkat 4: Belantan (clubbed) muncul pada hujung jari
Peringkat 5: Wujud perubahan berkilat atau berkilau dalam kuku atau dan berhampiran kulit
Punca jari belantan
Walaupun keadaan jari belantan dikaitkan dengan keadaan kesihatan paru-paru, namun terdapat beberapa sebab yang berpotensi.
i) Idiopati (Idiopathic)
Ini adalah kategori di mana belantan berlaku tanpa sebab yang jelas dan tiada apa-apa sebab perubatan.
ii) Ciri-ciri warisan
Terdapat beberapa cara belantan boleh diwarisi. Kebiasaannya ia diwarisi dalam pembentukan dominan autosomal, iaitu jika salah seorang daripada ibu bapa anda pembawanya, ada kemungkinan 50:50 anda juga mewarisinya.
iii) Secondary clubbing
Ia merujuk kepada belantara yang berlaku bersama dengan keadaan perubatan. Keadaan biasa yang dikaitkan adalah:
Kanser paru-paru
Kanser lain
Keadaan paru-paru
Penyakit jantung kognital
Keadaan gastrousus
Masalah endokrin
Diagnosis
Kebiasaannya belantan diperhatikan melalui pemeriksaan fizikal dan berdasarkan penemuan lain seperti kehadiran penyakit paru-paru atau kanser.
Pengukuran lain boleh dilakukan untuk mengesahkan diagnosis termasuk:
Gambar A adalah keadaan kuku normal dan gambar B keadaan jari belantan (finger clubbing). Sumber: semanticscholar.org
Lovibond’s profile sign: Sudut antara pangkalan kuku dan kuku itu sendiri
Nisbah kedalaman distal/interphalangeal
Schamroth’s sign: Kekurangan tingkap (jurang) di antara jari-jari, apabila digit dari setiap tangan diletakkan bersama-sama dengan kedua-dua tangan bersentuhan
Bagaimanapun, diagnosis boleh berbeza mengikut keadaan kesihatan seseorang.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen