backup og meta

Anda Ada BANYAK Bulu Dubur? Jangan Malu, Ini 3 Cara Betul Buangnya Dengan Mudah!

Anda Ada BANYAK Bulu Dubur? Jangan Malu, Ini 3 Cara Betul Buangnya Dengan Mudah!

Tahukah anda bahawa memang terdapat cara buang bulu dubur yang betul? Jika ingin tahu dengan lebih lanjut, jom baca artikel ini!

Sebelum itu, kita semua perlu tahu dulu perkara yang paling penting ini. Jawapannya adalah ya, ia memang normal untuk individu mempunyai bulu pada dubur. Jadi, usah anda berasa keseorangan.

Cuma, jangan sampai ia jadi hutan belantara pula. Ini dia teknik yang anda boleh lakukan untuk membuangnya:

Teknik buang bulu dubur yang sementara

buang bulu dubur

#1. Shaving

Anda boleh mencukurnya dengan cara paling biasa iaitu mencukurnya menggunakan pencukur.

Disebabkan ruang pada lubang dubur sangat kecil dan memang sukar untuk melihat dan mencapai kawasan yang hendak dicukur, anda perlu lebih berhati-hati. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  • Basuh lubang dubur menggunakan air dan sabun
  • Sapu krim atau gel pencukur pada kawasan tersebut
  • Angkat sebelah kaki dan rehatkannya pada tempat yang lebih tinggi serta kering (supaya tidak tergelincir)
  • Guna sebelah tangan untuk menarik pipi punggung agar lubang dubur lebih terdedah
  • Cukur dengan cermat dan perlahan menggunakan mata pisau pencukur yang tajam
  • Bilas sehingga diyakini bersih dan keringkan

#2. Waxing

Teknik ini akan membantu anda menarik keluar bulu pada dubur sehingga ke akarnya. Jadi, ia akan memakan masa yang lebih lama untuk tumbuh – sekitar 2 ke 4 minggu.

Ia agak sukar untuk dilakukan melainkan anda mengupah pakar untuk melakukannya bagi pihak anda. Namun, ia masih boleh dilakukan sendiri. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  • Mandi dan basuh lubang dubur menggunakan air suam
  • Pastikan panjang bulu dubur berukuran sekitar 1/4 inci. Jika lebih panjang, potong ia dengan gunting kecil terlebih dahulu
  • Sapu natural wax di kawasan tersebut
  • Tampal waxing cloth atau muslin strip di kawasan tersebut
  • Tunggu sehingga beberapa saat untuk wax mengeras
  • Cabut ia dengan cara menyentap untuk menarik keluar bulu dubur sehingga ke akarnya

#3. Krim membuang bulu

Kini, sudah banyak krim membuang bulu dijual di pasaran, bukan? Ia adalah terpulang kepada anda untuk menggunakannya atau tidak.

Ini kerana ia mungkin akan mengakibatkan alahan atau iritasi pada bahagian kulit yang disapu. Jadi, dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu.

Teknik buang bulu dubur yang kekal

buang bulu dubur

#1. Laser

Teknik ini menggunakan sinaran laser yang berkuasa tinggi untuk menghancurkan folikel rambut pada mana-mana bahagian tubuh badan.

Ia juga boleh digunakan pada dubur. Meskipun ia dilabel sebagai teknik pembuangan bulu secara kekal, hasilnya mungkin hanya boleh dilihat selepas beberapa sesi rawatan.

Kos untuk membuat rawatan ini agak mahal dan masa yang diambil juga agak lama bergantung kepada kawasan bulu yang hendak dibuang. Ia juga mungkin agak menyakitkan.

Tembakan laser itu akan terasa seperti kulit punggung anda dijentik dengan gelung getah. Selain itu, ia juga mungkin akan mengakibatkan infeksi dan parut jika tidak dijaga dengan betul.

#2. Elektrolisis

Teknik ini menggunakan arus elektrik yang mengalir melalui jarum kecil ke dalam folikel rambut untuk menghancurkannya.

Sama seperti rawatan laser, teknik ini juga memerlukan anda untuk menghadiri beberapa sesi susulan sebelum ia berjaya sepenuhnya.

Namun, ia juga agak mahal dan agak lama untuk dilakukan, bergantung kepada kawasan bulu yang hendak dibuang.

Dalam erti kata yang lain, kedua-dua teknik pembuangan bulu secara kekal ini mempunyai banyak kesan sampingannya. Selain itu, kos dan masa untuk membuatnya juga adalah lebih tinggi dan lama. Jadi, adakah anda masih mahu melakukannya?

Ia terpulang kepada anda. Jika tidak mahu, teknik yang sementara juga tiada masalah, bukan?

Konklusi

Kesimpulannya, memang terdapat cara yang betul untuk membuang bulu dubur sama ada secara kekal atau sementara. Jadi, berhenti ketawa dan gunakan informasi yang bermanfaat ini dalam usaha anda membuang bulu dubur yang mungkin mengganggu keselesaan anda!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://shave.net/blogs/shaving/shave-your-buttcrack-hair
  2. https://www.lorecentral.org/2015/01/how-to-prevent-sweaty-butt-crack.html
  3. http://dangersoflaserhairremoval.org/hair-removal-from-the-buttocks-remove-butt-hair/
  4. https://www.islamweb.net/en/fatwa/87389/shaving-hair-from-around-the-anus
  5. https://stronghair.org/hair-removal/how-to-remove-butt-hair-for-male-female-on-bum-cheeks-between-permanently/

 

Versi Terbaru

21/07/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Lelaki Yang Berbulu Lebih Bijak & Menarik? Ini Fakta Sains Tentang Perkara Ini!

Aneka Petua Melebatkan Bulu Mata, Tapi Awas Dengan Produk Yang Ada Bahan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/07/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan