Aplasia bermaksud kegagalan organ atau tisu untuk berkembang atau berfungsi dengan normal, cutis ialah kulit, manakala congenita pula ialah keadaan yang berlaku sejak lahir.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group
Aplasia bermaksud kegagalan organ atau tisu untuk berkembang atau berfungsi dengan normal, cutis ialah kulit, manakala congenita pula ialah keadaan yang berlaku sejak lahir.
Aplasia cutis congenita ialah keadaan sejak lahir di mana terdapat ketiadaan kulit di bahagian tertentu. Kadangkala, struktur di bawah kulit juga seperti tulang mungkin gagal berkembang.
Bahagian paling kerap terjejas ialah kulit kepala tetapi boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh. Selain itu, sebahagiannya turut mengalami kecacatan lain melibatkan jantung, usus, kemaluan dan saluran air kencing (genitourinari) serta urat saraf.
Setiap individu mempunyai simptom yang berbeza melibatkan bahagian tubuh tertentu. Namun, simptom paling kerap ditemui ialah:
Tiada sebab tunggal bagi keadaan ini. Ia dipercayai berpunca dari pelbagai faktor yang berinteraksi sehingga menyebabkan berlaku aplasia cutis congenita. Faktor tersebut termasuk:
Rawatan konservatif untuk mengawal simptom ialah pilihan utama bagi penghidap aplasia cutis congenita. Jika bahagian yang terjejas bersaiz kecil, ia kebiasaannya akan sembuh dengan sendiri. Membersihkan kawasan terbabit dan menyapu salap atau silver sulfadizine membantu mencegah jangkitan. Jika ada jangkitan, antibiotik akan diperlukan.
Kecacatan yang lebih besar dan serius mungkin memerlukan pembedahan tertentu mengikut keadaan pesakit.
Dalam kebanyakan kes, rawatan memberikan hasil yang sangat baik. Namun jika keadaan tersebut berlaku bersama-sama dengan kecacatan lain, prognosis penyakit bergantung kepada tahap kecacatan tersebut.
Komplikasi major adalah jarang berlaku tetapi boleh berlaku termasuk pendarahan, jangkitan teruk, meningitis, atau darah beku di dalam rongga tengkorak.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen