backup og meta

Inginkan Seks Oral Lebih Selamat? Ini Antara Dua Pilihan Buat Anda

Inginkan Seks Oral Lebih Selamat? Ini Antara Dua Pilihan Buat Anda

Untuk memastikan hubungan seks oral lebih selamat dan terjamin, anda digalakkan untuk menggunakan dental dam atau kondom. Tetapi adakah ia selamat?

Ikuti penjelasan Hello Doktor ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Adakah seks oral lebih selamat?

Seks oral mungkin lebih selamat berbanding seks faraj atau anal berkaitan HIV/AIDS.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak mengamalkan keselamatan seks, anda masih berisiko mendapat penyakit kelamin (STD) lain seperti CMV, gonorhea, hepatitis B, herpes, sifilis dan HPV.

Jika anda inginkan keselamatan yang pasti, anda perlu menggunakan dental dam atau kondom semasa seks oral.

dental dam

Penggunaan dental dam?

Dari namanya, dental dam pada awalnya digunakan di dalam prosedur gigi untuk melindungi tekak.

Ia adalah sejenis bahan kecil berbentuk segi empat sama yang diperbuat dari getah.

Ia berfungsi sebagai dinding antara mulut dan alat kelamin. Ia membantu anda mengelakkan dari bersentuh dengan cecair badan pasangan anda yang mungkin mengandungi penyakit kelamin (STD).

Baca juga:

Bagaimana ingin menggunakan dental dam dengan betul?

Ia harus digunakan untuk melindungi bahagian badan yang akan terlibat dalam seks oral.

Untuk membuatkan ia berasa lebih baik, letakkan pelincir berasaskan air di atas kuling pasangan anda. Nada boleh menyelitkannya mengikut bentuk bahagian badan untuk rasa yang lebih realistik.

Bagaimana ingin membuat dental dam sendiri?

Ambil kondom yang tidak digunakan, potong bermula dari bahagian hujungnya sehingga ke pangkal untuk mendapatkan getah berbentuk segi empat sama untuk digunakan sebagai dental dam.

Jika anda tidak mempunyai kondom, gunakan pembalut plastik yang tidak boleh digunakan di dalam gelombang mikro (non-microwavable) dan potong mengikut bentuk dan saiz yang anda inginkan.

Bagaimana ingin menggunakan kondom untuk seks oral?

dental dam

Jika menggunakan dental dam untuk melindungi mulut dirasakan susah, anda boleh hanya gunakan kondom.

Walau bagaimanapun, sila pastikan anda tidak menggunakan kondom yang mengandungi spermisida (pembunuh sperma) kerana rasanya adalah teruk dan ia boleh membuatkan lidah anda kebas.

Jika anda tidak suka rasa getah, gunakan kondom berperisa.

Pastikan anda tidak menggunakan produk makanan berasaskan minyak bersama kondom sebagai pelincir. Minyak tersebut mungkin bertindak balas dengan getah dan merosakkan kondom tersebut sehingga menjejaskan perlindungannya.

Selain itu, sila lihat label pelincir dengan teliti untuk mengetahui sama ada ia selamat untuk kegunaan dalaman.

Sesetengah pelincir mengandungi gula yang mungkin selesa bagi lelangit tetapi boleh menyebabkan ketidakseimbangan kadar ranggi dan jangkitan faraj.

Bahkan permainan seks juga memerlukan kondom untuk memastikan ia bersih. Jika anda ingin memberikannya kepada pasangan anda, sila gunakan kondom baru.

Jika anda tidak ingin menggunakan kondom pada permainan seks atau anda tidak ingin berkongsi dengan orang lain, adalah penting untuk membersihkannya dengan sempurna sebelum dan selepas setiap kali penggunaan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Safer Sex (‘Safe Sex’). https://www.plannedparenthood.org/learn/stds-hiv-safer-sex/safer-sex. Accessed April 17,2017.

https://www.cdc.gov/condomeffectiveness/Dental-dam-use.html

https://kidshealth.org/en/teens/dental-dams.html

https://www.ewg.org/sunscreen/report/the-trouble-with-sunscreen-chemicals/

https://www.aae.org/specialty/wp-content/uploads/sites/2/2017/06/dentaldamstatement.pdf

https://www.plannedparenthood.org/planned-parenthood-pacific-southwest/blog/dental-dams-unwrapped

Dental Dams

 

Versi Terbaru

09/11/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Prof Dr Christopher Ho Chee Kong

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ambil Tahu 4 Perkara Ini Sebelum Beli Kondom! Baru Lebih Nikmat & Sedap Dipakai

Kondom Untuk Wanita Pun Ada! Ini Beza Antara Kondom Lelaki & Kondom Perempuan


Disemak secara perubatan oleh

Prof Dr Christopher Ho Chee Kong

Urologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan