Terdapat banyak cara untuk pasangan melakukan hubungan suami isteri bagi memuaskan nafsu syahwat masing-masing. Selain kemasukan zakar ke dalam faraj, individu juga boleh mencapai klimaks dengan pelbagai cara.
Pun begitu, perbuatan yang dikenali sebagai “ringan-ringan” inilah yang akan mendatangkan pelbagai persoalan. Antara yang paling popular akan dikemukakan adalah berkaitan dengan kehamilan.
Ada kepercayaan yang mengatakan bahawa hubungan suami isteri tanpa kemasukan zakar ke dalam faraj juga mungkin boleh menyebabkan anda mengandung.
Menurut American Pregnancy Association, ia adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku namun tidak mustahil terjadi.
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!
Bagaimana anda boleh hamil?
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu tentang perkara ini terlebih dahulu.
Kehamilan boleh berlaku apabila sel sperma dari air mani lelaki memasuki faraj wanita dan seterusnya berenang ke serviks serta rahim untuk sampai ke tiub fallopio – tempat telur wanita berada.
Oleh itu, hubungan suami isteri secara penetrasi zakar ke dalam faraj adalah satu-satunya cara untuk kehamilan berlaku. Persoalannya, bagaimana untuk tahu jika anda sedang hamil?
Tidak lain tidak bukan, ujian kehamilan adalah metode yang paling terbaik. Sekiranya positif, sila berjumpa doktor dengan kadar segera untuk merancang perjalanan dan persiapan anda mengharungi alam kehamilan.
Boleh hamil tanpa penetrasi?
Soalan seterusnya adalah bolehkah kehamilan berlaku tanpa kemasukan zakar ke dalam faraj semasa hubungan suami isteri dilakukan? Ya, mungkin boleh walaupun kemungkinannya sangat rendah.
Untuk pengetahuan anda, setiap ejakulasi air mani lelaki mengandungi kira-kira 40 hingga 80 juta sel sperma dan hanya 1 sahaja yang diperlukan untuk menghamilkan seseorang wanita.
Sekiranya anda dan pasangan hanya melakukan foreplay seperti blowjob, handjob, titsjob atau fingering sehingga mengeluarkan air mani, potensi untuk hamil itu masih ada.
Pun begitu, air mani yang terkeluar itu haruslah berada sangat hampir dengan lubang faraj. Sebagai contoh, jika suami terpancut pada bahagian paha, pusat atau ari-ari, isteri mungkin boleh hamil.
Walaupun kemungkinannya adalah sangat rendah, suami isteri masih perlu berhati-hati jika sedang merancang keluarga. Gunakanlah kaedah kontraseptif yang lain okay?
Amalkan hubungan suami isteri yang sihat dan selamat
Tidak salah untuk merancang keluarga terutamanya jika kalian baharu berkahwin dan belum bersedia. Namun, teknik seks tanpa penetrasi mungkin masih mendatangkan risiko kehamilan.
Sebaiknya, amalkan hubungan suami isteri yang sihat dan selamat dengan cara ini:
#1. Pengambilan pil perancang
Ini adalah kaedah kontraseptif yang paling efektif dalam hubungan suami isteri. Namun, jika anda tidak gemar atau tidak mahu mengambil sebarang ubatan, boleh gunakan langkah yang seterusnya.
#2. Pemakaian kondom
Buat anda yang belum tahu, teknik kontraseptif ini boleh menghalang kehamilan sehingga 99%. Selain itu, ia juga boleh berfungsi sebagai pelindung daripada penyakit jangkitan kelamin (STI).
#3. Penggunaan IUD
Penggunaan alatan kontraseptif berbentuk T ini adalah khas untuk wanita. Jika kalian sudah tekad dan sedia untuk memasukkan alat ini ke dalam rahim, sila rujuk doktor untuk konsultasi terlebih dahulu.
#4. Pembedahan vasektomi
Ini pula adalah kaedah kontraseptif yang boleh dijalani oleh lelaki di mana saluran air mani akan dipotong atau diikat. Meskipun ia boleh dibalikkan semula, dapatkan nasihat doktor sebelum menjalaninya.
Dalam erti kata yang lain, terdapat banyak kaedah kontraseptif yang suami isteri boleh lakukan untuk mengelakkan kehamilan luar jangkaan.
Pun begitu, seks tanpa penetrasi bukanlah salah satu daripadanya!
Oleh itu, sila amalkan hubungan suami isteri yang sihat dan selamat dalam usaha memastikan perancangan keluarga kalian terjamin.
[embed-health-tool-ovulation]