backup og meta

Selain 'Woman On Top' 5 Posisi Seks Ini Juga Berisiko Cederakan Anda, Hati-Hati Ya!

Selain 'Woman On Top' 5 Posisi Seks Ini Juga Berisiko Cederakan Anda, Hati-Hati Ya!

Selain menggunakan sex toy, bertukar-tukar posisi sex juga boleh menjadi antara cara menghangatkan aktiviti di ranjang anda!

Tetapi, ternyata ada beberapa posisi yang boleh mendatangkan bahaya hingga menyebabkan kecederaan kepada anda, antaranya adalah kedudukan wanita di atas lelaki (woman on top).

Apa yang lebih mengejutkan, bukan hanya woman on top, malah ada beberapa lagi posisi sex di ranjang yang berisiko menyebabkan kemalangan!

Jika anda berminat untuk ketahui dengan lebih lanjut, mari kita baca kupasan artikel ini!

Kenapa posisi woman on top bahaya?

Walaupun posisi ini memberikan nikmat berganda dengan ‘visual’ yang mengghairahkan, tetapi ia bertanggungjawab terhadap 50% kes alat sulit suami patah (penile fracture)!

Ia menjadi bahaya apabila penetrasi dikemudikan dengan terlalu kuat ataupun terlalu kasar oleh si isteri dan lebih malang lagi jika si suami pula tidak sedar dek terlalu asyik dengan nikmat yang dirasai.

posisi sex

Penelitian dan data itu diperoleh daripada 3 hospital di Campinas, Brazil, yang kemudiannya diterbitkan di dalam jurnal Advances in Urology.

44 orang daripada para lelaki yang mengalami penile fracture mendedahkan bahawa mereka mengalami kecederaan tersebut saat bersenggama di ranjang menggunakan posisi woman on top dan doggy style!

Oleh itu, jika anda masih ingin melakukan posisi ini, sebaiknya berhati-hati ya!

Selain cowgirl, posisi di ranjang ini juga boleh membahayakan

#1 Posisi sex 69?

Ya, posisi seks 69 juga boleh dikategorikan sebagai salah satu posisi seks yang berbahaya.

Kemalangan pada posisi ini boleh berlaku apabila isteri mengalami klimaks dan orgasma yang di luar kawalannya.

Terdapat kes di mana wanita tersebut hilang kawalan diri semasa orgasma lalu tergigit zakar pasangan.

Tetapi jangan risau, kes ini begitu sedikit hinggakan hanya beberapa pasangan sahaja yang mengalami kemalangan ini.

Jika suami merasakan isteri hampir klimaks, adalah disarankan agar anda menarik zakar keluar daripada mulut isteri dan teruskan merangsang faraj sehingga mencapai orgasma.

#2 Counter top sex

posisi sex

Posisi seks ini dilakukan dengan wanita duduk di atas meja dan lelaki berdiri di hadapan wanita.

Menurut Justin Lehmiller, Pensyarah Seksualiti dan Psikologi Manusia di Harvard University, kedudukan ini dikatakan sebagai posisi sex yang bahaya kerana berisiko menyebabkan kemalangan.

Kemalangan yang selalu berlaku pada posisi ini adalah zakar menujah tempat yang salah.

Apabila isteri mengalami kekejangan otot, atau suami hilang tumpuan, zakar boleh terkeluar daripada faraj lantas menghentam meja.

Apatah lagi apabila posisi bercinta ini dilakukan dengan penuh ghairah dan kasar, tersilap gaya boleh menyebabkan luka pada zakar!

Oleh itu jika anda ingin melakukan posisi ini, pastikan anda berhati-hati dan beri tumpuan sepenuhnya.

#3 Posisi kereta sorong

Posisi ini yang juga dikenali sebagai standing wheelbarrow yang merupakan posisi sex berdiri yang lebih advance.

Ia dilakukan dengan si isteri merangkak di atas lantai, kemudian suami mengangkat kaki isteri lantas isteri memeluk pinggang suami menggunakan kaki.

Sekali pandang sudah pasti anda tahu mengapa posisi ini adalah salah satu posisi seks yang membahayakan!

Jika tersilap langkah, si isteri boleh terhempas ke lantai dan mengalami kecederaan serius!

#4 Doggy style

Selain gaya missionary, posisi doggy ini juga cukup terkenal dan banyak digunakan oleh pasangan.

Posisi ini dilakukan dengan si suami melakukan penetrasi dari belakang isteri dan boleh menentukan kedalaman tusukan yang diinginkan.

Namun, kedudukan ini boleh bertukar menjadi ‘malapetaka’ sekiranya si suami melakukan kesalahan saat penetrasi, terutamanya apabila tersilap masuk ‘lubang!’ Aduh!

Bahkan, posisi ini juga antara yang menyumbang sebanyak 41% terhadap kes zakar patah!

#5 Missionary berdiri

posisi sex

Secara umumnya posisi bersenggama secara berdiri adalah tidak berbahaya, tetapi posisi seks missionary versi berdiri ini mempunyai risiko kemalangan yang tinggi, dan dianggap sebagai kedudukan seks paling bahaya!

Pada posisi ini, si suami akan menyokong penuh berat badan isteri, bukan hanya dengan tangan, tetapi juga dengan zakar.

Selain itu, suami juga perlu membengkokkan lutut, dan perkara ini akan memberi beban yang lebih kepada lutut si suami.

Terdapat juga kes di mana si suami terlepas isteri lantas terus jatuh ke lantai, daripada nikmat, terus jadi menyakitkan!

Walaupun posisi ini penuh dengan kenikmatan, adalah disarankan untuk melakukan posisi missionary yang biasa.

Lebih baik mencegah daripada merawat bukan?

Konklusinya…

Walaupun posisi bercinta di atas boleh membahayakan anda dan pasangan tersayang, tapi jangan terlalu risau sampai ia mengganggu kehidupan seks kalian pula!

Meskipun kedengaran amat serius, keadaan zakar patah atau kecederaan lain yang diakibatkan oleh posisi sex sebenarnya tidak selalu terjadi.

Oleh itu, anda masih boleh bereksperimen dengan posisi-posisi di atas, cuma pastikan untuk sentiasa berhati-hati. Jangan gelojoh sangat ya!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Most dangerous sex positions. https://blackdoctor.org/most-dangerous-sex-positions/. Accessed  Dec 23, 2020
  2. Dangerous sex positions. https://www.nearinternational.org/dangerous-sex-positions/. Accessed  Dec 23, 2020
  3. The most dangerous sex position for men. https://www.leaf.tv/13582923/ouch-the-4-most-dangerous-sex-positions-for-men/.Accessed  Dec 23, 2020
  4. Sex position.https://blackdoctor.org/most-dangerous-sex-positions/. Accessed  Dec 23, 2020
  5. Sex position can give you stroke. https://leakynews.net/top-5-dangerous-sex-positions-number-4-can-give-you-stroke/ . Accessed  Dec 23, 2020
  6. Safe sex positions. https://myhealth.alberta.ca/hip-replacement/exercise-sports-and-other-activities/safe-sex-positions. Accessed  July 18, 2023

Versi Terbaru

18/07/2023

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ambil Tahu 4 Perkara Ini Sebelum Beli Kondom! Baru Lebih Nikmat & Sedap Dipakai

Kondom Untuk Wanita Pun Ada! Ini Beza Antara Kondom Lelaki & Kondom Perempuan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 18/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan