Selalunya apabila menyebut pasal hubungan seks, pasti hanya terfikir tentang keseronokan semata-mata. Hakikatnya, ada kebaikan seks daripada sudutkesihatan yang mungkin tidak anda ketahui.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Berapa kali hubungan seks yang sihat ?
Kajian menunjukkan bahawa mengambil kira semua lingkungan umur, pasangan suami isteri biasa melakukan hubungan seks 2 kali seminggu.
Kebaikan Seks Terhadap Kesihatan
Bagi pasangan suami isteri, hubungan seks merupakan aspek yang penting dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga. Tidak kurang kes perceraian yang berlaku akibat masalah di dalam bilik.
Selain mengukuhkan keintiman sesama pasangan, seks juga mempunyai kelebihan dari sudut kesihatan. Berikut kebaikan seks terhadap kesihatan yang anda perlu tahu.
1. Merendahkan tekanan darah, salah satu kebaikan bersetubuh setiap hari
Kajian menunjukkan bahawa hubungan seksual secara khusus (bukan masturbasi) boleh merendahkan tekanan darah sistolik (nombor pertama dalam bacaan tekanan darah anda).
2. Meningkatkan kawalan air kencing bagi wanita
Lantai pelvis yang kuat sangat penting bagi wanita untuk mengelakkan masalahkencing tidak lawas yang menjejaskan sekitar 30 peratus wanita.
Seks yang bagus ialah seperti senaman bagi otot lantai pelvis. Apabila berlaku orgasma, otot pelvis akan mengecut dan akan menguatkannya.
3. Mengurangkan risiko serangan jantung, kebaikan bersetubuh setiap hari
Di samping meningkatkan kadar degupan jantung, ia mampu mengekalkan keseimbangan kadar estrogen dan testosteron dalam darah.
Sebarang ketidakseimbangan yang berlaku boleh meningkatkan risiko penyakit seperti osteoporosis dan penyakit jantung.
Menurut kajian, mereka yang melakukan hubungan seksual dua kali seminggu mempunyai 50 peratus risiko serangan jantung lebih rendah berbanding orang lain.
4. Mengurangkan risiko kanser prostat antara kebaikan bersetubuh setiap hari
Lelaki yang kerap mengalami ejakulasi lebih kurang mendapat kanser prostat, menurut sebuah kajian dalam Journal of American Medical Association.

5. Meningkatkan kualiti tidur
Anda mungkin berasa penat dan tidur lena selepas menjalani hubungan seks. Ini disebabkan oleh hormon prolaktin yang dilepaskan selepas orgasma yang memberikan rasa tenang dan mengantuk.
6. Membantu mengawal stres
Hubungan yang intim bersama pasangan boleh membantu mengawal stres dan kebimbangan. Sentuhan dan pelukan merangsang badan untuk melepaskan hormon yang memberikan rasa gembira.
Rangsangan seksual pula merembeskan bahan kimia dalam otak yang mengaktifkan sistem ganjaran dan keseronokan.
Seks juga meningkatkan keyakinan diri serta kebahagiaan.
Kebaikan bersetubuh setiap hari #7. Menguatkan sistem imun
Antara kebaikan seks ialah mereka yang menjalani hubungan seksual mempunyai lebih banyak faktor yang melindungi diri daripada jangkitan kuman.
Kajian yang dijalankan di Universiti Wilkes, Pennsylvania mendapati bahawa mereka yang melakukan seks sekali atau dua kali seminggu mengandungi kadar antibodi lebih tinggi berbanding orang lain.
Namun ia tidak cukup dengan seks semata-mata. Anda tetap perlu mengamalkan gaya hidup serta pemakanan yang betul untuk kekal sihat.
6 Cara melakukan hubungan seks dengan lebih sihat
Berikut adalah beberapa cara untuk meningkatkan kualiti hubungan intim anda:
1. Komunikasi terbuka dengan pasangan
Komunikasi yang baik adalah asas kepada hubungan yang sihat. Berbincang secara jujur tentang keinginan, batasan, dan keperluan masing-masing agar hubungan seks anda lebih selesa dan memuaskan.
2. Jaga kebersihan diri dan kesihatan reproduktif
Pastikan kebersihan diri sentiasa terjaga sebelum dan selepas hubungan intim.
Pemeriksaan kesihatan berkala juga penting untuk memastikan tiada jangkitan atau masalah kesihatan yang boleh menjejaskan hubungan anda.
3. Kekalkan gaya hidup sihat
Pemakanan yang sihat, senaman berkala, dan tidur yang mencukupi membantu meningkatkan stamina dan tenaga dalam hubungan intim. Elakkan merokok dan pengambilan alkohol berlebihan kerana ia boleh menjejaskan prestasi seksual.
4. Tingkatkan keintiman dalam aspek emosi

Hubungan seksual bukan hanya fokus fizikal tetapi juga keintiman emosi. Luangkan masa berkualiti bersama pasangan, lakukan aktiviti romantik, dan berikan perhatian dan hadiah kepada perasaan pasangan untuk mengeratkan lagi hubungan.
5. Gunakan perlindungan jika perlu
Bagi pasangan yang belum bersedia untuk hamil atau ingin mengelakkanjangkitan seksual, penggunaan kondom atau kaedah perancang keluarga yang lain adalah sangat penting.
Diharapkan artikel ini anda mengetahui bahawa kebaikan seks ini tidak dipandang enteng dan dilakukan oleh pasangan suami isteri yang masih muda mahupun yang lanjut usia.
[embed-health-tool-ovulation]