backup og meta

3 Manfaat French Kiss Terhadap Tubuh Badan, Benarkah Ia Boleh Bakar Kalori Juga?

3 Manfaat French Kiss Terhadap Tubuh Badan, Benarkah Ia Boleh Bakar Kalori Juga?

Setiap kali berbicara tentang french kiss, pasti ramai suami isteri yang malu dan segan untuk berbincang mengenai perkara ini bukan? Sebenarnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Ini kerana ia adalah sesuatu yang normal malahan bagus untuk perhubungan kalian.

Jom ikuti artikel ini untuk tahu manfaat cium mulut bersama pasangan!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Apa itu french kiss?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu apa itu french kiss terlebih dahulu. Buat kalian yang mungkin belum arif mengenainya, perbuatan ini turut dikenali sebagai bercium atau bercumbu mulut ke mulut bersama pasangan.

Pun begitu, ia bukanlah sekadar bersentuhan bibir ke bibir sahaja. Ia meliputi elemen bermain lidah, bertukar air liur, bersentuhan serta berpelukan bersama pasangan. Pendek kata, ia adalah foreplay yang sangat penting dalam perhubungan suami isteri.

Menurut Michael Christian yang merupakan penulis buku The Art of Kissing, perbuatan cium mulut bersama pasangan memainkan peranan yang sangat penting dalam sesuatu perhubungan.

“Jika lebih banyak pasangan itu bercium, maka lebih tinggi tahap keserasian mereka di dalam perhubungan’, jelas beliau lagi. Selain itu, ia juga merupakan sesuatu yang boleh menimbulkan suasana cinta yang romantis,’ katanya.

Jadi, ternyatalah bahawa ia sangat penting dalam perhubungan suami isteri. Ingin tahu apa lagi manfaat cium mulut? Teruskan pembacaan kalian!

Manfaat cium mulut yang suami isteri wajib tahu!

cium mulut

#1. Ia membantu merembeskan hormon kegembiraan

Tanpa disedari, bercium dengan penuh bernafsu bersama pasangan sebenarnya mampu merembeskan hormon-hormon kegembiraan seperti oksitoksin, dopamin dan serotonin.

Hormon inilah yang bertanggungjawab memberikan rasa seronok, bahagia dan gembira kepada individu. Kesannya, ia mampu menurunkan kadar kortisol (hormon stres) dalam tubuh badan.

Oleh itu, apa lagi yang kalian tunggu? Boleh cuba praktikkan ini dengan pasangan sekarang juga!

#2. Ia membantu meningkatkan tahap libido

French kiss yang hangat dan sensasi bersama pasangan tercinta sudah pasti akan menaikkan nafsu syahwat sekali gus mendorong kalian bersenggama dengan lebih hebat di ranjang kelak.

Ini kerana air liur mengandungi testosteron, yang sangat diperlukan untuk meningkatkan tahap libido individu. Jadi, lebih banyak dan lebih lama kalian bercium, lebih tinggi testosteron dirembeskan.

Kesannya, pasangan mungkin akan lebih kerap mengajak anda berasmaradana! Jadi, sila bersedia ya?

french kiss

#3. Ia membantu otot-otot untuk bersenam

Perbuatan bercium boleh melibatkan pergerakan 2 hingga 34 otot yang terdapat pada muka dan leher kalian!

Ini bermakna ia juga boleh dianggap sebagai sesuatu senaman yang bagus untuk otot-otot anda sekiranya dilakukan dengan teknik yang betul.

Disebabkan itu, ia boleh dianggap sebagai berita baik buat kalian yang kurang rajin untuk bersenam. Mungkin french kiss adalah alternatif yang terbaik buat anda?

Tidak perlu malu atau segan untuk minta pasangan french kiss

Sekarang, kita semua sudah tahu tentang beberapa manfaat cium mulut yang penting untuk tubuh badan kita. Oleh itu, buat apa kita perlu malu atau segan dengan pasangan?

Namun, ia hanya termaktub kepada pasangan yang sudah berkahwin sahaja. Bagi yang belum berkahwin dan beragama Islam khususnya, sabar dan jangan sesekali mengajak pasangan melakukannya okay!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.healthline.com/health/benefits-of-kissing#muscle-tone
  2. https://www.webmd.com/sex-relationships/guide/kissing-tips-and-benefits#1
  3. https://www.webmd.com/sex-relationships/features/kissing-benefits#1

Versi Terbaru

03/03/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/03/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan