backup og meta

6 Cara Kekal Sihat Dengan Bersenggama Umpama Setiap Hari Malam Jumaat, Best!

6 Cara Kekal Sihat Dengan Bersenggama Umpama Setiap Hari Malam Jumaat, Best!

Pasangan suami isteri perlu kerap melakukan hubungan seks bersama pasangan mereka. Ingin tahu mengapa? Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

8 Impak Kerap Melakukan Hubungan Seks

#1. Ia membantu melegakan demam dan selesema

Menurut pakar, pasangan suami isteri yang kerap melakukan hubungan seks akan menghasilkan immunoglobulin A – antibodi yang membantu melawan infeksi demam selesema – dalam air liur mereka. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

#2. Ia membantu mengeluarkan hormon positif

Semasa suami isteri melakukan hubungan seks, hormon dopamine dan oksitoksin – hormon yang dirembeskan ketika berasa seronok – akan dikeluarkan.

Hormon-hormon ini akan menyebabkan individu lebih merasai perasaan kasih sayang bersama pasangan. Namun begitu, hormon-hormon ini tidak akan kekal lama dalam badan selepas melakukan hubungan seks.

kerap melakukan hubungan seks

#3. Ia membantu meningkatkan kesuburan

Menurut sebuah kajian yang pernah dilakukan, kandungan bahan kimia dalam air mani yang dikeluarkan ke dalam faraj pasangan wanita akan membantu meningkatkan kesuburan mereka dengan memperbaiki kondisi dan struktur faraj. Selain itu, ia juga membantu wanita mempunyai mood yang baik.

#4. Ia membantu mengosongkan otak

Setiap tahun, 7 daripada 100,000 individu akan mengalami global transient amnesia – kehilangan memori yang sementara namun bukan disebabkan oleh kondisi neurologi.

Salah satu punca ia berlaku adalah kerap melakukan hubungan seks bersama pasangan. Ia menunjukkan betapa seks mampu membantu anda mengosongkan otak dan anda tidak perlu risau kerana ia tidak akan mendatangkan apa-apa kesan sampingan.

#5. Ia membantu melegakan kesakitan

Jangan sesekali bertangguh untuk melakukan hubungan seks jika ada sedang sakit kepala. Menurut kajian yang dilakukan di Jerman pada 2013 terhadap individu yang mempunyai migrain, menunjukkan seks mampu melegakan simptom tersebut.

Menurut kajian lagi wanita yang terangsang pada g-spot akan mengalami kelegaan daripada segala kesakitan.

kerap melakukan hubungan seks

#6. Ia membantu menenangkan fikiran

Hubungan seks sememangnya mampu membantu pasangan suami isteri menenangkan fikiran dan menyingkirkan tekanan mereka. Ia disebabkan oleh seks mampu mengurangkan tekanan darah dalam badan.

#7. Ia adalah senaman yang bagus

Ya, seks sememangnya adalah senaman yang bagus kerana ia mampu membakar sehingga 207 kalori dalam masa 30 minit. Selain itu, ia juga adalah senaman yang bagus bagi otot paha dan otot punggung.

#8. Ia membantu memperbaiki kesihatan jantung

Paling penting, kerap melakukan hubungan seks bersama pasangan mampu memperbaiki kesihatan jantung anda. Ia kerana seks mampu melatih jantung dan sistem kardiovaskular anda dan pasangan agar menjadi lebih kuat dan sihat.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

21 Reasons Why You Should Have Sex And The Advantages to Our Health. http://www.mirror.co.uk/lifestyle/health/21-reasons-you-should-sex-2043200. Accessed September 29, 2016.

How Sex Affects Mood. http://www.mensjournal.com/health-fitness/health/how-sex-affects-mood-20150127. Accessed September 29, 2016.

8 Ways Sex Affects Your Brain. http://www.health.com/health/gallery/0,,20894914,00.html/view-all. Accessed September 29, 2016.

8 Surprising Benefits of Sex. http://www.mnn.com/health/fitness-well-being/stories/8-surprising-benefits-of-sex. Accessed September 29, 2016.

15 Science-Backed Reasons to Have More Sex. http://greatist.com/health/health-benefits-of-sex. Accessed September 29, 2016.

10 Ways More Sex Can Improve Your Health. http://www.menshealth.com/sex-women/sex-health-benefits. Accessed September 29, 2016.

Why Sex Is Good for Your Health, Especially Your Heart. https://health.clevelandclinic.org/2015/02/why-sex-is-good-for-your-health-especially-your-heart/. Accessed September 29, 2016.

Versi Terbaru

25/10/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan