backup og meta

Pil Perancang Untuk Lelaki - Adakah Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

Pil Perancang Untuk Lelaki - Adakah Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

Mungkin selepas ini, bukan hanya si isteri yang perlu fikir kaedah kontrasepsi kerana pil perancang keluarga lelaki untuk si suami sedang dikaji dan dicipta.

Persolannya, adakah ia sudah wujud atau masih dalam kajian? Jom teruskan membaca artikel!

Seks & kaedah perancang keluarga

Semua pasangan pasti akan melakukan hubungan intim kerana ia adalah fitrah semula jadi kelahiran manusia yang berpasang-pasangan.

Pun begitu, tidak semua lelaki atau wanita yang berpasangan itu sudah bersedia dan bersetuju untuk mempunyai anak bersama-sama.

Disebabkan itu, pelbagai kaedah perancang keluarga perlulah dipraktikkan ketika sedang hangat bersenggama.

Antara kaedah yang paling mudah dan cepat untuk digunakan adalah dengan penggunaan kondom baik untuk lelaki mahupun wanita.

Selain itu, wujud pelbagai lagi kaedah kontraseptif yang lain seperti penggunaan IUCD, pembedahan vasektomi serta yang paling berkesan iaitu pengambilan pil perancang keluarga.

Pil perancang keluarga adalah senjata wanita?

Buat anda yang mungkin belum tahu, pil perancang berfungsi untuk mencegah kehamilan dan jangan risau untuk mengambilnya kerana ia adalah selamat.

pil perancang keluarga lelaki

Khas buat kaum Hawa, ia berfungsi dengan cara menghalang ovulasi berlaku pada tubuh badan seorang wanita.

Dengan itu, maka tiada ovum yang boleh disenyawakan dengan sperma lelaki lantas menghalang kehamilan berlaku.

Dalam pada itu, pil ajaib ini juga akan menyebabkan serviks mengeluarkan lendir atau mukus yang tebal sekali gus menyukarkan sperma melepasi untuk masuk ke dalam ovari.

Kebanyakan pil jenis kombinasi akan hadir dalam bentuk pek untuk 21 hari atau pek untuk 28 hari meskipun wujud dalam pelbagai jenis dan jenama.

Satu pil perlu diambil pada masa yang sama setiap hari dalam tempoh sebulan dan wanita akan mengalami haid apabila anda berhenti mengambil pil kontraseptif ini.

Sekiranya anda terlupa atau terlepas untuk mengambil pil, anda mungkin tidak akan dilindungi daripada kehamilan dan memerlukan kaedah kontraseptif tambahan.

Antara teknik yang boleh dilakukan adalah dengan penggunaan kondom, pancut luar atau elak melakukan seks buat seketika.

Namun sila pastikan anda telah berbincang dengan doktor pakar terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengambil pil ini bagi mengelak kesan sampingannya okay!

Lelaki juga ada pil perancang keluarga?

pil perancang keluarga lelaki

Dalam hal perhubungan yang membabitkan kesuburan dan kehamilan, kebiasaannya golongan wanita pasti akan dipersalahkan bukan?

Pun begitu, perkara sebegini tidak harus diteruskan dan wajar dihentikan kerana golongan lelaki juga perlu bersama bertanggungjawab!

Baiklah, sekarang kita berbalik semula kepada persoalan utama kajian ini iaitu sama ada pil perancang keluarga lelaki sudah wujud atau masih dalam kajian lagi.

Jawapannya adalah ia masih belum wujud dan masih memerlukan kajian lanjutan sebelum pil perancang keluarga lelaki ini berada dalam pasaran.

Namun pada tahun 2019, pil kontraseptif untuk golongan lelaki ini dikatakan telah melepasi ujian klinikal lantas mewujudkan harapan yang baharu.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam The Journal of Clinical Endocrinology and Metabolism, pil ini dikenali dengan nama Dimethandrolone undecanoate (DMAU).

Dalam pada itu, ia mengandungi 2 hormon – follicle-stimulating hormone (FSH) dan luteinizing hormone (LH) yang boleh menurunkan kadar penghasilan hormon testosteron dan sperma tanpa mengakibatkan simptom testosteron rendah dalam tubuh badan (low-T).

Dalam erti kata yang lebih mudah, tiada sebarang kesan sampingan yang akan dihadapi lelaki jika ambil pil perancang ini di samping membantu mencegah kehamilan pasangan.

Ia masih dalam kajian, harapan masih cerah!

Kajian tersebut dijalankan dengan menggunakan 82 orang lelaki berusia 18 ke 50 tahun sebagai subjek dan diberikan pil ajaib ini selama 28 hari.

Hasilnya, didapati bahawa majoriti mereka mempunyai kadar testosteron, FSH dan LH yang rendah selepas mengambil pil berdos 400 mg ini.

Ini bermakna, kajian ini mungkin ada harapan namun masih memerlukan masa yang lebih lama sebelum ia mula dikeluarkan di pasaran untuk digunakan oleh setiap lelaki di luar sana.

pil perancang keluarga lelaki

Jadi, sila bersabar dan gunakan kaedah kontraseptif sedia ada untuk sama-sama mencegah kehamilan!

Gunakan kaedah perancang keluarga sedia ada

Konklusinya, pil ini masih lagi dalam kajian lanjutan dan memerlukan masa sebelum anda benar-benar dapat menggunakannya.

Dalam masa itu, sila gunakan kaedah perancang keluarga sedia ada selepas berbincang dengan doktor akan kontraseptif yang sesuai.

Antara yang boleh dan mudah untuk digunakan oleh semua orang adalah:

Selain 4 teknik kontraseptif yang asas ini, kalian juga mungkin mahu cuba kaedah yang lebih rumit namun memerlukan bantuan pakar seperti:

Untuk mengetahui kaedah perancang keluarga terbaik untuk anda, sila berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu ya?

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. ‘The pill’ for guys: Male birth control option passes safety tests, https://utswmed.org/medblog/pill-guys-male-birth-control-option-passes-safety-tests/, Accessed Sep 21 2020.
  2. The pill for men, https://www.nhsinform.scot/healthy-living/contraception/the-pill/the-pill-for-men, Accessed Sep 21 2020.
  3. What is the male pill?, https://www.nhs.uk/conditions/contraception/male-pill/, Accessed Sep 21 2020.
  4. Male contraception, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3510960/, Accessed Sep 21 2020.
  5. A Male Birth Control Pill Passed Safety Tests — Here’s How It Works, https://www.livescience.com/65078-male-birth-control-pill-tested-safety.html, Accessed Sep 21 2020.

Versi Terbaru

08/11/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

5 Perkara Punca Pil Perancang Tidak Berkesan, #4 Mungkin Anda Tidak Percaya!

Mengapa Wanita Tidak Subur Masih Perlu Ambil Pil Perancang, Ini Sebabnya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan