Pada masa ini, anda mungkin merancang untuk tidak hamil. Tetapi anda dan pasangan tidak menyukai kondom, pembedahan atau alat kontraseptif yang diletakkan dalam badan. Dalam keadaan ini, anda berdua boleh mempertimbangkan suntikan perancang keluarga.
Walau bagaimanapun, sebelum mencuba kaedah kawalan kelahiran ini, baca artikel ini dengan untuk mendapatkan beberapa maklumat asas.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkan di sini.
Apa itu suntikan perancang keluarga?
Suntikan kontraseptif ialah jenis perancang keluarga yang popular dalam kalangan wanita. Suntikan ini juga dikenali sebagai Depo, atau suntikan Medroxyprogesterone, mengandungi hormon progestogen versi sintetik.
Terdapat dua jenis suntikan kontraseptif iaitu:
- Depo-Provera
- Depo-Ralovera
Bagaimana suntikan kontraseptif berfungsi?

Apabila ubat disuntik ke dalam badan anda melalui punggung atau tangan, suntikan ini berfungsi seperti implan.
Anda boleh mendapatkan suntikan pada bila-bila masa sepanjang tempoh haid selagi mana doktor mengesahkan bahawa anda tidak hamil.
Kesan suntikan berlangsung daripada 12 hingga 14 minggu.
Suntikan kontraseptif berfungsi dengan:
- Mencegah ovari anda daripada mengeluarkan telur setiap bulan (menghentikan ovulasi)
- Menebalkan lendir pada pembukaan rahim untuk menghentikan sperma daripada melalui rahim untuk bertemu telur
- Membuat lapisan rahim menjadi lebih nipis untuk mencegah implantasi telur yang disenyawakan
Jika anda mendapat suntikan semasa 5 hari pertama haid anda, ia boleh berfungsi dengan serta-merta dan anda boleh mencegah kehamilan dengan segera.
Siapa yang boleh ambil suntikan kontraseptif?
Dalam kebanyakan kes, wanita boleh mengambil suntikan kontraseptif.
Namun, jika anda mempunyai keadaan seperti di bawah, suntikan depo mungkin tidak sesuai untuk anda:

- Anda mengesyaki bahawa anda mengandung
- Anda tidak mahu terlepas haid
- Anda mengalami pendarahan selepas seks
- Anda mempunyai penyakit jantung atau strok
- Anda mempunyai darah bergumpal
- Anda mempunyai penyakit hati
- Anda mempunyai kanser payudara
- Anda mempunyai diabetes dan sedang mengalami komplikasi
- Anda mempunyai risiko osteoporosis yang lebih tinggi
Ada 9 kelebihan suntikan perancang keluarga
Suntikan kontraseptif mempunyai beberapa kelebihan, termasuklah:
- Cara ini sangat berkesan
- Cara ini mudah dengan satu suntikan berkesan selama 3 bulan
- Suntikan kontraseptif selamat semasa menyusu badan
- Ia tidak terjejas oleh ubat-ubatan lain
- Ia boleh membantu anda mencegah haid. Sesetengah wanita menyukai ciri ini
- Ia berguna jika anda sukar mengingati untuk mengambil pil kontraseptif setiap hari
- Ia boleh membantu menghalang kanser rahim tertentu dan penyakit pelvis
- Ia boleh membantu merawat beberapa masalah dengan haid anda
- Ini tidak menjejaskan kehidupan seks anda

Kesan sampingan suntikan depo
Walaupun kaedah ini selamat, kesan sampingan mungkin berlaku:
- Ia boleh menyebabkan penyusutan tulang jika anda menggunakan kaedah ini untuk tempoh yang lama
- Tulang anda lebih cenderung untuk rapuh pada satu ketika dalam hidup anda
- Boleh menyebabkan haid anda menjadi tidak teratur
- Anda mungkin mengalami simptom yang tidak menyenangkan seperti sakit kepala dan jerawat
- Berat badan anda boleh mungkin meningkat
- Anda sering merasa gugup
- Anda merasa tidak selesa pada perut
Kesimpulan
Jenis perancang keluarga seperti suntikan hormon ini ada kebaikan dan kesan sampingannya. Oleh itu, pastikan anda dapatkan informasi tambahan sebelum menentukan untuk mengambil perancangan keluarga yang terbaik.
[embed-health-tool-ovulation]