HPV adalah penyakit berjangkit yang berbahaya. Di dalam dunia ini, terdapat pelbagai jenis penyakit jangkitan kelamin (STD), antara yang sering berlaku adalah HPV.
Kebiasaannya, kita mungkin sering terdengar atau terbaca bahawa ia akan berlaku pada alat sulit sahaja bukan?
Pun begitu, kenyataan ini mungkin boleh disangkal kerana ia juga sebenarnya boleh terjadi pada rongga mulut!
Jadi, jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai penyakit HPV adalah pada mulut dengan lebih mendalam lagi.
Apa itu HPV?
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita semua tahu pengertian sebenar tentang salah satu daripada penyakit jangkitan kelamin yang berbahaya ini terlebih dahulu.
Buat anda yang mungkin belum tahu, Human papilloma virus, HPV adalah sejenis virus yang berbeza dengan HIV (AIDS) dan HSV (herpes) yang mungkin akan menyebabkan kanser.
Virus ini boleh tersebar dari satu individu kepada individu lain menerusi penetrasi zakar ke dalam faraj atau sebarang aktiviti seks yang lain seperti seks anal dan seks oral.
Lebih membimbangkan, penyakit ini mungkin tidak akan menunjukkan sebarang petanda lantas menjadikannya sangat sukar untuk dikesan.
Disebabkan ia adalah antara STD yang paling kerap berlaku, cara mencegahnya yang paling utama adalah dengan mengambil vaksin pada usia muda.
HPV adalah penyebab kanser?
Dalam kebanyakan kes, HPV adalah penyakit yang akan hadir dan hilang dengan sendiri seiring perjalanan waktu serta tidak akan mengakibatkan sebarang komplikasi kesihatan.
Pun begitu, ia juga mungkin akan menyebabkan kondisi ringan seperti ketuat kelamin atau kondisi berat seperti kanser jika masih ada dalam tubuh badan.
Apa yang menakutkan adalah virus ini boleh jadi pencetus pelbagai jenis kanser termasuklah pada:
- Vulva
- Faraj
- Zakar
- Anus
- Tekak
- Mulut
Untuk mengelakkan daripada terkena kanser seperti yang kami nyatakan di atas, maka segera dapatkan rawatan lanjutan bagi mengubati penyakit ini terlebih dahulu.
Ataupun anda boleh ambil vaksin secepat yang mungkin bagi mencegah ia daripada berlaku sejak awal lagi.
Mulut pun boleh dijangkiti virus ini?
Baiklah, sekarang kita pergi pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu adakah mulut juga boleh terjangkiti HPV? Jawapannya adalah ya!
Juga dikenali sebagai apa itu HPV oral, ia boleh menular daripada satu individu ke individu lain jika berlaku sentuhan pada mukosa mulut.
Antara perbuatan yang sangat berisiko menyebarkan virus ini adalah seks oral, berciuman atau berkucupan dengan pasangan.
Dalam erti kata lain, sebarang kontak yang dilakukan, meningkatkan risiko anda.
Risikonya juga adalah jauh lebih tinggi sekiranya anda banyak melibatkan diri dengan aktiviti seks bersama ramai pasangan.
Siapa yang paling berisiko?
Terdapat beberapa golongan yang berisiko tinggi dan ia sangat berkait rapat dengan faktor risiko berikut:
- Berjantina lelaki
- Sering melakukan seks oral dengan pasangan
- Penjagaan kebersihan mulut atau gigi palsu yang buruk
- Cenderung berganti pasangan
- Menghisap rokok
- Meminum alkohol
Apa akibat yang akan berlaku?
Seperti mana yang kita sudah tahu, jangkitan virus ini mungkin tidak akan menunjukkan sebarang petanda lantas membuat penderita langsung tidak sedar mengenainya.
Namun adalah harus untuk kalian tahu bahawa HPV oral mungkin akan mengakibatkan sejenis kanser yang juga agak berbahaya iaitu kanser mulut (orofaringeal).
Ia boleh terjadi dan bermula pada sekitar kawasan mulut termasuklah lidah, tonsil dan faring.
Tolong waspada tanda-tanda HPV!
Hakikatnya, virus ini boleh menyerang individu tanpa langsung meninggalkan sebarang petanda yang jelas melainkan dengan melakukan ujian klinikal.
Cuma satu sahaja tanda yang mungkin boleh diperhatikan oleh kalian iaitu akan muncul ketuat pada sekitar kawasan mulut penderita.
Pun begitu, terdapat beberapa tanda awal sekiranya virus itu telah memicu sel kanser untuk mula merebak di dalam mulut yang boleh diperhatikan.
Oleh itu, sila waspada dengan tanda-tanda ini:
- Sukar menelan makanan dan minuman
- Rasa sakit pada bahagian mulut
- Rasa sakit pada bahagian telinga
- Rasa perit pada kawasan tekak
- Batuk yang disertai dengan darah
- Penurunan berat badan secara mendadak
- Pembesaran kelenjar limfa
- Pembengkakan pada leher
- Sering mengalami suara serak atau hilang suara
Dalam erti kata yang lebih mudah, tanda-tanda HPV adalah pada mulut akan mula muncul jika ia telah memicu sel kanser untuk mula merebak.
Namun ia masih belum terlambat dan anda perlu segera untuk dapatkan rawatan lanjutan dengan doktor untuk mengelak daripada jadi lebih teruk.
Apa yang perlu dilakukan?
Apa itu HPV adalah sejenis virus yang sering berlaku dan berbahaya, sesuatu perlu dilakukan dengan kadar segera!
Untuk mengelakkan ia berlaku pada mulut, ketuat yang muncul itu perlu dibuang dengan teknik pembekuan, pembedahan atau penyuntikan ubatan.
Bagi mengelakkan ia berubah kepada kanser mulut pula, adalah perlu untuk doktor menghentikan pertumbuhan segala sel-sel abnormal pada mulut.
Namun mencegah adalah lebih baik daripada mengubati bukan? Oleh itu, jangan lagi bertangguh untuk mengambil vaksin HPV!
[embed-health-tool-ovulation]