backup og meta

5 Cara Mengatasi Masalah Sembelit Semasa Puasa Ramadan

5 Cara Mengatasi Masalah Sembelit Semasa Puasa Ramadan

Pilihan makanan yang tidak sihat, makan secara berlebihan, makan dengan gelojoh dan tabiat makan lain yang tidak sihat semasa berbuka puasa merupakan punca lazim timbulnya isu penghadaman di bulan Ramadan. Baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sembelit.

Apa itu sembelit?

Sembelit adalah keadaan di mana seseorang buang air besar kurang daripada tiga kali seminggu. Setiap orang memiliki kebiasaan buang air besar yang berbeza. Ada orang yang buang air besar setiap hari, namun ada juga yang setiap dua hari. Namun jika sulit atau jarang buang air besar, bererti anda mengalami sembelit.

Cara mengatasi sembelit semasa puasa

  1. Banyakkan minum air

Tempoh antara berbuka hingga sahur, anda mungkin terlupa untuk minum air kosong kerana sudah kekenyang dengan pelbagai juadah berbuka. Tetapi untuk mengelakkan masalah sembelit berlaku anda perlu memastikan pengambilan air kosong khusunya mencukupi 8 gelas sehari iaitu 2 gelas semasa berbuka, 4 gelas sepanjang malam dan 2 gelas semasa bersahur.

  1. Banyakkan buah-buahan dan sayuran serat

Faktor utama sembelit adalah kurangnya serat dalam badan. Walaupun anda minum air secukupnya namun pengambilan serat tidak mencukupi, sembelit tetap muncul semasa berpuasa. Antara buah-buahan yang kaya serat adalah pisang, betik, epal dan buah beri. Manakala sayuran tinggi serat adalah brokoli, kubis dan asparagus.

  1. Elakkan kafein semasa berbuka dan sahur

Pengambilan minuman berkafein akan membuatkan perut anda melepaskan jus gastrik pada perut kosong dan seterusnya menyakitkan mukosa perut. Tetapi dengan meminumnya selepas 2 jam lebih baik, kerana badan anda akan menyesuaikan tahap glukosa darah ketika itu. Manakala, minum secawan pada waktu sahur akan membuatkan anda dehidrasi selama seharian.

  1. Makan puding atau agar-agar

Menikmati puding atau agar-agar juga dikatakan boleh membantu masalah sembelit. Ini kerana agar-agar diperbuat daripada rumput laut dan mengandungi serat yang tinggi. Pengambilannya semasa puasa khususnya ketika berbuka puasa dapat membanti mengaktifkan semula fungsi sistem penghadaman yang berehat lebih kurang 13 jam.

  1. Lakukan senaman

Walaupun sedang berpuasa, anda masih boleh melakukan senaman ringan kerana ia salah satu cara mengatasi sembelit selain daripada penjagaan makanan dan minuman. Senaman boleh membantu melancarkan sistem penghadaman badan dan mampu membakar lemak dan kalori sehingga berupaya mencegah sembelit yang menganggu.

Jika sembelit berterusan dan semakin kronik, anda perlu berjumpa dengan doktor segera untuk mendapatkan rawatan. Jangan mengambil julap untuk merawatnya sendiri kerana sering menggunakan julap boleh membuat keadaan anda lebih teruk.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

10/06/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Susah Buang Air Besar, Boleh Dapatkan Ubat Sembelit Dewasa Di Farmasi Sekarang!

Cari Petua Untuk Mudah Buang Air Besar? Amalkan 7 Jenis Makanan Rawat Sembelit!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 10/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan