Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Cervical spinal stenosis atau Stenosis Spina Servikal adalah penyempitan saluran tulang belakang di leher. Saluran tulang belakang (spinal canal) adalah kawasan terbuka di tulang (vertebra) yang membentuk kolum tulang belakang (spinal column). Saraf tunjang adalah kumpulan saraf yang mengalir melalui saluran tulang belakang dari pangkal otak ke bahagian bawah belakang. Saraf ini membolehkan kita merasa, bergerak, dan mengawal usus dan pundi kencing serta fungsi badan yang lain. Dalam stenosis tulang belakang servikal, saluran tulang belakang menyempit, lalu menghimpit dan memampatkan akar saraf pada bahagian ia meninggalkan saraf tunjang, ataupun keadaan ini boleh memampatkan dan merosakkan saraf tunjang itu sendiri.
Ketujuh-tujuh vertebra (tulang belakang) di antara kepala dan dada dipanggil sebagai tulang belakang servikal. Sebarang masalah (mampatan atau himpitan ) pada tulang belakang servikal boleh mengubah fungsi saraf tunjang dan menyebabkan kesakitan, kekakuan, kebas, atau kelemahan pada leher, lengan, dan kaki. Ia juga boleh menjejaskan kawalan ke atas usus dan pundi kencing anda.
Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Ramai orang yang berumur lebih daripada 50 tahun menghidapi penyempitan saluran tulang belakang tetapi tidak mengalami sebarang gejala. Stenosis tulang belakang servikal tidak menyebabkan gejala melainkan jika saraf tunjang atau urat saraf ditekan / dihimpit. Gejala biasanya terbentuk secara beransur-ansur dalam tempoh yang lama dan mungkin termasuk:
Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sebarang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik bagi situasi anda.
Stenosis tulang belakang servikal boleh terjadi hasil daripada penuaan dan “haus dan lusuh’ (wear and tear) secara beransur-ansur pada tulang belakang. Ia juga boleh berlaku akibat kecenderungan genetik. Ia juga mungkin disebabkan oleh prolaps cakera intervertebral.
Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Diagnosis stenosis tulang belakang servikal biasanya dibuat berdasarkan pada sejarah gejala-gejala yang dialami dan pemeriksaan fizikal. Doktor anda akan bertanya jika sebarang pergerakan leher menyebabkan rasa sakit, kebas, atau lemah. Sekiranya stenosis tulang belakang servikal disyaki, doktor anda akan mengesyorkan ujian pengimejan leher dan belakang untuk mengesahkan diagnosis dan melihat apa yang menyebabkan penyempitan saluran tulang belakang. Ujian pengimejan yang boleh digunakan termasuk X-ray, pengimejan resonans magnetik (MRI), dan pengimbasan tomografi (CT scan). Doktor anda akan menggunakan keputusan ujian, termasuk pengimejan dan ujian darah, untuk menyaring keluar penyakit lain seperti Sklerosis Multipel (MS) dan kekurangan vitamin B12-sebagai punca gejala anda.
Dalam kes stenosis tulang belakang yang ringan, simptom biasanya boleh dikawal dengan ubat untuk melegakan kesakitan, senaman untuk mengekalkan kekuatan dan fleksibiliti, serta terapi fizikal. Sekiranya gejala-gejala anda teruk, mengalami kelemahan otot progresif, atau imej-imej ujian diagnostik tulang belakang menunjukkan saraf tunjang atau urat saraf anda sedang dihimpit/ditekan, doktor anda mungkin mengesyorkan pembedahan dekompresi (decompression) untuk melegakan tekanan. Pembedahan ini boleh dilakukan dari bahagian depan atau belakang leher. Ia melibatkan pengeluaran beberapa cakera, tulang, dan / atau tisu yang menekan akar saraf. Tulang belakang selalunya disatukan secara pembedahan untuk memberikan kestabilan kepada tulang belakang.
Stenosis tulang belakang servikal berpotensi menyebabkan masalah serius pada sistem saraf, termasuk masalah usus dan kawalan pundi kencing (incontinence) dan kehilangan kekuatan dan deria rasa yang kekal di tangan, lengan dan kaki. Doktor tidak akan menunggu anda mengalami tanda-tanda sakit, kelemahan, dan kekebasan yang teruk sebelum mempertimbangkan rawatan untuk melegakan tekanan pada saraf tunjang dan urat saraf anda.
Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen