
Patah Tulang Peninju
Definisi
Apakah itu patah tulang peninju?
Patah tulang peninju didefinisikan sebagai patah tulang yang membentuk penumbuk. Sesetengah doktor menggunakan terma “patah tulang penumbuk / pemarah” berbanding terma “patah tulang peninju” kerana seorang peninju jarang mendapat kecederaan ini. Penumbuk kurang terlatih perlu belajar cara munumbuk tanpa mencederakan diri sendiri.
Tulang metakarpal pada tangan menghubungkan tulang-tulang jari kepada tulang pergelangan tangan. Kesemua tulang metakarpal mempunyai struktur anatomi yang sama. Setiap tulang tersebut meliputi dasar, batang, leher dan kepala.
- Dasar tulang metakarpal ialah bahagian yang bercantum pada tulang pergelangan tangan
- Batangnya pula ialah bahagian tulang yang panjang dan lurus
- Bahagian leher tulang pula bercantum dengan kepala. Kepala tulang metakarpal menghubungkan tulang metakarpal dengan tulang jari
- Kepala tulang metakarpal membentuk penumbuk/ buku jari tertutup
Patah tulang peninju melibatkan patah bahagian leher tulang metakarpal. Ia dijelaskan pada awalnya pada patah tulang metakarpal jari kelingking kerana jari ini paling lazim terpatah semasa menumbuk objek yang tidak bergerak. Patah tulang peninju berlaku pada tulang metakarpal yang menghubungkan jari manis atau jari kelingking pada pergelangan tangan. Ia dikenali sebagai tulang metakarpal keempat dan kelima. Sesetengah doktor melibatkan patah leher tulang metakarpal kedua dan ketiga sebagai definisi patah tulang peninju. Tulang metakarpal kedua menghubungkan jari telunjuk ke pergelangan tangan, dan matakarpal ketiga menghubungkan jari tengah pada pergelangan tangan.
Apakah kebarangkalian patah tulang peninju?
Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom patah tulang peninju?
Simptom yang lazim berlaku ialah:
Simptom tipikal patah tulang peninju ialah sakit atau sakit semasa disentuh pada lokasi khusus tangan yang melibatkan tulang metakarpal yang terjejas, di sekitar penumbuk / buku jari. Pesakit dapat mengesan kesakitan bersama pergerakan tangan atau jari.
- Apabila tulang patah, anda akan berasa seperti diketuk pada tulang yang terjejas
- Tangan tersebut mungkin bengkak, bertukar warna atau lebam di sekitar tempat kecederaan. Kecacatan pada tulang yang patah juga mungkin dapat dikesan. Terdapat pergerakan tidak normal pada bahagian yang patah. Doktor juga boleh menyebabkan kesakitan dengan menekan tulang yang patah. Tambahan lagi, kesakitan akan wujud pada tulang metakarpal dengan menggenggam jari yang bercantum dengan tulang metakarpal tersebut, dan menolak tulang yang patah tersebut ke dalam
- Jika anda cuba menggenggam tangan yang tercedera, doktor akan mengesan jari tidak selari. Doktor dapat mengesan kecacatan tulang yang tercedera. Jari yang terjejas akan membengkok ke dalam mengarahkan ke ibu jari melebihi jari normal. Ia dikenali sebagai pusingan dan walaupun ianya jarang berlaku, kewujudannya mungkin menunjukkan kecederaan serius
- Tanda lazim lain ialah luka pada tangan. Luka pada kulit bersama patah tulang peninju menunjukkan kecederaan serius
Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom, sila berunding dengan doktor anda.
Bilakah saya perlu berjumpa doktor?
Jika anda mengalami sebarang tanda-tanda atau simptom atau soalan seperti yang disenaraikan di atas, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu bertindak balas berbeza. Adalah baik untuk berbincang dengan doktor tentang penyelesaian terbaik untuk anda.
Punca-punca
Apakah punca-punca patah tulang peninju?
Patah tulang peninju mendapat namanya daripada salah satu punca utama – menumbuk objek dengan buku jari tertutup. Ia berlaku semasa menumbuk dinding atau kabinet. Walaupun patah ini berlaku semasa jari buku ditutup, ia juga boleh terjadi apabila tangan tidak ditutup dan melanggar objek keras.
Faktor risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya mendapat patah tulang peninju?
Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Diagnosis & rawatan
Maklumat yang disediakan bukan sebagai pengganti kepada mana-mana nasihat perubatan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah patah tulang peninju didiagnosis?
Pemeriksaan fizikal dan X-ray adalah penting untuk diagnosis patah tulang peninju. Hasil yang memerlukan X-ray ialah aktiviti yang meningkatkan risiko patah tulang, kecacatan tangan, sakit setempat, bengkak, berubah warna, kurang pergerakan tangan, pergelangan tangan atau jari, kebas, suhu berbeza antara tangan yang normal dan tangan yang tercedera, atau luka akibat terkena gigi orang yang ditumbuk (disebabkan kecederaan gigitan manusia).
- Doktor akan menentukan sama ada X-ray diperlukan atau tidak pada sekitar bahagian kecederaan. Selepas doktor mendapat maklumat lengkap tentang kecederaan tangan tersebut, langkah seterusnya ialah melakukan pemeriksaan fizikal.
Bagaimanakah patah tulang peninju dirawat?
Rawatan Patah Tulang Peninju di Rumah :
Penjagaan di rumah boleh dibahagikan kepada penjagaan sebelum berjumpa doktor dan penjagaan selepas didiagnosis:
- Matlamat utama penjagaan tangan tercedera ialah untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak, mengurangkan risiko jangkitan pada luka terbuka dan menghalang kecederaan lanjut akibat kepatahan tidak stabil.
- Pendekatan terbaik untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak ialah dengan meletakkan pek ais pada bahagian tercedera. Jika ais tidak dijumpai, letakkan tuala yang direndam ke dalam air sejuk pada bahagian tersebut. Mengangkat tangan juga dapat mengurangkan bengkak.
- Luka terbuka semasa kecederaan menunjukkan berlaku kepatahan terbuka- salah satu jenis kepatahan yang meningkatkan risiko jangkitan dan melambatkan penyembuhan. Semua jenis luka perlu dibasuh dengan sabun dan air dan dibalut dengan kain penganduh bersih sesegera mungkin untuk mengelak risiko jangkitan.
- Teknik utama untuk menghalang kecederaan lanjut ialah tidak menggerakkan tangan tersebut. Mengampu tangan yang tercedera dengan tangan yang baik. Tambahan lagi, jangan gunakan tangan tersebut untuk mengangkat sebarang objek atau melakukan sebarang kerja yang memberi tekanan. Penggunaan tangan yang tercedera akan merosakkan otot, saluran darah, tendon, ligamen dan saraf di sekitar tulang tersebut.
- Penjagaan di rumah selepas didiagnos adalah berdasarkan kepada rawatan doktor. Penjagaan ini termasuklah pengurusan kesakitan, penjagaan cast atau splint dan memantau tanda-tanda jangkitan.
Rawatan Perubatan
Jika patah tulang peninju dikesan, matlamat utama rawatan ialah untuk tidak menggerakkan tangan tersebut supaya tangan sembuh dengan baik dan untuk mengurangkan kesakitan akibat kepatahan.
Untuk memastikan tulang yang patah tersebut tidak digerakkan, splint perlu digunakan untuk tidak menggerakkan sendi di atas dan di bawah tempat kecederaan. Dalam kes ini, splint jenis berbeza mungkin digunakan. Salah satu jenis splint mungkin memanjangkan jari, dan mendedahkan hujung jari, kepada lengan berhampiran siku. Jenis splint lain yang berkesan bagi kepatahan tulang jari kelingking ialah untuk melekatkan jari kelinking dengan jari manis bersama. Doktor akan menentukan jenis splint yang akan digunakan untuk anda.
- Apabila patah tulang peninju berlaku, mungkin sebahagian tulang metakarpal bergerak keluar daripada garisan normal. Ini dipanggil angulation. Jumlah angulation akan menentukan jenis rawatan yang diperlukan untuk memastikan pemulihan yang baik. Pesakit yang mengalami kepatahan sederhana mungkin dipakaikan splint di jabatan kecemasan atau di pejabat doktor.
- Sebarang tahap angulation pada tulang metakarpal kedua dan ketiga dikategorikan sebagai tidak normal dan perlu dirujuk kepada doktor pakar tangan bagi menjalani pembedahan pemulihan. Kepatahan pada tulang metakarpal keempat dan kelima hanya memerlukan pembedahan jika angulation besar berlaku dan tulang tidak dapat digerakkan dengan menarik dan menolak jari selepas menggunakan anesthesia untuk membius tangan.
- Kerana tulang yang terpatah boleh menyebabkan kesakitan yang ketara, pengurusan kesakitan adalah aspek yang penting bagi rawatan tulang tersebut. Antaranya ialah dengan mengambil ubat anti radang dan ubat tahan sakit. Acetaminophen (Tylenol) atau ibuprofen (Advil) adalah pelega kesakitan yang baik dan mempunyai sedikit kesan sampingan. Ubat di luar kaunter ini, atau sebarang ubat tahan sakit perlu diambil mengikut arahan yang diberikan untuk mengurangkan risiko kesan sampingan.