Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal yang terhad, memberikan perhatian khusus kepada lengan yang cedera.
- Doktor mungkin akan memeriksa jantung, paru-paru, dan abdomen anda
- Doktor juga boleh memeriksa kepala, leher, belakang, dan lengan dan kaki yang tidak tercedera. Kebanyakan pemeriksaan ini adalah untuk memastikan tiada kecederaan atau keadaan kesihatan lain yang lebih serius yang wujud. Kadangkala, orang dalam kesakitan yang besar yang disebabkan patah siku tidak menyedari bahawa mereka mengalami kecederaan lain
Doktor boleh mengarahkan sinar-X asas. Bergantung kepada sejarah kesihatan anda yang unik dan keperluan rawatan anda yang unik, doktor boleh mengarahkan ujian makmal tambahan atau sinar-X khas.
- Kadang-kadang kecederaan siku menyebabkan kesakitan yang melampau sehingga pemeriksaan penuh tidak dapat dilakukan. Sekiranya ini berlaku, doktor mungkin memilih untuk hanya melihat siku anda terlebih dahulu tanpa menggerakkan atau menyentuhnya
- Doktor mungkin memeriksa tangan dan pergelangan tangan anda untuk memastikan bahawa saluran darah dan saraf berfungsi dengan baik
- Doktor kemudian boleh memutuskan untuk merawat kesakitan anda dan melakukan beberapa sinar-X. Selalunya selepas rasa sakit lega, (dengan menggunakan splin atau memberi ubat tahan sakit), pemeriksaan yang lebih lengkap dan boleh dipercayai boleh dilakukan
- Sinar-X asas siku diambil dari depan dan sisi. Sinar-X tambahan, yang diambil pada 2 sudut berbeza, juga merupakan satu rutin
- Pada kanak-kanak, doktor boleh mengambil sinar-X pada siku lain yang tidak mengalami kecederaan. Tulang siku kanak-kanak belum terbentuk sepenuhnya. Pertumbuhan rawan yang sedang berlaku, dan kemudiannya membentuk tulang, boleh disalah anggap sebagai tulang patah. Membandingkan sinar-X siku yang cedera dan tidak cedera boleh membantu doktor melakukan diagnosis yang betul
- Pengimejan lain seperti sinar-x, ultrabunyi, imbasan CT, dan MRI – boleh memberikan gambaran yang lebih lengkap tentang siku yang cedera. Menjalankan ujian-ujian ini di jabatan kecemasan sememangnya merupakan sesuatu yang luar biasa, tetapi ia bukanlah tidak pernah berlaku
Ujian makmal umumnya tidak diperlukan untuk orang yang mengalami patah siku. Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, mempunyai keadaan kesihatan tertentu, atau memerlukan pembedahan untuk memperbaiki siku yang patah, maka, ujian makmal mungkin dilakukan.
Jika doktor anda mengesyaki bahawa arteri yang melalui kawasan siku telah terluka / terpotong, arteriogram mungkin disyorkan.
- Dalam ujian ini, doktor meletakkan pewarna ke dalam arteri untuk melihat jika ianya rosak
- Arteri yang rosak perlu dibaiki melalui pembedahan kerana ia bertanggungjawab membekalkan semua darah ke pergelangan tangan dan tangan
Bagaimanakah patah siku dirawat?
Rawatan untuk patah siku bergantung kepada jenis kecederaan yang telah anda alami. Rawatan untuk anda mungkin semudah meninggikan lengan anda yang telah displin, meletakkan ais di mana-mana kawasan bengkak, dan mengambil ubat penahan sakit. Rawatan juga boleh merangkumi pembedahan untuk merawat tulang, saraf, dan saluran darah. Kanak-kanak dan orang dewasa biasanya boleh mengalami pelbagai jenis kecederaan siku. Mereka juga sembuh dengan cara yang sangat berbeza. Atas sebab ini, rawatan yang berbeza sering digunakan bagi orang dewasa dan kanak-kanak yang mengalami patah siku.
Ubat-ubatan
Terdapat pelbagai ubat untuk melegakan kesakitan
- Ubat oral biasanya digunakan untuk kesakitan yang ringan
- Suntikan, sama ada ke dalam otot atau ke dalam vena (oleh IV), digunakan untuk kesakitan sederhana dan teruk
Ubat boleh dimasukkan ke dalam sendi siku untuk melegakan sakit atau boleh diberikan melalui suntikan atau IV.
- Sekiranya siku anda mengalami dislokasi atau patah dan perlu diset semula, ubat-ubatan juga boleh digunakan untuk membantu proses ini
- Ubat-ubatan ini melegakan kesakitan dengan sangat baik dan walaupun ubat-ubatan ini boleh menyebabkan sedasi (mengantuk), ianya membenarkan otot untuk berehat dan banyak membantu ketika doktor melakukan rawatan pada siku
- Selepas menerima ubat-ubatan ini dan siku diset semula, pesakit akan sedar dan mendapati siku mereka telah dibaiki dan disiplin
Pembedahan
Kadang-kadang pembedahan untuk membaiki siku patah anda adalah pilihan yang terbaik. Terutamanya jika anda mempunyai kecederaan siku terbuka, atau fraktur kompaun / majmuk (patah ke dalam beberapa bahagian).
- Kecederaan siku terbuka bermakna bahawa satu atau lebih tulang di siku telah menonjol keluar dari kulit
- Tulang tersebut bukan sahaja perlu dipasang, tetapi ia juga perlu dibersihkan dengan sempurna supaya tiada jangkitan berlaku. Ini lebih baik dilakukan di bilik pembedahan
Kecederaan siku yang merosakkan saraf dan saluran darah sering perlu dibetulkan di bilik pembedahan. Para penyelidik perubatan mendapati bahawa sesetengah jenis siku yang patah sembuh dengan baik jika ia dibaiki di bilik pembedahan. Doktor anda akan membincangkan pilihan rawatan dengan anda dan membantu anda membuat pilihan terbaik.
Terapi-terapi lain
Jika sendi siku anda dipenuhi dengan darah atau cecair lain, sendi boleh disalirkan di jabatan kecemasan.
- Darah atau cecair lain yang disalirkan dari siku mungkin menunjukkan diagnosis tertentu kepada doktor
- Menyalirkan cecair ini boleh melegakan tekanan dan sakit di siku
Penganduh (splin), sling, dan tuangan akan digunakan.
- Doktor menggunakan splin untuk pelbagai jenis kecederaan siku. Doktor biasanya membuat splin plaster dan meletakkan splin di belakang lengan anda dan tidak mengelilinginya sepenuhnya dengan bahan splin. Splin direka untuk mengekalkan siku anda di satu kedudukan tertentu
- Splin untuk siku patah biasanya bermula dari bahu anda sehingga ke lengan anda. Ia berfungsi mengelakkan siku dari dibengkokkan atau tangan dari berpusing. Gerakan seperti itu boleh mengganggu penyembuhan tulang patah atau dislokasi siku
- Doktor mungkin menyediakan sling (anduh) supaya lengan anda yang berat kerana bersplin boleh berehat dengan selesa. Doktor anda boleh meminta anda untuk mengeluarkan lengan dari sling di rumah dan meninggikan lengan anda di atas kepala anda. Meninggikan lengan melegakan bengkak. Ini sangat penting terutamanya dalam beberapa hari pertama selepas kecederaan siku apabila bengkak boleh menekan pada saraf dan saluran darah di siku atau lengan bawah
- Doktor jarang-jarang menggunakan kas (cast) pada siku yang baru cedera. Kas bukan seperti serpihan, tuangan akan mengelilingi lengan. Sekiranya pembengkakan berlaku di bawah kas, bengkak tersebut boleh menyebabkan kerosakan pada saraf dan saluran darah
Menetapkan semula siku yang patah: Jika tulang di siku anda patah atau siku terkeluar dari sendi, doktor anda mungkin perlu menetapkan semula tulang. Ini dilakukan untuk pelbagai sebab.
- Menetapkan tulang kembali ke kedudukannya yang sepatutnya boleh melegakan kesakitan
- Menetapkan semula tulang juga membolehkan memulakan proses penyembuhan yang sepatutnya
- Kadangkala, tulang yang patah akan menekan, atau melukakan, saraf atau saluran darah. Memindahkan tulang ke kedudukannya yang normal boleh menghentikan kerosakan ini
- Sekiranya tulang siku anda perlu ditetapkan semula, ubat-ubatan boleh digunakan untuk melegakan kesakitan dan kebimbangan anda
Perubahan gaya hidup & remedi di rumah
Apakah beberapa perubahan gaya hidup atau remedi di rumah yang boleh membantu saya menguruskan siku yang patah?
Berikut adalah beberapa petua pertolongan cemas yang penting yang perlu diingat:
- Sekiranya anda mempunyai luka terbuka, tutup dengan pembalut yang bersih. Sekiranya anda mengalami pendarahan, gunakan tekanan yang utuh dan tinggikan lengan anda
- Letakkan pek ais atau jaram sejuk di kawasan yang bengkak
- Hubungi bantuan kecemasan atau dapatkan seseorang untuk menghubungi bantuan kecemasan dengan segera
- Sekiranya bantuan kecemasan tidak tersedia dengan serta-merta, atau jika anda sedang mengalihkan seseorang yang disyaki payah siku, pegunkan (hentikan pergerakan) fraktur tersebut sebanyak yang mungkin. Malah, bahan seperti kotak kadbod, yang dipotong ke saiz dan bentuk yang betul, juga boleh digunakan sebagai splin (anduh)
- Jangan cuba meluruskan tulang yang patah. Biar seorang doktor atau orang terlatih untuk berbuat demikian
- Jangan cuba menolak tulang patah kembali ke tempat asalnya jika ia patah dan menonjol keluar dari kulit. Melaraskan lengan yang kelihatan cacat bentuknya boleh memburukkan lagi kerosakan pada tulang atau struktur lain di dalam siku
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen