backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Fraktur Muka

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apakah itu Fraktur Muka?

Fraktur muka adalah patah tulang di mana-mana kawasan di muka. Ini termasuk hidung, tulang pipi, kawasan sekitar mata, dan rahang atas dan bawah.

Dalam kebanyakan kes, fraktur ini disebabkan oleh beberapa jenis trauma pada muka, seperti kemalangan kenderaan bermotor, kecederaan sukan, jatuh, atau pergaduhan. Kadangkala, ia berlaku kerana tulang-tulang di muka dilemahkan oleh prosedur atau keadaan pergigian.

Adakah fraktur muka biasa berlaku?

Fraktur muka biasa berlaku. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom fraktur muka?

Ia bergantung kepada bahagian tulang di muka yang patah. Sesetengah perkara, seperti sakit, bengkak, dan lebam, adalah simptom biasa tulang patah.

Ini adalah simptom-simptom anda boleh jangkakan jika mengalami jenis-jenis fraktur muka yang utama:

Hidung patah (patah hidung):

  • Sakit
  • Bengkak
  • Hidung berdarah
  • Lebam di sekitar hidung
  • Kesukaran bernafas

Fraktur dahi (tulang frontal):

  • Dahi mungkin kelihatan termasuk ke dalam (ditolak ke dalam)
  • Sakit di sekitar kawasan sinus
  • Kecederaan kepada mata

Patah tulang pipi / rahang atas (fraktur maksila zigomatik):

  • Pipi menjadi rata
  • Perubahan sensasi / rasa di bawah mata di yang terjejas
  • Masalah dengan penglihatan
  • Sakit apabila berlaku pergerakan rahang

Fraktur soket mata (orbit):

Ini melibatkan tulang soket mata. Ia biasanya berlaku apabila objek tumpul seperti tinju atau bola memukul / terkena pada mata.

  • Mata lebam
  • Kemerahan atau pendarahan di dalam putih mata
  • Penglihatan kabur atau merosot
  • Rasa kebas di dahi, kelopak mata, pipi, atau bibir / gigi atas
  • Bengkak pipi atau dahi

Patah rahang:

  • Sakit
  • Lebam, bengkak, atau kenyerian di sepanjang rahang atau di bawah telinga
  • Ketidakupayaan untuk mengetapkan gigi bersama dengan betul (maloklusi)
  • Lebam di bawah lidah (biasanya menandakan patah rahang)
  • Gigi tercabut atau longgar
  • Kebas di bibir bawah atau dagu

Fraktur tengah muka (maksila):

Simptom utama adalah bengkak atau kecacatan bentuk di muka.

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang mana-mana gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor?

Sekiranya anda mengalami kecederaan muka, berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin. Sesetengah faktur muka boleh mengancam nyawa. Fraktur lain juga boleh menyebabkan masalah dengan sistem pernafasan anda, saluran udara, sistem saraf pusat, atau penglihatan yang tidak dapat diterbalikkan.

Punca

Apakah yang menyebabkan fraktur muka?

Fraktur (patah) muka mungkin berlaku apabila muka anda cedera. Kemalangan kenderaan, motosikal, atau basikal boleh menyebabkan kecederaan yang mengakibatkan patah muka. Fraktur muka mungkin juga disebabkan oleh kecederaan yang berlaku semasa bermain sukan, seperti besbol dan bola sepak. Patah rahang juga boleh berlaku jika anda ditumbuk / dicederakan di muka semasa serangan fizikal.

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya untuk mengalami fraktur muka?

Sila berunding dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah fraktur muka didiagnosis?

Pemeriksaan fizikal dan jenis ujian yang diarahkan oleh doktor anda bergantung pada jenis kecederaan yang anda alami.

Doktor anda akan memeriksa muka anda untuk tanda-tanda bengkak dan kesakitan. Doktor juga akan memeriksa sebarang perubahan dalam pergerakan (mobiliti) – sama ada anda dapat menggerakkan bahagian wajah anda. Anda mungkin perlu mengambil sinar-X. Kebanyakan fraktur akan ditunjukkan dengan jelas semasa ujian-ujian ini.

Bagaimanakah fraktur muka dirawat?

Fraktur muka mungkin dibiarkan sembuh sendiri jika tulang anda yang patah berada dalam kedudukannya yang normal. Fraktur yang teruk mungkin perlu dirawat. Anda mungkin memerlukan mana-mana yang berikut:

Reduksi tertutup:

Semasa prosedur ini, pembekal penjagaan kesihatan anda memindahkan tulang patah anda kembali ke kedudukan normalnya. Reduksi tertutup sering dilakukan apabila anda mempunyai hidung yang patah. Anda tidak akan memerlukan insisi untuk prosedur ini. Rujuk pembekal penjagaan kesihatan anda untuk maklumat lanjut mengenai reduksi tertutup.

Endoskopi:

Ujian ini menggunakan skop untuk melihat di dalam sinus dan soket mata anda. Skop adalah tiub panjang dengan lensa dan lampu di hujungnya. Skop diletakkan di antara gusi atas dan bibir atas ke sinus di belakang tulang pipi anda. Skop ini juga boleh dimasukkan ke melalui insisi (hirisan) kecil pada kulit kepala anda dan ke sinus di belakang dahi anda. Semasa endoskopi, bahagian kecil tulang anda yang patah boleh dikeluarkan. Alat khas mungkin digunakan untuk menyokong tulang patah di wajah anda.

Ubat-ubatan:

  • Ubat dekongestan: Ubat dekongestan membantu mengurangkan bengkak di hidung dan sinus anda. Ubat ini juga boleh membantu anda bernafas dengan lebih mudah
  • Ubat-ubatan kesakitan: Anda boleh diberikan ubat preskripsi untuk mengurangkan kesakitan. Jangan tunggu sehingga kesakitan anda bertambah teruk untuk anda mengambil ubat ini
  • Ubat steroid: Ubat ini membantu menyusutkan bengkak di wajah anda
  • Ubat antibiotik: Ubat antibiotik membantu merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Ubat ini boleh diberikan jika anda mempunyai luka terbuka

Rawatan ortodontik:

Anda mungkin perlu melawat pembekal penjagaan kesihatan yang boleh membetulkan gigi rosak atau pecah. Rawatan ortodontik juga boleh dilakukan jika gigi anda tidak tersusun dengan betul apabila anda menutup rahang anda selepas kecederaan anda.

Pembedahan:

  • Reduksi terbuka dan fiksasi dalam: Pembedahan ini juga dipanggil ORIF. Semasa ORIF, pembekal penjagaan kesihatan anda membuat insisi ke atas kawasan muka anda yang retak. Wayar, skru, atau plat digunakan untuk mencantumkan fraktur wajah anda bersama. Pembedahan ini membantu memastikan tulang tidak bergerak ketika ianya dalam proses untuk sembuh
  • Pembedahan rekonstruktif: Pembedahan rekonstruktif mungkin diperlukan untuk memperbaiki bahagian wajah anda yang menjadi cacat bentuk disebabkan kecederaan anda. Penyedia penjagaan kesihatan anda mungkin perlu mengeluarkan fraktur-fraktur wajah anda dan menggantikannya dengan graf. Graf adalah tulang yang sihat yang diambil dari kawasan lain di tubuh anda atau dari seorang penderma (orang lain)

Perubahan gaya hidup & remedi di rumah

Apakah beberapa perubahan gaya hidup atau remedi di rumah yang dapat membantu saya menguruskan fraktur muka?

Gaya hidup dan remedi di rumah yang berikut mungkin membantu anda menghadapi fraktur muka:

Meletakkan ais: Ais membantu mengurangkan bengkak dan sakit. Ais juga boleh membantu mencegah kerosakan tisu. Gunakan pek ais atau letakkan ais yang dihancurkan di dalam beg plastik. Tutup dengan tuala dan letakkan di muka anda selama 15 hingga 20 minit setiap jam seperti yang diarahkan.

Pastikan kepala anda ditinggikan: Pastikan kepala anda diletakkan melebihi paras jantung anda seberapa kerap yang anda boleh. Ini akan membantu mengurangkan bengkak dan sakit. Sandarkan kepala anda pada bantal atau selimut untuk memastikan ia ditinggikan dengan selesa.

Elakkan tekanan pada muka anda:

  • Jangan tidur di bahagian muka yang cedera. Tekanan di kawasan kecederaan anda boleh menyebabkan kerosakan bertambah buruk
  • Bersin dengan mulut terbuka untuk mengurangkan tekanan pada fraktur wajah anda. Tekanan yang terlalu banyak yang disebabkan bersin boleh menyebabkan tulang patah anda bergerak dan menyebabkan lebih banyak kerosakan
  • Cuba untuk tidak menghembuskan hidung anda kerana ia boleh menyebabkan kerosakan jika anda mengalami patah berdekatan mata anda. Tekanan dari menghembus hidung anda boleh menekan saraf mata anda dan menyebabkan kerosakan kekal

Bersihkan mulut dengan teliti: Mungkin sukar untuk membersihkan gigi jika mengalami kecederaan atau patah di mulut anda. Penyedia penjagaan kesihatan anda akan menunjukkan kepada anda cara terbaik untuk melakukan ini supaya anda tidak menyakiti diri sendiri. Penyembur atau berus gigi bersaiz kecil / berus gigi lembut kanak-kanak boleh berfungsi dengan baik untuk membersihkan mulut anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan