Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Trigger finger adalah keadaan yang menyebabkan jari mengeras dalam satu tempat. Gangguan ini terutamanya menjejaskan tisu tendon di sekeliling jari. Tendon adalah tisu berserabut tebal yang dikaitkan dengan otot rangka. Keradangan tendon menyebabkan tendon tidak bergerak lancar, jadi jari terkunci di satu tempat.
Semua umur boleh mengalami trigger finger, tetapi gangguan itu biasanya memberi kesan kepada orang berumur lebih dari 45 tahun dan ia memberi kesan kepada wanita lebih daripada lelaki. Ia adalah gangguan biasa pada doktor gigi, tukang jahit dan petukang.
Jari sering terletak, terperangkap atau terkunci dalam posisi berlipat walaupun anda mahu melipat atau meregangkan jari anda. Kadang-kadang anda harus mempunyai seseorang untukmeluruskan atau memecahkan kedudukan jari anda. Kesakitan berlaku pada tendon dan seringkali lebih menyakitkan ketika bergerak. Jari anda juga mungkin juga bengkak. Orang dewasa sering memngalami trigger finger di jari tengah manakala kanak-kanak sering mengalaminya di ibu jari.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Anda harus menghubungi doktor anda jika:
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila merujuk kepada doktor anda. Tubuh badan setiap orang orang bertindak balas secara berbeza. Adalah baik untuk berbincang dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Trigger finger berlaku apabila sarung pelindung tendon di bawah jari merengsa dan meradang. Tendon adalah satu kumpulan serat menghubungkan otot dengan tulang. Setiap tendon dikelilingi oleh sarung pelindung. Sarung yang merengsa boleh menjejaskan pergerakan biasa tendon. Di samping itu, percubaan untuk menggerakkan jari anda dan tendon dengan sarung pelindung itu akan menghasilkan parut tendon yang tahan lama, penebalan dan fibrosis yang menjadikan pergerakan tendon lebih sukar.
Terdapat banyak faktor risiko untuk penyakit ini seperti:
Sekiranya tidak ada faktor risiko, itu tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan penyakit ini. Tanda-tanda ini hanya untuk rujukan sahaja. Anda perlu berunding dengan doktor pakar untuk maklumat lanjut.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor biasanya mendiagnosis berdasarkan pemeriksaan fizikal dan simptom dan tidak memerlukan ujian. Semasa pemeriksaan, doktor akan meminta anda untuk memegang dan membuka tangan untuk memeriksa kawasan di tangan, pergerakan dan kekakuan sendi. Doktor anda juga akan menyentuh telapak tangan anda untuk mengetahui sama ada terdapat tumor yang menghalang pergerakan tendon. Jika tumor berkait dengan trigger finger, ia akan bergerak serentak dengan pergerakan jari kerana tumor melekat pada tendon jari. Kadang-kadang doktor menggunakan ujian darah dan x-ray untuk menolak kemungkinan penyebab penyakit lain seperti gout, diabetes, retak tulang, keabnormalan tiroid dan sindrom carpal tunnel.
Rawatan terbaik adalah untuk mengurangkan keradangan dan memulihkan gerakan geseran biasa tendon dalam sarung tendon. Dalam kes ringan, simptom boleh diperbaiki dengan menjauhi punca-punca. Merehatkan jari-jari anda dengan penyokong khas boleh membantu.
Anda boleh disuntik dengan steroid (kortison) ke dalam tendon melalui tapak tangan anda. Anda mungkin perlu disuntuk lebih daripada satu kali jika masalah ini berulang. Suntikan melegakan simptom pada 65% pesakit. Simptom-simptom ini biasanya hilang dalam 3-5 hari dan jari yang terkunci hilang dalam masa 2-3 minggu.
Sekiranya masalah ini berterusan, doktor anda mungkin mencadangkan pembedahan dengan anestesia. Kemudian doktor akan memotong garisan kecil di tapak tangan dan membuat bukaan di sekitar tisu tendon. Kadangkala pembedahan boleh dilakuan dengan menggunakan jarum tanpa hirisan.
Cara hidup dan pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda mengatasi penyakit ini:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen