backup og meta

Kesan Gula kepada Tekanan Darah Tinggi

Kesan Gula kepada Tekanan Darah Tinggi

Ramai yang percaya bahawa pengambilan garam harian berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Tetapi bagaimana dengan gula? Adakah makan terlalu banyak gula benar-benar boleh meningkatkan kebarangkalian mempunyai tekanan darah tinggi?

Gula

Gula biasa, atau juga dikenali sebagai sukrosa, diperbuat daripada dua monosakarida: glukosa dan fruktosa.

Terlalu banyak gula boleh membawa kesan buruk kepada sistem kardiovaskular. Ia meningkatkan risiko kadar jantung meningkat, peningkatan tekanan darah dan komplikasi tekanan darah (bermakna anda akan mempunyai risiko strok yang lebih tinggi) dan peningkatan permintaan oksigen pada jantung.

Di samping itu, gula juga boleh menjadi punca untuk keradangan, serta rintangan insulin.

Berbanding orang yang sihat yang minum minuman manis dengan sukrosa, mereka yang meminum minuman manis dengan fruktosa tinggi seperti sirap jagung yang mengandungi lebih fruktosa berbanding glukosa mungkin mempunyai bacaan tekanan darah yang lebih tinggi.

Adakah pengambilan gula berlebih meningkatkan risiko tekanan darah tinggi?

Pengambilan harian gula berlebihan berbanding garam, boleh meningkatkan risiko anda mengalami tekanan darah tinggi, serta risiko komplikasi kardiovaskular. Sepertinya, anda perlu memberi perhatian kepada gula dan bukannya garam pada masa kini.

Walau bagaimanapun, gula asli yang terdapat dalam buah-buahan dan wholefood yang lain jangan disamakan dengan gula tambahan. Gula tambahan adalah yang harus anda elakkan kerana penuh dengan kesan berbahaya. Sementara itu, tingkatkan pengambilan gula dalam buah-buahan sebenarnya boleh membantu menurunkan tekanan darah anda.

Walaupun penyelidik terus mengkaji sejauh mana gula dan garam bertanggungjawab terhadap tekanan darah tinggi dan masalah kardiovaskular yang lain, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan yang diproses. Demi jantung anda, dan kesihatan anda keseluruhannya, elakkan makanan ringan, makanan segera (yang sebahagian besarnya diliputi gula, garam, penambah rasa, minyak dan bahan-bahan berbahaya yang lain), minuman bergas, minuman manis serta minuman tenaga. Amalkan tabiat makan yang sihat dengan meningkatkan kadar pengambilan sayur-sayuran segar, buah-buahan, dan makanan lengkap dan bukannya makanan dalam tin atau diproses. Jika anda tidak dapat menahan diri mengunyah makanan ringan, gantikannya dengan kacang, seperti badam, walnut, yogurt, atau buah-buahan.

Sambil menyalahkan garam kerana menyebabkan banyak penyakit sejak beberapa dekad yang lalu, ramai yang telah mengabaikan fakta bahawa gula juga boleh membawa banyak bencana kepada kesihatan manusia. Amalkan diet yang seimbang untuk memastikan bahawa anda tidak perlu mengalami sebarang komplikasi kesihatan dalam hidup anda. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan dan persoalan tentang diet, jangan teragak-agak untuk menghubungi seorang pakar pemakanan bagi perubatan nasihat, panduan dan jawapan.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

The Surprising Link Between Sugar and Hypertension. https://www.healthafter50.com/heart-health/article/the-surprising-link-between-sugar-and-hypertension Accessed March 31, 2017

Sugar Goes Straight to Your Blood Pressure. http://time.com/123245/sugar-goes-straight-to-your-blood-pressure/ Accessed March 31, 2017

Blood Pressure: Sugar Worse Than Salt? http://www.medpagetoday.com/cardiology/hypertension/49078 Accessed March 31, 2017

Versi Terbaru

29/11/2019

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

Tip Mudah Untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi Anda, No. 5 Ramai Tak Tahu Lagi!

Ada Masalah Darah Tinggi? Ambil 7 Jenis Buah Ini, Sangat Bagus Untuk Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan