home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Apakah Itu White Coat Hypertension?

Apakah Itu White Coat Hypertension?

Mungkin ada yang pernah dengar tentang white coat hypertension atau hipertensi kot putih. Jika tidak pernah dengar pun, ramai sebenarnya secara tidak sedar pernah mengalaminya.

Apakah itu white coat hypertension?

White coat atau kot putih mewakili doktor yang memakai kot putih sebagai pakaian rasminya di hospital. Bila disebut hipertensi kot putih, ia membawa maksud bacaan tekanan darah tinggi (melebihi 140/90 mmHg) semasa pemeriksaan di hospital. Sedangkan jika diukur di rumah, bacaannya lebih rendah.

Ini adalah fenomena yang agak kerap berlaku. 15% hingga 30% daripada mereka yang mengalami bacaan tinggi di klinik atau hospital mempunyai hipertensi kot putih. Oleh sebab itu, tekanan darah tinggi tidak disahkan melalui satu bacaan, melainkan bacaan tersebut sangat tinggi, contohnya 180/110 mmHg.

Mengapa ia berlaku?

Tekanan darah manusia sentiasa berubah-ubah sepanjang hari, bergantung kepada aktiviti anda. Sesetengah orang berasa gementar dan gelisah apabila berada di klinik di hadapan doktor. Mereka takut akan mendapat berita buruk tentang keadaan kesihatan mereka. Ia kadangkala berlaku tanpa kita sedar.

Perasaan ini membuatkan tekanan darah boleh naik sehingga 30 mmHg tekanan sistolik. Keadaan ini membuatkan sukar bagi doktor untuk mendapatkan bacaan yang tepat.

Bagaimana ingin mengatasi keadaan ini?

Rasa risau bacaan tekanan darah akan tinggi sahaja boleh membuatkan bacaan menjadi tinggi. Sebelum alat pengukur tekanan darah disarungkan ke lengan anda, cuba lakukan langkah ini:

  • Bertenang. Jika anda gemuruh, ambil masa untuk duduk dan rehat sebentar sebelum berjumpa doktor.
  • Berpindah ke tempat lain. Kadangkala, suasana tempat mengukur tekanan darah padat dengan orang ramai. Cuba minta kepada doktor atau jururawat untuk melakukan bacaan di tempat lain yang lebih tenang agar anda boleh dapatkan bacaan yang lebih tepat.
  • Gunakan teknik menghilangkan stres. Contohnya tarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan. Lakukan beberapa kali sebelum membuat bacaan. Anda juga boleh membaca ayat Al-Quran, doa atau puisi yang menenangkan.
  • Adakan perbualan. Apabila anda berbual, pemikiran anda akan teralih daripada memikirkan tentang bacaan anda. Ini dapat membantu mengurangkan kerisauan dan stres.
health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Everything You Should Know About White Coat Syndrome – https://www.healthline.com/health/white-coat-syndrome

White coat hypertension (and white coat effect) – http://www.bloodpressureuk.org/BloodPressureandyou/Medicaltests/Whitecoateffect

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 15/11/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor