Kebanyakan suplemen yang dijual di pasaran rata-rata mendakwa ia dapat menurunkan kolesterol dan trigliserida anda. Walau bagaimanapun, tidak semua suplemen ini disokong secara saintifik. Jika anda benar-benar mahu menggunakan suplemen, jangan hanya mempercayai segala-galanya pada label. Kajian saintifik telah dijalankan mengenai suplemen yang paling biasa untuk kolesterol tinggi dan trigliserida, antaranya ialah:
Minyak ikan
Omega-3 (EPA dan DHA) telah terbukti menurunkan paras trigliserida sebanyak 30%. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan harian 250 mg EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung koronari dan hentian jantung secara tiba-tiba. Bagi mendapatkan dosis tinggi, anda perlu mengambil 2 hingga 4 gram minyak ikan setiap hari. Oleh itu, anda mungkin memerlukan preskripsi minyak ikan jika tahap trigliserida anda terlalu tinggi. Terdapat kebimbangan mengenai pencemaran merkuri dan toksin lain yang mungkin terdapat dalam suplemen minyak ikan. Juga, jumlah sebenar minyak ikan dan sama ada badan anda boleh menyerapnya dengan berkesan adalah wajar difikirkan. Tanya doktor anda untuk cadangan suplemen yang patut anda cuba.