Definisi
Apakah itu hipotensi ortostatik?
Hipotensi ortostatik – juga dipanggil hipotensi postural – adalah salah satu jenis tekanan darah rendah yang berlaku apabila anda berdiri dari duduk atau berbaring. Hipotensi ortostatik boleh membuatkan anda berasa pening atau ringan kepala, dan mungkin juga pengsan.
Hipotensi ortostatik mungkin ringan dan bertahan kurang dari beberapa minit. Walau bagaimanapun, hipotensi ortostatik yang bertahan lama boleh memberi isyarat masalah yang lebih serius, jadi penting untuk berjumpa dengan doktor jika anda kerap merasa ringan kepala apabila berdiri.
Hipotensi ortostatik yang kadang-kadang (akut) biasanya disebabkan oleh sesuatu yang jelas, seperti dehidrasi atau rehat katil yang panjang, dan ianya mudah dirawat. Hipotensi ortostatik kronik biasanya merupakan tanda masalah kesihatan yang lain, jadi rawatan berbeza-beza.
Apakah kebarangkalian hipotensi ortostatik?
Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom bagi hipotensi ortostatik
Tanda-tanda umum hipotensi ortostatik adalah:
- Merasa ringan kepala atau kepala berpusing selepas berdiri
- Penglihatan kabur
- Lemah-lemah
- Pengsan (syncope)
- Keliru
- Loya
Simptom yang paling biasa adalah ringan kepala atau pening apabila anda berdiri selepas duduk atau berbaring. Gejala biasanya berlangsung kurang dari beberapa minit.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bilakah saya harus berjumpa doktor?
Pening atau ringan kepala yang muncul kadangkala mungkin adalah masalah yang minor – dicetuskan oleh dehidrasi ringan, gula darah rendah atau terlalu panas. Pening atau ringan kepala mungkin juga berlaku apabila anda berdiri selepas duduk untuk masa yang lama. Sekiranya gejala-gejala ini berlaku hanya sekali-sekala, mungkin tiada sebab untuk ianya dikhuatiri.
Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami simptom hipotensi ortostatik yang kerap kerana ianya boleh memberi isyarat masalah yang serius. Adalah lebih penting lagi untuk berjumpa dengan doktor jika anda mengalami tidak sedar diri, walaupun hanya untuk beberapa saat.
Simpan rekod simptom anda, apabila ianya berlaku, berapa lama ianya bertahan dan apa yang sedang anda lakukan pada masa itu. Jika ini berlaku pada waktu yang berbahaya, seperti semasa memandu, bincang dengan doktor anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen