Penjagaan Ibu Bapa Menghidap Alzheimer

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Penyakit Alzheimer sering kali dikaitkan dengan demensia. Namun hakikatnya ia ternyata dua jenis penyakit yang berbeza. Alzheimer adalah jenis demensia yang paling biasa dan ia semakin memburuk dengan masa dan memberi kesan terhadap ingatan, bahasa dan pemikiran. Manakala demensia adalah gangguan otak yang menyebabkan kesukaran mengingat, berfikir dengan jelas, membuat keputusan, atau mengendalikan emosi. Bagaimana menguruskan penghidap Alzheimer?

i. Penjadualan

Untuk memastikan ibu bapa atau orang tersayang selamat, anda perlu mewujudkan satu rutin yang akan menjadikan hari biasa anda lebih mudah diramal, stabil dan kurang tertekan. Jadualkan temu janji doktor, masa mandi dan makan supaya hari yang dilalui ibu bapa anda lebih tenang. Perhatikan rutin ini kerana ia boleh membantu ibu bapa anda membiasakan diri dengan perkara yang perlu dilakukan dengan cara yang betul.

ii. Petunjuk (Cues)

Terangkan perkara-perkara yang biasa, setiap hari. Sebagai contoh, jika anda menamakan laci untuk apa yang ada di dalamnya, ibu bapa anda berkemungkinan besar akan meletakkan sesuatu di tempat betul seperti yang anda cadangkan. Lakukan perkara yang sama bagi kawasan dapur dan peralatan mandi. Ini akan memudahkan anda dan ibu bapa dalam kebanyakan perkara.

iii. Jauhkan daripada bahaya

Alihkan benda yang boleh membahayakan orang yang anda sayangi. Contohnya pisau. Perlu diingatkan, sebagai penjaga anda bertanggungjawab bagi perkara-perkara kecil yang boleh membawa kepada masalah yang serius.

iv. Wujudkan had

Sediakan pilihan yang terhad dalam pakaian. Contohnya, letakkan dua pakaian dan bukannya almari pakaian. Juga hadkan arahan anda untuk satu langkah pada satu masa. Sekiranya anda sedang berbual dengan ibu bapa yang menghidap Alzheimer, hadkan gangguan sekitar seperti TV dan radio. Ini akan membantu mereka untuk tetap fokus pada perbualan.

v. Gunakan teknologi

Dengan teknologi yang serba moden, sekiranya berjauhan dengan ibu bapa yang menghidap Alzheimer anda boleh menetapkan perkhidmatan pemantauan mudah alih bagi menjejaki lokasi GPS dan memantau panggilan dan mesej. Dengan itu, anda boleh menjaga ibu bapa hanya dari komputer dan mengurangkan kebimbangan semasa jauh daripada mereka.

vi. Hospital

Ini adalah pilihan terakhir bagi anak kerana kadang kala anda tidak mampu menguruskan penyakit Alzheimer yang dihidapi ibu bapa. Anda memerlukan bantuan daripada pihak hospital untuk tempoh masa tertentu. Selain itu, terdapat juga pusat jagaan khusus pesakit Alzheimer yang boleh membantu menjaga ibu bapa anda semasa anda bekerja. Anda perlu mempertimbangkan tempat ini daripada meninggalkan ibu bapa keseorangan tanpa pengawasan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

    Walaupun ketika kehidupan harian seperti tiada maknanya, percayalah masih ada cara untuk menyelesaikan masalah melanda dan mengatasi keinginan bunuh diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Cegah Bunuh Diri, Kesihatan Mental 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Jika Ada Ahli Keluarga Menghidap Demensia, Ajak Mereka Lakukan 5 Perkara MENARIK Ini!

    Demensia adalah satu penyakit gangguan mental. Bagi anda yang mempunyai ahli keluarga penghidap penyakit demensia, cuba ajak mereka lakukan 5 perkara ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Penyakit Alzheimer Dan Demensia, Yang Mana Satu Digelar Nyanyuk? Kenali Perbezaannya!

    Tahukah anda apa itu penyakit Alzheimer dan demensia? Kedua-dua penyakit yang dipanggil nyanyuk ini sebenarnya amat berbeza antara satu sama lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Kebaikan bersenam kepada kesihatan badan sudah diketahui umum. Tetapi benarkah, senaman kardio juga memberikan manfaat pada otak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Badan Sihat, Senaman Kardio & Ketahanan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    maksud deja vu

    Selalu Alami Deja Vu? Jaga-Jaga, Ini Mungkin Tanda Demensia Atau Sawan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 04/11/2020 . 3 minit bacaan
    minum kopi

    Warga Emas Yang Suka Minum Kopi, Minuman Ini Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    gejala diabetes

    Kencing Manis Bukan Hanya 2 Jenis Saja, Diabetes Ke-3 Lagi Bahaya, Boleh Hilang Ingatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan