Otak kanak-kanak berkembang dengan cepat seawal usia bayi lagi. Apabila mencecah umur 3 tahun, otak bayi sudah berkembang sebanyak 90 peratus. Perkembangan otak bergantung sepenuhnya kepada nutrisi yang mereka ambil. Nutrisi ini merupakan asas kepada otak bagi bayi yang sedang membesar. Diet yang seimbang dan sihat mampu merangsang perkembangan bayi serta meningkatkan daya tumpuan, ingatan dan kebolehan mental.
Sarapan
Pakar nutrisi berpendapat bahawa kanak-kanak yang mengambil sarapan cenderung mempunyai akademik yang lebih bagus dan kurang masalah perilaku berbanding dengan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan. Tetapi pengambilan gula yang tinggi semasa sarapan akan mendatangkan kesan negatif. Ketika bersarapan pastikan kanak-kanak mengambil protein dan karbohidrat kerana makanan jenis ini lebih lambat dicernakan.
- Telur. Vitamin Choline yang terdapat dalam telur sangat penting untuk otak penghasilan sel memori di dalam otak kanak-kanak. Lebih banyak kanak-kanak anda mempunyai sel ini, lebih kuatlah daya ingatan mereka.
- Oat. Kanak-kanak yang mengambil oat cenderung mempunyai memori berkaitan ruang dan lokasi yang lebih kuat. Selain itu, oat juga dicernakan dengan lambat. Oleh itu protein yang terdapat dalam oat akan membuatkan kanak-kanak lebih bertenaga.
- Beri. Strawberi dan beri biru merupakan buah yang kaya dengan antioksida. Makanan yang mengandungi antioksida dapat merangsang fungsi kognitif otak kanak-kanak.
Makan Tengah Hari
Apa yang kanak-kanak makan pada waktu tengah hari akan menentukan tahap tenaga mereka menuju ke waktu petang.
- Roti. Roti gandum mempunyai serat yang sangat tinggi. Selain itu, tepung yang digunakan untuk membuat roti juga mengandungi folat. Folat merupakan komponen vitamin B yang berfungsi menghasilkan sel memori di dalam otak.
- Susu. Susu rendah lemak mempunyai kalsium, protein, vitamin D dan fosforus yang penting untuk perkembangan otak. Selain itu kalsium juga dapat merangsang penghasilan insulin dalam badan kanak-kanak.
- Buah-buahan. Selain membantu kanak-kanak mengatasi masalah sembelit, pengambilan buah-buahan juga akan membuat badan anak anda menjadi lebih sihat dan selesa sekaligus dapat meningkatkan konsentrasi apabila mereka belajar.
Snek
Bagi memastikan kanak-kanak tidak kelesuan apabila berada di rumah, anda boleh memberi snek yang sesuai kepada mereka.
- Air. Kanak-kanak kebiasaannya minum air dalam kuantiti yang sedikit sepanjang berada di sekolah lalu menyebabkan dehidrasi. Akibatnya, mereka akan mudah berasa lesu dan mudah untuk marah. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka minum air setiap kali selepas makan, terutamanya pada hari yang aktif.
- Bijirin. Selain diambil pada waktu sarapan, bijirin juga boleh diambil sebagai snek. Bijirin mengandungi folat, karbohidrat protein serta merupakan sumber vitamin B12 yang penting untuk daya ingatan yang kuat.
- Daging. Kebanyakan kanak-kanak di dunia kekurangan zat besi dalam badan. Antara simptom utama permasalahan ini adalah prestasi akademik yang kurang baik. Daging lembu merupakan sumber zat besi yang terbaik. Pengambilan 30 gram daging lembu sehari juga mampu mengubah kapasiti badan untuk menyerap zat besi daripada sumber lain dengan lebih baik.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
[embed-health-tool-bmr]