Percaya tak kalau ada yang kata anda boleh ubah tahap kesihatan dalam tempoh 30 hari? Kalau tak percaya, mari kami bongkarkan tips makanan sihat dalam masa sebulan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Tips makanan sihat & cara menjaga kesihatan
Menurut Pakar Kesihatan Kecantikan dan Pengasas Barangan Suplemen Australia jenama The Beauty Chef, Carla Oates, berkata beberapa perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian dapat bantu memperbaiki usus dalam beberapa minggu.
Kemudiannya, Carla menerangkan bagaimana usus manusia dapat mempengaruhi mood, metabolisma, pencernaan dan kesihatan jantung. Berikut antara saranan yang dicadangkan beliau:
#1. Tips makanan sihat – Makanan berserat
Dalam satu kajian yang dilakukan di Australia pada 2018 mendapati bahawa hampir 99 % kanak-kanak dan 96 % individu dewasa tidak mengambil lima hidangan sayuran setiap hari seperti yang disarankan.
Hal ini kerana, diet rendah serat mempunyai kaitan dengan kehilangan kepelbagaian mikrob dan mungkin menyumbang kepada masalah obesiti.
Fungsi Mikrob di dalam usus adalah dengan memakan serat prebiotik yang tidak dapat dicerna oleh perut dan usus, ia sekali gus menggalakkan perkembangan bakteria baik.
#2. Tips makanan sihat – Inspirasi
Jika anda gemar berkongsi gambar di media sosial seperti Instagram, ia mungkin dapat membantu anda dalam memperbaiki aspek pemakanan.
Cuba ikuti akaun beberapa individu yang gemar mengambil makanan sihat dan ketahui jenis sayuran serta buah-buahan yang menjadi pilihan mereka.
Ini sekurang-kurangnya dapat menjadi inspirasi untuk anda menghasilkan makanan lazat. Malahan pemilihan makanan yang pelbagai warna merupakan makanan yang sudah pasti tinggi kandungan polyphenol
#3. Barangan keperluan
Menurut Carla, membeli barangan keperluan pada setiap hujung minggu dapat membantu anda untuk kekal fokus sepanjang minggu dan elak dari membuat pilihan makanan yang tidak sihat.
Anda boleh masak hidangan makan malam dengan lebih banyak untuk dijadikan bekalan makan tengah hari pada keesokan harinya. Ini sekali gus mengurangkan tabiat membeli makanan di luar.
#4. Makan bersama
Anda boleh menganjurkan makan bersama rakan-rakan dan meminta mereka membawa satu hidangan setiap seorang, lebih kurang macam potluck. Ini sekali gus dapat membantu anda mempelajari hidangan baru yang mungkin anda tidak tahu sebelum ini.
Penjagaan keseluruhan
Apa yang dicadangkan di atas merupakan saranan daripada Pakar Kesihatan Australia, Carla Oates dan tidak salah jika anda ingin mencuba.
Walau bagaimanapun, sudah tentu penjagaan kesihatan yang terbaik adalah secara menyeluruh iaitu amalkan pemakanan seimbang, mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam serta mengurangkan tabiat yang tidak baik seperti merokok atau pengambilan minuman beralkohol.
[embed-health-tool-bmr]