Apa itu AGE?
AGE adalah merujuk kepada produk Advanced Glycation End. Ia adalah kumpulan sebatian yang ditinggalkan dalam tubuh manusia selepas proses metabolisme yang biasa. Jumlah AGE yang terdapat dalam tubuh akan memudaratkan kesihatan manusia kerana ia menggalakan keradangan dan pengoksidaan. Ia juga menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit buah pinggang, diabetes jenis 2 atau penyakit Alzheimer.
Siapakah yang biasa mendapat AGE?
Proses pembentukan AGE mengambil masa yang lama. Tambahan pula, orang yang berusia lebih cenderung mendapat lebih AGE berbanding mereka yang muda. Selain itu, seseorang dengan beberapa penyakit tertentu seperti diabetes atau masalah buah pinggang mungkin mendapat AGE yang lebih tinggi di dalam tubuh mereka kerana perkumuhan AGE melalui urin berkurang. Tambahan pula, seseorang yang menghidap diabetes mendapat lebih banyak AGE kerana tahap gula dalam darahnya yang tinggi.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen