home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Memahami Apa Itu Bulking Dan Cutting

Memahami Apa Itu Bulking Dan Cutting

“Asyik pergi gym tapi kenapa nampak macam makin berisi je?” – Jika anda seseorang yang sedang berusaha untuk mendapatkan badan berotot yang ideal (lean), tentu anda pernah ditegur dengan ayat seperti di atas oleh ahli keluarga atau rakan-rakan. Teguran ini lazimnya datang daripada orang yang tidak pernah ke gimnasium ataupun daripada golongan yang dangkal terhadap ilmu fisiologi badan. Dalam proses untuk mendapatkan badan yang ideal, seseorang itu perlu melalui dua fasa penting iaitu bulking dan cutting.

Kalori adalah kunci perbezaan

Dalam usaha untuk mendapatkan badan yang lean, seseorang itu perlu melalui dua fasa penting dalam latihan mereka iaitu fasa bulking dan cutting. Penting untuk diingati bahawa dalam kedua-dua fasa ini, rejim latihan rintangan (resisitance exercise) seperti mengangkat berat diteruskan seperti biasa atau dengan sedikit perbezaan dalam bilangan ulangan (repitions) dan/atau set.

Fasa bulking adalah fasa di mana seseorang itu akan meningkatkan pengambilan kalori harian mereka dalam kadar yang sangat banyak berbanding keperluan harian. Sebagai contoh, untuk seseorang yang sepatutnya hanya mengambil 2,000 Kcal sehari, mereka akan meningkatkan jumlah pengambilan kalori ini dengan lebihan 500 hingga 1,500 Kcal.

Untuk fasa cutting pula, seseorang itu akan mengawal diet mereka dengan cukup ketat. Ini dilakukan dengan mengurangkan jumlah pengambilan kalori harian mereka pada kadar yang sangat rendah, di samping memilih makronutrien yang tertentu. Lazimnya, jumlah kalori yang diambil adalah sekitar 500 hingga 1,500 Kcal lebih rendah berbanding pengambilan kalori harian yang sepatutnya.

Mengapa perlunya fasa bulking dan cutting?

Asas kepada peningkatan berat badan adalah dengan meningkatkan pengambilan kalori harian anda melebihi kadar yang sepatutnya. Begitu juga sebaliknya, pengambilan kalori yang lebih rendah berbanding kadar pengambilan harian yang disarankan akan menyebabkan anda mengalami penyusutan berat badan. Mengapa anda perlu melalui kedua-dua fasa ini sebelum boleh memiliki badan yang berotot dan rendah lemak adalah kerana kaitan antara lemak dan otot.

Dalam fisiologi badan manusia, anda tidak boleh menambahkan jisim otot yang banyak tanpa menambah sedikit lemak di sekitar badan. Untuk itu, seseorang yang sedang melakukan bulking akan mempunyai saiz otot yang cukup besar namun mereka juga akan mempunyai jumlah lemak yang tinggi. Di samping itu, definisi otot mereka juga adalah tidak begitu jelas dan otot mereka hanya kelihatan besar secara amnya. Untuk itu, mereka tidak akan mempunyai 6-packs yang jelas di bahagian abdomen mereka.

Saiz otot tangan yang lebih besar ketika fasa bulking. Definisi otot tidak terlalu jelas dan lemak banyak terkumpul pada bahagian abdomen.

Selepas berpuas hati dengan saiz otot yang dibina ketika fasa bulking, seseorang itu akan bergerak ke fasa cutting pula untuk mendapatkan badan yang lean. Fasa cutting ini akan menyebabkan penyusutan berat badan yang banyak, di mana majoritinya adalah disebabkan pengurangan peratusan lemak. Namun, dalam fisiologi badan, anda tidak boleh mengurangkan peratusan lemak dengan banyaknya tanpa mengalami sedikit penurunan jisim otot. Pada penghujung fasa ini, seseorang itu akan mempunyai definisi otot yang jelas dan 6-packs mereka akan mula menyerlah.

Definisi otot adalah lebih jelas dan saiz otot adalah lebih kecil berbanding fasa bulking. Otot 6-packs juga jelas terlihat kerana peratusan lemak badan yang rendah

Tuntasnya, usaha dalam mendapatkan badan yang ideal adalah suatu perjalanan yang lama dan penuh kesukaran. Demi mendapatkan badan ideal yang berotot dan rendah lemak, anda terpaksa melalui kedua-dua fasa bulking dan cutting ini dengan jayanya. Jika ada orang menegur anda dengan sapaan yang sama seperti di bahagian pengenalan, anda boleh berikan sahaja mereka pautan kepada artikel ini.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Fetters, K. A. What It Really Means to Bulk Up https://www.menshealth.com/fitness/a26114988/how-to-bulk/ (accessed Oct 30, 2019).
Bulking and Cutting | MaxiNutrition https://www.maxinutrition.com/sports/bodybuilding/Bulking-and-Cutting/ (accessed Oct 30, 2019).
Jay. Bulking & Cutting: How To Bulk Up And Cut For More Muscle, Less Fat. A Workout Routine, 2011.
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Disemak pada 02/07/2020
x