Mengapa anda menggemari hirupan kopi yang pekat dan pahit tetapi rakan sekerja anda cenderung menyukai minuman yang sebaliknya tidak seperti pilihan anda? Salah seorang saintis yang juga pensyarah dalam bidang perubatan pencegahan di Northwestern University Feinberg School of Medicine, Marilyn Cornelis mencari variasi dalam gen selera kita yang dapat menerangkan pilihan minuman kita, memandangkan pemahaman terhadap pilihan tersebut dapat menunjukkan cara untuk melaksanakan intervensi yang lebih baik terhadap diet manusia.
Gen dan pilihan rasa
Penyelidikan beliau telah menunjukkan bahawa pilihan rasa kita terhadap minuman pahit atau manis tidak berdasarkan variasi dalam gen rasa kita, tetapi gen yang berkaitan dengan sifat psikoaktif minuman ini.
Menurut beliau, genetik yang mendasari pilihan kita adalah berkaitan dengan komponen psikoaktif jenis minuman tersebut. Individu menggemari cara kopi atau minuman beralkohol memberi kesan terhadap perasaan mereka dan oleh kerana itulah mereka meminumnya, bukan disebabkan oleh rasanya. Kertas penyelidikan ini diterbitkan pada 2 Mei 2019 dalam jurnal Human Molecular Genetics.
Menurut Cornelis, penyelidikan tersebut menyoroti komponen tindak balas tingkah laku yang penting kepada pilihan minuman dan menambah kefahaman pasukan penyelidikannya mengenai hubungan antara genetik dan pengambilan minuman – dan halangan yang berpotensi untuk melaksanakan intervensi dalam diet manusia.
Minuman bergula dikaitkan dengan banyak penyakit dan keadaan kesihatan. Pengambilan alkohol pula berkaitan dengan lebih daripada 200 penyakit dan menyumbang kira-kira 6 peratus kematian di seluruh dunia.
Cornelis mendapati satu varian dalam gen, yang dipanggil FTO, dikaitkan dengan minuman yang dimaniskan dengan gula. Individu yang mempunyai varian dalam gen FTO – varian yang sama sebelum ini yang berkaitan dengan risiko obesiti yang lebih rendah, lebih menyukai minuman yang dimaniskan dengan gula.
Menurut beliau lagi, perkara ini bersifat tetap. FTO telah menjadi satu gen misteri, dan pasukan penyelidikannya tidak mengetahui dengan tepat bagaimana ia dikaitkan dengan obesiti. Ia mungkin memainkan peranan dalam tingkah laku, yang akan dikaitkan dengan pengurusan berat badan.
Bagaimana kajian gen ini berfungsi
Minuman-minuman dikategorikan kedalam kumpulan minuman yang berasa manis dan minuman yang berasa pahit. Minuman yang berasa pahit termasuklah kopi, teh, jus limau gedang, bir, wain merah dan minuman keras. Minuman yang berasa manis termasuklah minuman yang dimaniskan dengan gula, minuman dengan pemanis tiruan dan jus selain limau gedang. Klasifikasi rasa ini telah disahkan sebelum ini.
Pengambilan minuman telah dikumpulkan menggunakan pengambilan makanan 24 jam atau soal selidik. Para saintis mengira bilangan hidangan minuman pahit dan manis yang diambil oleh kira-kira 336,000 individu di UK Biobank. Kemudian, mereka melakukan kajian persatuan genom mengenai pengambilan minuman pahit minuman manis. Akhir sekali, mereka melihat untuk meniru penemuan utama mereka dalam tiga kohort di Amerika Syarikat.
Baca juga:
- Melihat Sesuatu yang Mengingatkan Anda Kepada Kopi Boleh Merangsang Otak
- Amaran! Teh, Kopi Panas Tingkatkan Risiko Kanser Esofagus
- Bukan Sekadar Kopi, Kenali Sumber Kafein yang Lain
[embed-health-tool-bmr]