backup og meta

Sumber Makanan Sihat: Wajib Diambil Sepanjang Ramadan

Sumber Makanan Sihat: Wajib Diambil Sepanjang Ramadan

Lain orang, lain selera dan sajian makanan wajibnya di bulan Ramadan. Biasanya, saat berbuka puasa orang cenderung untuk membeli makanan atau jajan khas yang dijual di kaki lima menjelang waktu berbuka. Sedangkan untuk waktu sahur, ramai  yang bergantung kepada makanan segera kerana ia praktikal dan mudah dibuat. Seperti diketahui, ramai orang makan makanan yang belum jelas khasiat serta nutrisinya. Ia boleh mempengaruhi kesihatan tubuh. Tambahan lagi, tempoh waktu berpuasa bukan sekejap. Jika dalam satu bulan Ramadan anda tidak memerhatikan pengambilan makanan, badan anda akan mengalami kesan buruk selepas selesai Ramadan. Jadi, apakah sumber makanan sihat yang wajib ada sepanjang bulan puasa ini?

Bahan makanan wajib ketika puasa

Bukannya tidak boleh mengambil semua jenis hidangan semasa bulan Ramadhan. Boleh sahaja, tetapi semua itu harus anda imbangi dengan pengambilan makanan yang sihat agar badan tidak kekurangan nutrisi dan kesihatan tubuh anda tetap terjaga.

Berikut merupakan 4 sumber makanan sihat yang wajib diambil ketika puasa:

1. Makanan yang mengandungi karbohidrat

Semasa berpuasa, tubuh anda memerlukan karbohidrat untuk membuat glukosa, yang merupakan sumber tenaga utama badan anda. Glukosa adalah sejenis zat gula yang digunakan sebagai tenaga atau disimpan agar boleh digunakan kemudian.

Karbohidrat boleh ditemui dalam makanan seperti nasi, pasta dan roti. Sebaiknya, ambil makanan mengandungi karbohidrat di waktu sahur, agar dapat merasakan manfaat tenaga sepanjang waktu berpuasa dan tubuh tidak mudah letih.

2. Minuman atau cecair

Walaupun bukan dalam bentuk makanan, ternyata badan memerlukan air sewaktu berbuka dan sahur. Samada ada air, susu, jus, teh ataupun smoothies, semuanya dapat memberikan penghidratan tanpa kalori yang berlebihan. Dari semua jenis minuman, yang paling wajib dan paling penting untuk diminum adalah air mineral.

Mengapa perlu minum air kosong? Ini adalah kerana tubuh anda menggunakan air di semua sel, organ, dan jaringan badan yang lain untuk membantu mengawal suhu dan menjaga fungsi badan yang lain. Jika tubuh anda kehilangan air melalui pernafasan, berpeluh, dan penghadaman, adalah penting untuk menghidrasinya semula dengan meminum cecair dan mengambil makanan yang mengandungi air. Sepanjang bulan puasa sebaiknya minum 5 gelas air mineral semasa sahur, dan 5 gelas selanjutnya saat berbuka. Maka dengan itu tubuh tetap terhidrasi dengan baik.

3. Sayur dan kekacang

Sayur dan kekacang menjadi sumber makanan wajib di bulan puasa. Semua sayur-sayuran dan kekacang memberikan kombinasi serat larut dan tidak larut. Serat membantu usus berfungsi dengan baik dan melambatkan penguraian makanan menjadi glukosa di dalam darah. Serat larut juga dapat membantu mengawal kadar kolesterol di dalam darah yang biasanya memuncak apabila mengambil hidangan berbuka puasa.

4. Buah-buahan

Kurma sudah menjadi hidangan legenda yang biasanya dimakan untuk berbuka puasa sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Selain merupakan sumber makanan sihat, ramai yang sudah mengetahui bahawa kurma adalah berkhasiat kerana kandungan gula semula jadinya bagus dalam merangsang tenaga badan, serta menyediakan mineral seperti kalium, tembaga dan serat yang cukup. Anda juga boleh mendapat manfaat cecair, pelbagai vitamin dan mineral yang ada pada buah avokado, jeruk, timun suri, dan tembikai susu.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Carbohydrates are Important for Your Diet http://www.everydayhealth.com/weight/why-carbohydrates-are-important-for-your-diet.aspxDiakses pada 23 Mei 2017

What to eat and drink during a fasting diet http://www.livestrong.com/article/463153-what-to-eat-drink-during-a-fasting-diet/ Diakses pada 23 Mei 2017

What to eat and drink during iftar and sahoor https://www.nutrition.org.uk/healthyliving/seasons/ramadan.html?limit=1 Diakses pada 23 Mei 2017

Fruits and vegetables play important role http://healthyeating.sfgate.com/colors-fruits-vegetables-play-important-role-1660.html Diakses pada 23 Mei 2017

Versi Terbaru

23/11/2021

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Manfaat Yang Anda Dapat Apabila Makan Secara Sihat Setiap Hari, No. 3 Ramai Tak Sedar!

Inginkan Sarapan Pagi Lebih Berkhasiat? Ini Makanan Yang Perlu Anda Ambil & Tolak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 23/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan