backup og meta

7 Sebab Mengapa Anda Perlu Berhenti Merokok

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 20/06/2023

    7 Sebab Mengapa Anda Perlu Berhenti Merokok

    Merokok sudah menjadi budaya yang semakin mendapat tempat di Malaysia. Sebanyak 22.8 peratus dari rakyat Malaysia adalah perokok.

    Semua orang tahu bahawa merokok adalah tidak baik untuk kesihatan. Mari kita lihat 7 sebab di bawah mengapa anda perlu berhenti merokok.

    1. Anda mungkin mendapat sakit jantung

    Penyakit jantung adalah pembunuh utama di Malaysia. Merokok menyebabkan saluran darah, khsusnya arteri koronari di jantung, menjadi sempit dan akhirnya tersumbat sehingga menyebabkan serangan jantung.

    2. Meningkatkan paras kolesterol

    Merokok dihubungkan dengan kenaikan kolesterol ‘jahat’ atau LDL di dalam badan. Kolesterol adalah faktor risiko bagi banyak penyakit seperti diabetes, sakit jantung dan kencing manis.

    3. Melemahkan imun sistem

    Bahan-bahan kimia di dalam setiap sedutan rokok ternyata boleh melemahkan sistem imun. Perokok lebih kerap mengalami jangkitan saluran pernafasan berbanding bukan perokok.

    4. Menjejaskan kesuburan

    Bagi lelaki, merokok boleh menyebabkan mati pucuk disebabkan saluran darah zakar yang menjadi sempit. Kualiti sperma juga boleh terjejas dengan asap rokok. Selain itu, wanita hamil boleh mengalami keguguran.

    5. Membahayakan orang sekeliling

    Merokok bukan sahaja menjejaskan kesihatan anda, malah orang sekeliling turut boleh terkesan dengan asap secondhand yang anda hembuskan. Anak dan isteri anda mungkin berisiko mendapat penyakit-penyakit sama seperti perokok.

    6. Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) dan kanser paru-paru

    COPD adalah penyakit utama yang disebabkan oleh perokok kronik. Keadaan ini menyebabkan pesakit selalu batuk dan mengalami sesak nafas. Ia juga meningkatkan risiko kepada kanser paru-paru.

    7. Menjejaskan ekonomi anda

    Dalam kesempitan ekonomi sekarang, merokok pastinya akan menambahkan lagi beban tersebut. Dengan memotong kos membeli rokok, anda pasti terkejut dengan perubahan yang berlaku.

    Berhenti merokok tentunya tidak mudah. Tetapi dengan keazaman dan perancangan yang baik, pasti impian tersebut akan menjadi kenyataan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 20/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan