backup og meta

Artikel Ditaja Oleh Dugro

Anemia Kekurangan Zat Besi (IDA) Kesan Senyap Terhadap Perkembangan Otak

Si manja mungkin nampak kelihatan hanya letih biasa, namun ia boleh menjadi tanda anemia kekurangan zat besi (IDA) yang berlaku secara senyap. Jika tidak dikenal pasti lebih awal, ia boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangan otak anak1.

Anemia Kekurangan Zat Besi (IDA) Kesan Senyap Terhadap Perkembangan Otak

Lebih mencabar, tanda-tanda IDA sering  disalah anggap sebagai masalah biasa seperti kurang tidur atau jangkitan ringan.

Bagaimana sebenarnya ibu ayah boleh mengenal pasti tanda awal ini? Teruskan membaca artikel untuk ketahuinya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Gangguan Darah, anda boleh klik di sini.

Apa itu anemia kekurangan zat besi (IDA)?

Kenapa berlaku anemia?

Tahukah anda, anemia merujuk kepada keadaan di mana badan anda mengalami kekurangan sel darah merah sihat?

Apabila keadaan ini berlaku, badan tidak mendapat oksigen yang cukup untuk berfungsi dengan baik2.

kesan anemia
Perbezaan sel darah merah di antara individu yang menghidapi anemia dan yang tidak.

Anemia kekurangan zat besi (IDA) berlaku apabila badan anda kekurangan zat besi dan ianya masalah kesihatan yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak1,2.

Tanda-tanda anemia kekurangan zat besi (IDA)

Tahukah anda bahawa 1 daripada 3 kanak-kanak Malaysia berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi (IDA)1,2?

Antara tanda-tanda anemia pada si manja yang perlu anda perhatikan termasuk:

  • Cepat letih
  • Badan lemah
  • Kulit pucat
  • Susah fokus
  • Tangan dan kaki terasa sejuk
  • Pening kepala

Namun begitu, tanda-tanda ini sering sukar dikesan pada peringkat awal dan boleh menjadi semakin teruk jika anemia berlanjutan. Dalam sesetengah kes, si manja mungkin langsung tidak menunjukkan sebarang simptom.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap perubahan atau simptom pada si manja, segera dapatkan nasihat doktor.

Adakah anemia berbahaya? Ketahui lebih lanjut di bawah.

Kesan anemia kekurangan zat besi (IDA) pada kanak kanak

Adakah bahaya jika si manja anda alami kekurangan zat besi?

Berikut adalah beberapa kesan anemia akibat kekurangan zat besi yang boleh berlaku pada si manja:

1. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang terjejas

kesan anemia
Perkembangan kanak-kanak bermula daripada pemakanan si ibu.

Antara kesan IDA termasuk pertumbuhan kanak-kanak terbantut, sukar untuk memberi tumpuan, keletihan, lemah, kulit atau bibir pucat, pening, serta sesak nafas3.

Jika anda menyedari tanda-tanda ini pada si manja, anda perlu lebih berwaspada.

2. Perkembangan otak terjejas & keupayaan berfikir dan belajar menurun 

Zat besi memainkan peranan penting dalam perkembangan otak, pembelajaran dan daya tumpuan kanak-kanak3.

Anemia kekurangan zat besi (IDA) boleh menyebabkan anak sukar fokus serta mempunyai keupayaan berfikir yang lebih rendah3.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kekurangan zat besi boleh menyebabkan kesan jangka masa panjang dan tidak dapat dipulihkan terhadap perkembangan otak3.

Kesan ini boleh memberi impak kepada pencapaian akademik mereka. Malah, kanak-kanak yang mengalami IDA berpotensi mempunyai skor IQ 13% lebih rendah4.

Selain itu, anemia juga boleh menjejaskan kecerdasan, pembelajaran dan kemahiran kendiri si manja.

Cara mengatasi anemia kekurangan zat besi (IDA)

IDA adalah jenis anemia yang biasa dan sering dialami. Ia boleh dicegah dan disebabkan itulah pemberian zat besi penting untuk menyokong perkembangan si manja  adalah penting1. 

Anak anda disarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi: 1

  • Zat besi – Daging merah seperti daging lembu, kacang, lentil, bijirin diperkaya zat besi, sayuran berdaun hijau gelap dan buah-buahan kering seperti kurma, kismis dan aprikot kering.
  • Vitamin C – Buah-buahan sitrus dan jus, brokoli, tomato, tembikai dan strawberi.

Dumex Dugro®, susu untuk perkembangan si manja

Macam-macam anda sudah lakukan tetapi masih tidak berjaya? Ibu bapa boleh berikan susu formula Dumex Dugro® kerana ia satu-satunya jenama yang menggunakan formulasi Zat Besi Aktif!

Dengan 3 gelas Dumex Dugro®, 100% keperluan zat besi sehari boleh dipenuhi untuk menyokong perkembangan 360 si manja!^

kesan anemia

Dumex Dugro® mengandungi 21 vitamin dan mineral penting yang menyokong perkembangan 360° kanak-kanak Malaysia – meliputi perkembangan otak, pertumbuhan fizikal dan keupayaan pembelajaran. Menarik bukan?

Susu ini dirumus dengan Zat Besi Aktif untuk menyokong 3X penyerapan*, serta DHA yang tinggi**, 21 Vitamin & Mineral, yang penting penting untuk pembelajaran dan perkembangan fizikal si manja di setiap peringkat umur; 1-3 tahun, 3-6 tahun dan 6 tahun ke atas.

Berikut antara fakta menarik yang anda perlu tahu:

  1. 1 daripada 3 kanak-kanak Malaysia berisiko menghidapi anemia kekurangan zat besi (IDA)1.
  2. Zat besi yang mencukupi menyokong keupayaan berfikir dan belajar 2.5X lebih baik5.
  3. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan kesan jangka masa panjang dan tidak dapat dipulihkan terhadap perkembangan otak3.
  4. Anemia kekurangan zat besi (IDA) boleh menjejaskan skor IQ sebanyak 13 mata; kanak-kanak tanpa IDA mencatat skor IQ 13 mata lebih tinggi4.

Kesimpulan

Sekiranya anda bimbang sama ada anak mengalami risiko anemia atau tidak mendapat zat besi yang mencukupi daripada pemakanan harian, segeralah mendapatkan nasihat doktor. Langkah ini penting bagi memastikan penilaian yang tepat dan mendapatkan penyelesaian terbaik jika berisiko IDA mengikut keperluan anak anda.

Sokong keperluan zat besi si manja dengan Dumex Dugro®, jangan biarkan IDA jejaskan perkembangan anak.

Dapatkan Dumex Dugro® dengan Zat Besi Aktif di sini sekarang dan bantu anak anda capai potensi terbaik mereka.

*Dengan kombinasi optimum nisbah Vitamin C:Zat Besi antara 3 dan 4, dalam lingkungan yang disyorkan oleh WHO untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

**Dugro Langkah 3 (semua varian) mengandungi DHA (51.2mg/100g) dan EPA (12.4mg/100g) tertinggi antara 2 jenama utama susu tepung kanak-kanak dalam segmen standard pada Julai 2025.

^3 gelas susu Dugro 3 memberi 100% pengambilan zat harian Zat Besi (RNI Malaysia 2017) untuk kanak-kanak 1–3 tahun.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Jalaludin M, Kiau H, Hasim S, Lee W, Low A, Kazim N, Hoi J, Taher S. A Noninvasive Approach to Assess the Prevalence of and Factors Associated With Anemia Risk in Malaysian Children Under Three Years of Age: Cross-Sectional Study. JMIR Pediatr Parent 2025;8:e58586. URL: https://pediatrics.jmir.org/2025/1/e58586. DOI: 10.2196/58586. Accessed April 28, 2026
  2. World Health Organization. Haemoglobin concentrations for diagnosing anaemia and assessing severity. WHO 2011. (WHO/NMH/NHD/MNM/11.1). https://www.who.int/publications/i/item/WHO-NMH-NHD-MNM-11.1.  Accessed April 28, 2026 
  3. World Health Organization. (2020) WHO Guidance Helps Detect Iron Deficiency and Protect Brain Development. https://www.who.int/news/item/20-04-2020-who-guidance-helps-detect-iron-deficiency-and-protect-brain-development. Accessed April 28, 2026
  4. Agaoglu, L., Torun, O., Unuvar, E., Sefil, Y., & Demir, D. (2007). Effects of iron deficiency anemia on cognitive function in children. Arzneimittel-Forschung, 57(6A), 426–430. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17691592/. Accessed April 28, 2026
  5. Lozoff, B., Jimenez, E., & Smith, J. B. (2006). Double burden of iron deficiency in infancy and low socioeconomic status: a longitudinal analysis of cognitive test scores to age 19 years. Archives of pediatrics & adolescent medicine, 160(11), 1108–1113. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17088512/. Accessed April 28, 2026

Versi Terbaru

15/06/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ini 2 Jenis Talasemia Yang Patut Anda Ketahui, Ada Perbezaan Ke Tak?

Rupanya, Ada 7 Jenis Anemia Yang Boleh Berlaku Akibat Kurang Sel Darah Merah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 3 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?