backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Baby Susah Nak Tidur Jika Tak Didodoi? Ini 7 Cara Melatih Bayi Tidur Sendiri

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/09/2023

    Baby Susah Nak Tidur Jika Tak Didodoi? Ini 7 Cara Melatih Bayi Tidur Sendiri

    Waktu tidur adalah waktu penting tumbesaran bayi. Sebagai ibu bapa, kita sering keliru cara tidurkan bayi yang terbaik. Ada 7 kaedah melatih bayi tidur sendiri untuk dicuba.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

    Proses tumbesaran bayi

    melatih bayi tidur sendiri

    Proses tumbesaran adalah antara fasa penting dalam kehidupan seorang bayi. Ia memerlukan persekitaran yang sesuai untuk mereka membesar secara semula jadi. 

    Namun apabila bercakap mengenai waktu tidur, sesetengah ibu bapa khususnya mereka yang baru pertama kali melangkah ke alam keibubapaan, berdepan dengan masalah bayi yang sukar tidur.

    Pelbagai cara sudah dicuba, tetapi si manja sukar untuk tidur tanpa disusukan atau didodoi sebelum tertidur.

    Ia pastinya menjadi satu masalah kerana si kecil tidak mempunyai peluang untuk belajar cara menenangkan diri sehingga tertidur. 

    Seperti proses pembelajaran yang lain, sebagai contoh merangkak. Jika anda sentiasa mendukung bayi, si manja tidak berpeluang untuk belajar merangkak.

    Ini kerana hampir kebanyakan masa bayi tidak berada di lantai untuk membolehkan dia memahami cara melakukannya.

    Sama jugalah keadaannya dengan tidur, sekiranya si kecil sudah terbiasa didodoi dan disusukan sehingga terlelap, mana mungkin dia mengetahui cara menenangkan dirinya.

    7 cara melatih bayi tidur sendiri

    melatih bayi tidur sendiri

    Jangan risau, masih belum terlambat untuk anda melatih bayi tidur sendiri.

    Berikut Hello Doktor kongsikan 7 cara tidurkan bayi yang boleh anda cuba.

    Semoga bayi anda akan dapat belajar tidur sendiri selepas ini.

    1. Bawa masuk bilik awal

    Perkara paling utama dalam melatih bayi tidur sendiri adalah dengan membawa si manja untuk masuk ke bilik tidur lebih awal daripada waktu tidur.

    Kaedah ini seolah-olah memberitahu si kecil bahawa sudah tiba masa untuk mereka tidur. 

    Jika anda mengamalkan cara tidurkan bayi ini, ia secara tidak langsung dapat membantu membiasakan si kecil dengan rutin tidur awal.

    Sebaiknya ketika di dalam bilik tidur, elakkan sebarang rangsangan yang membuatkan si kecil cergas seperti bunyi daripada televisyen yang kuat.

    1. Rutin sejak kecil

    Anda pasti pernah mendengar rungutan sesetengah ibu bapa yang anak mereka sukar tidur awal.

    Ini adalah disebabkan oleh kebiasaan sejak kecil untuk tidur lambat. Haa.. jangan terkejut jika pukul 12 tengah malam pun ada si kecil yang masih diusung berjalan di uptown.

    Jadi untuk mengelakkan situasi seperti itu, anda harus menyedari kepentingan mendidik waktu tidur kepada anak sedari usia bayi lagi.

    Lebih-lebih lagi bayi memerlukan masa tidur yang lebih lama berbanding individu dewasa. 

    Cara tidurkan bayi terbaik adalah dengan melatih mereka melelapkan mata pada waktu yang sama setiap hari.

    Elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecergasan dan kecerdasan mereka sebelum tidur. 

    1. Rutin tidur konsisten, antara tip bagaimana melatih bayi tidur sendiri

    2 hingga 3 jam sebelum waktu tidur, anda amat disarankan untuk melakukan aktiviti yang tenang dan boleh merangsang otak si kecil untuk tidur.

    Antara aktiviti yang boleh anda lakukan seperti memperdengarkan alunan zikir, bercerita, menyanyi atau sebarang perkara lain yang bersesuaian. 

    Sebolehnya lakukan aktiviti yang sama setiap kali tiba waktu tidur.

    Hindari aktiviti melibatkan gajet seperti televisyen atau gajet. Ia tidak membantu merangsang si manja untuk tidur, sebaliknya lebih menjadikan mereka cergas. 

    1. Elakkan gangguan ketika mengantuk

    Biasanya apabila melihat bayi kelihatan mengantuk, apa yang anda lakukan? Membiarkannya atau mengusik mereka agar tidak tidur?

    Jika anda membiarkannya, ia adalah antara cara tidurkan bayi yang betul.

    Apabila si manja tampak mulai lali dan hampir melelapkan mata, elakkan daripada terus bermain dengan mereka.

    Jika boleh, sebaik sahaja mereka kelihatan letih, bawalah si kecil ke dalam bilik yang sunyi dan tenang.

    Ini merupakan antara kaedah yang boleh dilakukan dalam melatih bayi tidur sendiri tanpa dipengaruhi oleh ibu bapa.

    melatih bayi tidur sendiri

    1. Kurangkan tabiat menyusu hingga tidur

    Mendukung atau menyusukan bayi sehingga tertidur merupakan antara perkara yang sering dilakukan kebanyakan ibu bapa.

    Jangan bimbang, ia tiada salahnya.

    Tetapi jika dilakukan secara berterusan, si kecil mungkin tidak dapat belajar untuk tidur dengan sendirinya.

    Jadi jika boleh, apabila bayi kelihatan hampir melelapkan mata atau keletihan, letakkan si manja di atas tilam untuk membolehkan dia menenangkan dirinya sebelum tertidur. 

    1. Sediakan ruang tidur yang selesa

    Jika kita sebagai individu dewasa juga mahukan ruangan selesa untuk tidur, begitu jugalah keadaannya dengan si kecil.

    Siapa yang boleh tidur dalam keadaan panas dan tidak selesa? 

    Sediakanlah ruangan tidur yang selesa dan tenang.

    Hindari pencahayaan yang terlalu terang atau terlalu sejuk. Elakkan juga daripada memenuhi ruangan tidur si kecil dengan terlalu banyak barang mainan.

    1. Jadikan waktu tidur sebagai keutamaan

    Mesti ada yang bertanya kenapa waktu tidur si manja penting, bukan?

    Ia bukan sahaja waktu untuk melelapkan mata, bahkan ia juga adalah waktu untuk tumbesaran otak si manja. 

    Bukan sekadar itu, waktu tidur si manja juga adalah waktu untuk ibu berehat.

    Jika bayi sukar tidur, ia boleh menyebabkan wujudkan tekanan kepada ibu. Haaa…timbul masalah lain pula. 

    Melatih bayi tidur sendiri tanpa digendong

    Anda mungkin berasakan ia perkara yang tidak begitu penting untuk melatih bayi tidur sendiri.

    Tetapi percayalah semakin bayi anda meningkat besar, anda akan berasakan bahawa ia penting untuk mereka belajar tidur secara sendiri. 

    Jadi mulakan daripada awal, ia bukan sahaja penting untuk si kecil tetapi juga kepada ibu bapa kerana anda juga memerlukan rehat yang secukupnya. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan