Kutu Rambut Kanak-kanak: Adakah Satu Masalah Besar?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kutu rambut adalah satu masalah yang sangat biasa. Kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah untuk mendapat kutu rambut, tetapi golongan remaja turut berpotensi untuk mendapat kutu rambut dengan mudah. Kutu rambut tidaklah berbahaya kerana ianya tidak menyebarkan penyakit. Tetapi ia mudah berjangkit, oleh itu lebih mudah untuk menjangkiti daripada individu kepada individu yang lain dengan mudah. Kutu juga adalah sesuatu yang kurang menyenangkan memandangkan gigitannya boleh menyebabkan kegatalan dan sekiranya seseorang individu menggaru bahagian yang gatal dengan terlalu kerap, ia akan menyebabkan iritasi kulit bahkan boleh menyebabkan jangkitan. Kutu kepala boleh bertahan sehingga 4 minggu di bahagian kepala seseorang dan boleh menghasilkan 10 biji telur dalam tempoh sehari. Memandangkan kutu kepala boleh berkembang biak dengan cepat, adalah lebih baik untuk seseorang individu merawat kutu kepala dengan segera untuk mengelakkan pembiakan kutu yang lebih banyak.

Kutu kepala adalah serangga kecil yang memakan darah dari kulit kepala manusia. Serangan kutu kepala disebut pediculosis capitis, yang paling sering memberi kesan kepada kanak-kanak dan biasanya hasil dari pemindahan langsung kutu dari rambut satu individu ke rambut individu yang lain. Serangan kutu kepala bukanlah tanda kebersihan diri yang buruk atau persekitaran hidup yang tidak bersih. Ubat di kaunter dan melalui preskripsi boleh didapati untuk merawat kutu kepala. Mengikuti arahan rawatan dengan berhati-hati adalah penting untuk menghilangkan kutu kepala dan telur mereka. Sebilangan remedi di rumah atau semulajadi digunakan untuk merawat serangan kutu kepala, tetapi terdapat hanya sedikit bukti klinikal mengenai keberkesanannya.

Tanda-tanda kehadiran kutu rambut

Kutu adalah sangat kecil, tetapi anda masih boleh melihatnya walaupun ianya tidaklah mudah. Kutu dewasa berwarna putih kekelabuan atau keperang-perangan dan mempunyai saiz biji kira-kira sebesar bijan kecil. Kutu bergerak sangat pantas, jadi anda sebenarnya lebih cenderung untuk melihat telur kutu berbanding kutu itu sendiri.

Telur kutu dipanggil sebagai nit. Nit tersebut kelihatan seperti kelemumur, tetapi ia tidak jatuh dengan mudah seperti kelemumur. Kutu melekatkan nits mereka ke kepingan rambut, berhampiran dengan kulit kepala. Sekiranya anda berfikir bahawa anda mempunyai kutu dan melihat sejenis gumpalan bulat yang kecil pada helaian rambut anda, ia mungkin adalah nit.

Sekiranya nit berwarna kuning, keperang-perangan, atau coklat, ini bermakna kutu tersebut belum menetas. Sekiranya nit berwarna putih, kutu telahpun menetas dan hanya telur sahaja yang masih kekal. Telur kutu menetas dalam masa 1 hingga 2 minggu selepas ianya diletakkan di helaian rambut.

Selain kehadiran nit atau kutu di kepala, kegatalan – atau perasaan sesuatu yang bergerak di sekitar kulit kepala – adalah satu lagi petunjuk bahawa anda mungkin mempunyai kutu. Seperti gigitan nyamuk, gatal-gatal adalah tindak balas daripada air liur serangga. Sesetengah individu yang mempunyai kutu juga mendapat benjolan merah kecil akibat daripada menggaru.

Bagaimana rupa bentuk telur kutu rambut?

Telur, atau nit, adalah oval kecil yang melekat pada batang rambut, berukuran sebanyak 0.8 mm x 0.3 mm.

Kutu kepala betina meletakkan telur sekitar 6 mm daripada kulit kepala. Individu sering akan menemuinya di belakang telinga dan di belakang leher.

Istilah nit turut juga merujuk kepada selongsong telur kosong yang kekal di bahagian rambut apabila nimfa tersebut telah menetas. Ini lebih mudah dilihat, terutamanya pada rambut yang lebih gelap, kerana warnanya lebih cerah, biasanya putih atau kuning.

Bagaimana kutu rambut menyebar?

Kutu tidak boleh melompat atau terbang. Ia menyebar dari individu kepada individu lain apabila kepala individu saling menyentuh atau selepas berkongsi benda-benda seperti topi dan pakaian lain, sikat, berus, pengikat kepala, atau barrette. Kutu boleh hidup sehingga 2 hari tanpa makan diatas kepala seseorang, oleh itu anda juga berkemungkinan boleh mendapat kutu daripada sarung bantal, cadar, selimut, beg tidur, dan tempat tidur lain.

Kutu tidak ada hubungannya dengan kebersihan diri. Kutu menyukai semua individu, termasuklah kanak-kanak yang paling pembersih. Kutu boleh menyebar di sekolah dan tetapan kumpulan lain (seperti perkhemahan atau parti) kerana ini adalah tempat di mana individu berada dalam hubungan rapat. Salah satu sebab mengapa kanak-kanak mendapat kutu lebih kerap daripada remaja adalah kerana anak-anak bermain bersama secara lebih rapat dan sering berkongsi lebih banyak barangan.

Anda tidak boleh mendapat kutu dari haiwan peliharaan. Kutu adalah “spesies spesifik,” yang bermaksud bahawa manusia tidak mendapat kutu daripada haiwan peliharaan dan haiwan peliharaan tidak mendapat jenis kutu kepala yang diperolehi daripada manusia.

Penyebab kutu rambut

kutu rambut

Kutu kepala adalah seekor serangga yang berwarna keperang-perangan atau kelabu dengan saiz sebesar saiz biji strawberi. Ia memakan darah manusia yang dikeluarkannya dari kulit kepala manusia. Kutu betina menghasilkan bahan melekit yang melekatkan setiap telur ke helaian rambut. Telur dilekatkan kira-kira 3/16 inci (4 milimeter) dari pangkal rambut – memandangkan persekitaran seperti yang tersebut menyediakan suhu ideal untuk mengeramkan telur.

Kitaran hidup kutu

Telur kutu dewasa menetas selepas lapan atau sembilan hari. Apa yang muncul daripada tetasan telur tersebut adalah bentuk kutu yang tidak matang yang disebut nimfa. Nimfa menjadi kutu dewasa dewasa selepas sembilan hingga 12 hari, dan kutu dewasa akan hidup selama tiga hingga empat minggu.

Faktor-faktor risiko

Oleh kerana kutu kepala tersebar terutamanya disebabkan oleh hubungan antara sentuhan kepala ke kepala, risiko perpindahan kutu adalah yang paling besar dalam kalangan orang muda yang bermain atau bersekolah bersama. Di Amerika Syarikat, kes kutu kepala paling kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak di sekolah prasekolah hinggalah sekolah menengah. Sesiapa yang mempunyai hubungan rapat dengan seseorang yang sudah mempunyai kutu kepala, atau dengan pakaian mereka yang terkontaminasi dan barang-barang lain, turut berisiko untuk mendapat kutu kepala. Jadi ianya amat mudah untuk memindahkan kutu kepala dari satu individu ke individu lain.

Simptom mempunyai kutu di bahagian kepala

Gejala yang paling biasa bagi jangkitan kutu kepala adalah kegatalan kepala. Kegatalan tersebut adalah hasil tindak balas alahan setempat kepada gigitan kutu.

Individu yang mempunyai kutu kepala juga dapat melihat gejala berikut:

  • Rasa gatal di bahagian kepala
  • Perasaan seperti sesuatu yang bergerak di kepala atau melalui rambut
  • Kesukaran tidur memandangkan kutu kepala menjadi lebih aktif dalam kegelapan
  • Luka di bahagian kepala akibat daripada menggaru

Tidak mustahil bagi seseorang untuk mendapat jangkitan pada luka akibat daripada menggaru kepala. Orang ramai perlu berjumpa dengan doktor jika mereka mendapat jangkitan kulit kepala.

Bagaimana kanak-kanak boleh mendapat kutu rambut?

kutu rambut

Seorang kanak-kanak boleh mendapat kutu kepala melalui beberapa cara.

  • Berhubungan dengan individu atau kanak-kanak lain yang sudah dijangkiti kutu (hubungan secara peribadi adalah perkara biasa semasa bermain, di sekolah, aktiviti sukan, di kem atau parti.)
  • Memakai pakaian yang dipenuhi kutu, seperti topi, tudung, jaket, seragam sukan, atau pita rambut
  • Menggunakan sikat, berus, atau tuala yang dijangkiti kutu
  • Berbaring di atas katil, sofa, bantal, permaidani, atau permainan boneka yang telah bersentuhan dengan individu yang yang mempunyai kutu (walaupun terdapat bukti bahawa risiko sangat rendah jika lebih daripada 48 jam telah berlalu sejak pendedahan)

Komplikasi

Sekiranya anak anda menggaru kulit kepala yang disebabkan oleh serangan kutu rambut, mungkin kulit kepala akan pecah dan menyebabkan ia menjadi satu jangkitan.

Rawatan kutu rambut

Untuk merawat kutu kutu kepala, individu boleh menggunakan ubat-ubatan yang dipanggil pediculicides, yang membunuh kutu kepala. Sesetengah rawatan tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil, oleh itu adalah lebih baik untuk membuat pemerksaan dengan doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakannya.

Orang ramai boleh memohon rawatan kutu kepala over the counter (OTC) secara topikal ke kepala. Adalah penting untuk mematuhi arahan perubatan, yang menasihati seseorang untuk:

  • Membasuh rambut dan keringkan dengan tuala untuk mengeluarkan air yang berlebihan
  • Menggunakan syampu tanpa perapi, kerana perapi boleh bertindak sebagai penghalang antara rambut dan rawatan
  • Mengikuti arahan mengenai berapa lama untuk membiarkan rawatan pada rambut
  • Membilas rambut di sinki dan bukannya melalui mandian atau pancuran untuk menghentikan rawatan yang boleh menyebabkan kerengsaan pada seluruh kulit
  • Gunakan air suam dan bukannya air panas

Rawatan ini boleh menyebabkan lecuran ringan atau perasaan yang merengsakan. Selepas itu, individu harus menggunakan sikat untuk membuang kutu mati atau hidup yang masih terdapat di rambut serta telur-telur kutu tersebut.

Kedua-dua rawatan ini hanya membunuh kutu kepala hidup, bukan telur yang tidak menetas, oleh itu individu mungkin perlu menggunakan dos rawatan kedua, 9 hingga 10 hari selepas rawatan pertama

Jika penyelesaian OTC tidak berkesan, individu perlulah berjumpa dengan doktot. Mereka mungkin perlu menggunakan ubat preskripsi yang mengandungi:

  • benzil alkohol
  • malathion
  • spinosad
  • ivermectin

Individu perlu mengikut arahan doktor mereka apabila menggunakan rawatan kutu kepala, kerana penyalahgunaan atau penggunaan terlalu banyak boleh menyebabkan kesan sampingan.

Di samping rawatan tersebut, individu boleh mengambil tindakan untuk membantu membasmi kutu dan mencegah serangan semula kutui. Beberapa tip untuk pencegahan termasuk:

  • membasuh sebarang pakaian atau tempat tidur yang digunakan oleh individu dalam beberapa hari terakhir dalam basuhan panas di atas 128.3 ° F (53.5 ° C) untuk membunuh kutu
  • memvakum lantai dan perabot di mana dirasakan ia merupakan kawasan yang terdapat helaian rambut yang dimiliki oleh individu yang mempunyai kutu rambut
  • Mengelakkan untuk berkongsi sebarang aksesori rambut, pakaian, atau barang-barang yang bersentuhan dengan kepala seseorang yang mempunyai kutu
  • Lakukan cucian kering bagi sebarang benda yang tidak boleh dibasuh (seperti haiwan boneka). Atau letakkannya dalam beg kedap udara sekurang-kurangnya selama 3 hari.
  • Rendam alatan penjagaan rambut seperti sikat, barrettes, pengikat rambut atau band, headbands, dan berus dalam alkohol atau syampu berubat selama 1 jam. Anda juga boleh membasuh mereka dalam air panas atau hanya membuangnya.

Syampu untuk kutu kepala boleh didapati untuk pembelian di kedai ubat, farmasi, dan secara atas talian.

Apa yang tidak boleh dilakukan semasa proses menghilangkan kutu rambut?

kutu rambut

Dalam usaha anda untuk menyingkirkan kutu kepala, terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan. Sesetengah perkara yang tidak boleh dilakukan termasuklah:

  • Jangan gunakan pengering rambut pada rambut anak anda selepas menggunakan mana-mana rawatan kulit kepala yang ada sekarang kerana ada bahan-bahan yang mudah terbakar. Pengering rambut juga boleh menyebabkan kutu hidup untuk tertiup ke udara dan menyebar ke individu lain yang berdekatan.
  • Jangan gunakan kombinasi perapi atau syampu / perapi sebelum menggunakan ubat kutu.
  • Jangan basuh rambut anak anda selama 1 hingga 2 hari selepas menggunakan rawatan perubatan.
  • Jangan gunakan semburan atau menyewa perkhidmatan syarikat kawalan perosak untuk cuba menghilangkan kutu dalam kawasan rumah, kerana cara ini boleh memudaratkan. Kutu kepala tidak bertahan lama apabila ianya jatuh dari seseorang, jadi anda tidak perlu menghabiskan banyak masa dan wang yang cuba menghilangkan kutu di rumah anda.
  • Jangan gunakan ubat yang sama lebih daripada tiga kali pada satu individu. Sekiranya ia tidak berfungsi, doktor anda boleh mengesyorkan ubat lain.
  • Jangan gunakan lebih daripada satu ubat kutu pada satu masa.
  • Jangan gunakan minyak pati (seperti minyak ylang-ylang atau minyak pokok teh) untuk merawat kutu pada kulit kepala. Minyak ini boleh menyebabkan tindak balas alahan pada kulit kepala dan belum diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah A.S. (FDA). Juga, tidak ada kajian untuk menunjukkan sama ada rawatan tersebut sebenarnya berkesani atau tidak.
  • Jangan gunakan bahan kimia seperti petrol atau minyak tanah pada rambut. Ini sangat mudah terbakar dan tidak boleh digunakan untuk merawat kutu pada sesiapa sahaja.

Pencegahan

Sukar untuk menghalang penyebaran kutu kepala dalam kalangan kanak-kanak di kemudahan penjagaan kanak-kanak dan sekolah kerana terdapat hubungan yang sangat dekat antara kanak-kanak tersebut. Walau bagaimanapun, adalah menjadi satu amalan yang baik sekiranya kanak-kanak menggantung pakaian mereka di cangkuk yang berasingan dengan pakaian kanak-kanak yang lain selain tidak berkongsi sikat rambut, berus, topi dan skarf tudung. Satu kebimbangan mengenai perpindahan kutu kepala tidak dianggap sebagai alasan yang baik untuk mengelakkan berkongsi perlindungan kepala untuk sukan dan berbasikal ketika mana perkongsian sememangnya diperlukan.

Adakah Kutu Akan Menghilang?

kutu rambut

Seperti yang diketahui ramai ibu bapa, serangan kutu boleh menjadi pertempuran yang berterusan, terutamanya dalam tetapan kumpulan. Tidak ada keraguan bahawa ia boleh menjadi sangat sukar untuk menyingkirkan kutu.

Jika anda telah mengikuti setiap cadangan sebelum ini dan anak anda masih mempunyai kutu, ia mungkin kerana:

  • sesetengah nit tertinggal di kepala anak anda
  • anak anda masih terdedah kepada seseorang yang mempunyai kutu
  • rawatan yang anda gunakan tidak berkesan

Jika anak anda masih mempunyai kutu 2 minggu selepas anda memulakan rawatan atau jika kulit kepala anak anda dijangkiti, jumpa doktor untuk mendapatkan sebarang nasihat perubatan.

Tanpa mengira berapa lama masalah itu berlangsung, pastikan untuk mengingatkan anak anda bahawa walaupun mempunyai kutu akan menjadi sangat memalukan, sesiapa pun boleh dijangkiti dengan jangkitan kutu rambut. Adalah penting bagi anak-anak untuk memahami bahawa mereka tidak melakukan apa-apa yang salah dan bahawa mempunyai kutu tidak menjadikan mereka kotor. Ibu bapa perlu meyakinkan anak mereka bahawa walaupun proses menyingkirkan kutu adalah satu proses yang sangat sukar, ia bukanlah menjadi satu masalah yang besar dan masih tetap mempunyai harapan untuk menyelesaikannya. Bersabar dan ikuti rawatan dan tips pencegahan seperti yang diarahkan oleh doktor anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut