Haid Tak Teratur, Jadi Bila Waktu Subur?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019

Haid tak teratur bererti anda mengalami ovulasi secara tidak teratur atau dalam beberapa kes, tidak mengalami ovulasi. Kitaran haid dikira daripada hari pertama anda datang haid dan hari terakhir sehari sebelum kedatangan haid seterusnya. Bagi wanita yang mengalami haid tak teratur, kitaran haid mereka mungkin berubah seperti 26 hari, 28 hari, 21 hari dan sebagainya mengikut bulan.

Ovulasi atau pengeluaran ovum (telur) adalah satu-satunya waktu dalam kitaran haid di mana seorang wanita boleh hamil melalui persenyawaan ovum oleh sperma. Jika anda mempunyai haid tak teratur, anda masih berkemungkinan untuk hamil walaupun menentukan waktu subur anda mungkin lebih susah.

Berikut beberapa kaedah untuk mengatasi masalah haid tak teratur anda:

1. Tanda kitaran haid anda

Walaupun anda mengalami kitaran haid tak teratur, anda tetap perlu menandakan kitaran haid anda pada kalendar atas beberapa sebab. Antaranya ialah anda mungkin dapat melihat beberapa petunjuk dalam corak kitaran haid anda atau maklumat tentang kitaran haid anda boleh dikongsikan dengan pakar kesuburan.

Untuk mengira anggaran waktu subur anda, rekod kitaran haid anda sepanjang tahun dan lihat bilangan hari kitaran terpanjang dan terpendek.  Tolak 18 daripada kitaran haid yang terpendek sebagai hari pertama waktu subur. Sementara 11 hari ditolak daripada kitaran haid terpanjang sebagai hari terakhir waktu subur. Anda akan mendapat anggaran hari pertama dan terakhir waktu subur anda.

26 hari (kitaran haid terpendek) – 18 = 8

32 hari (kitaran haid terpanjang)- 11 = 21

Ini bererti anggaran waktu subur anda adalah pada hari ke-8 hingga hari ke-21 dalam kitaran haid anda.

2. Periksa lendiran serviks

Serviks merujuk kepada bahagian paling bawah rahim yang bersambung dengan vagina anda. Lendiran daripada serviks anda berubah ketika anda mengalami ovulasi. Lendiran serviks beberapa hari pertama selepas haid anda adalah kering. Kemudian akan meningkat sehingga menjadi banyak, licin, jernih dan boleh likat sewaktu ovulasi. Ramai wanita menggambarkannya sama seperti konsistensi putih telur.

3. Suhu badan

Suhu badan anda berubah dengan bermulanya ovulasi. Jika anda mengukur suhu badan anda setiap hari, anda akan mendapati terdapat peningkatan suhu semasa ovulasi berlaku. Ini membolehkan anda menentukan waktu ovulasi.

4. Kit Peramal Ovulasi

Ovulation predictor kit ialah alat yang digunakan untuk mengesan ovulasi. Bagi mereka yang mengalami haid tak teratur, anda mungkin perlu melakukan lebih banyak ujian setiap bulan.

Kit ini mengesan hormon Luteinizing (LH) dalam air kencing anda. Terdapat peningkatan hormon ini 24 hingga 48 jam sebelum ovulasi. Kit peramal ovulasi mengesan peningkatan ini dan membolehkan anda mengetahui bahawa anda sedang mengalami ovulasi. Anda boleh merekodkan tarikh ini pada kalendar untuk mengenal pasti corak ovulasi bulanan anda atau berkongsi maklumat kepada pakar kesuburan jika anda masih sukar hamil.

Kombinasi penggunaan kaedah berikut boleh membantu anda meramalkan waktu subur anda dengan lebih tepat. Sebagai contoh, anda boleh menganggarkan waktu subur anda berdasarkan kiraan pada kalendar kemudian memeriksa lendiran serviks, suhu badan atau menggunakan kit sepanjang anggaran waktu subur untuk menentukan ovulasi. Jangan mudah berputus asa dan dapatkan bantuan daripada pakar jika anda masih keliru menentukan waktu subur anda.

Kira waktu subur anda di sini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut:

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bila Haid Pertama Selepas Bersalin Akan Kembali? Ini 5 Perkara Ibu WAJIB Tahu

    Sepanjang 9 bulan kehamilan, seseorang wanita yang mengandung tidak akan mengalami period. Hmmm...rasa berdebar pula menunggu haid selepas bersalin.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Anak Perempuan Anda Baru Haid? Ini 5 Cara Hilangkan Rasa Sakit Menstruasi

    Sakit menstruasi tidak digemari oleh kebanyakan wanita. Namun, bagi remaja yang pertama kali haid, sudah tentu akan bimbang menghadapi rasa sakit senggugut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Persiapan Menjadi Anak Dara: Menjelaskan Tentang Haid Kepada Anak

    Apabila anak menempuhi zaman akil baligh, ini bermakna mereka akan menjadi anak dara. Sudahkah anda bersedia untuk menjelaskan tentang haid kepadanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Haid Tidak Teratur Punca Pendek Usia

    Mengalami masalah haid tidak teratur selalunya dikaitkan dengan masalah kesuburan. Tetapi bagaimana kalau ia menyebabkan jangka hayat anda lebih pendek?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    tuala-wanita-perlu-dibasuh-atau-dibuang-terus

    Basuh Dulu Tuala Wanita Sebelum Buang, Perlu Ke? Ini 7 Tip Jaga Faraj Semasa Haid

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/05/2020
    pil perancang keluarga

    Biar Betul! Pil Perancang Keluarga Boleh Kurangkan Period Pain? 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 12/05/2020
    tanda kanser rahim

    Ini 7 Golongan Berisiko Dapat Kanser Rahim- Termasuk Wanita Yang Tak Pernah Hamil, Jaga-jaga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/05/2020

    Kenapa Waktu Period Saya Boleh Sama Dengan BFF? Ini Kebetulan Atau Terbukti Saintifik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/05/2020