Serangan dan penderaan seksual adalah jenayah serius yang mesti dihentikan dan dicegah kerana ia menjejaskan kehidupan individu yang menjadi mangsa dengan cara yang sangat negatif.
Artikel di bawah akan memberi maklumat lanjut tentang perkara ini.
Dapatkan bantuan
- Lari atau elakkan diri dari pelaku dan hubungan talian hotline untuk mendapatkan bantuan polis.
- Lindungi bukti yang ditinggalkan pelaku di badan anda, ia adalah untuk memudahkan untuk proses menuntut keadilan jika anda ingin membuat laporan polis. Elakkan dari menyikat rambut, membersihkan bahagian badan atau menukar pakaian, jangan sentuh atau kacau tempat kejadian.
- Walaupun ia mendatangkan rasa tidak selesa, terus ke bilik kecemasan. Doktor akan mengumpul bukti milik pelaku, seperti air main, air liur, rambut atau serat pakaian untuk dibawa ke muka pengadilan.
- Dapatkan pemeriksaan teliti untuk merawat luka atau kecederaan yang anda tidak sedari.
- Minta bantuan doktor atau pegawai bertugas untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut, untuk mengetahui sama ada anda dijangkiti sebarang penyakit seksual atau kelamin. Di samping itu, dapatkan kontraseptif kecemasan untuk mengelakkan dari kehamilan.
- Buatlah laporan polis. Kebanyakan individu yang menjadi mangsa serangan dan gangguan seksual enggan membuat laporan kerana malu atau merasa jijik terhadap diri sendiri. Sentiasa ingat, apa yang berlaku bukan kesalahan anda dan individu yang melakukan serangan seksual itu adalah penjenayah.
- Failkan laporan polis.
Tips pencegahan
Untuk mengurangkan kebarangkalian dan peluang untuk menjadi mangsa serangan dan gangguan seksual, anda harus mengambil langkah-langkah pencegahan berikut:
- Kawal pengambilan alkohol kerana keadaan fizikal dan mental akan menjadi lemah apabila anda dalam keadaan mabuk. Kesannya, ia akan menyebabkan anda menjadi sasaran mudah untuk penjenayah.
- Letakkan kereta, kenderaan atau berjalan di kawasan terang. Seeloknya pilih jalan yang tidak sunyi.
- Pastikan rumah dan kenderaan anda di kunci dengan selamat. Jangan membenarkan individu yang anda tidak kenali, individu yang anda kenal tetapi tidak anda percaya masuk ke dalam rumah anda.
- Letakkan kunci di tempat yang mudah untuk anda capai, seperti di pintu, untuk memudahkan anda bertindak balas dengan cepat.
- Jangan mengikut individu yang baru anda kenali.
- Jika anda diajak untuk ke sesuatu tempat yang anda tidak ketahui dan bersendirian, elakkan.
Serangan dan gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, jangan salahkan diri sendiri. Dapatkan bantuan doktor dan profesional kerana apa yang anda perlu lakukan adalah belajar melepaskan masa lalu dan teruskan kehidupan anda.
Anda mungkin berminat pada topik: