Mari Bersenam Walaupun Setua Mana Pun Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019
Share now

Bersenam merupakan satu amalan yang sangat baik dan amat digalakkan untuk mengekalkan kehidupan yang sihat. Hakikatnya, badan manusia dipercayai dicipta untuk menjadi aktif. Badan yang tidak aktif cenderung untuk berdepan dengan kesan buruk seperti penambahan kolesterol dan lemak di dalam badan, otot menjadi lemah, saluran darah menjadi sempit dan tersumbat serta berkemungkinan untuk mengalami gangguan emosi.

Melakukan aktiviti fizikal atau bersenam secara berkala terbukti dapat membantu mencegah dan merawat penyakit tidak berjangkit (noncommunicable diseases) seperti penyakit jantung, strok, diabetes dan kanser payudara serta kanser usus.

Secara purata masih aktif

Kerap bersenam juga dipercayai dapat mencegah masalah tekanan darah tinggi, berat badan berlebihan dan obesiti serta boleh meningkatkan kesihatan mental dan kualiti kesihatan hidup secara keseluruhannya. Namun, dikatakan sebahagian besar populasi dunia semakin kurang bersenam. Adakah rakyat Malaysia rajin bersenam?

Dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015, rakyat Malaysia secara relatifnya adalah aktif. Laporan tersebut mendapati bahawa 66.5% penduduk negara ini adalah aktif, sekurang-kurangnya pada intensiti kecergasan minimum, dari sudut fizikal secara puratanya.

Lelaki mendahului wanita iaitu 71.1% berbanding 61.7%.

Angka ini adalah agak baik dan telah berlaku peningkatan berbanding laporan pada tahun 2011. Walau bagaimanapun, majoriti daripada peratusan tersebut adalah aktif pada tahap minimum. Hanya 25.4% sahaja yang termasuk dalam kategori sangat aktif.

Bersenam atau melakukan sebarang aktiviti fizikal bukan sahaja diperlukan oleh individu belia atau muda, tetapi ia juga perlu dilakukan oleh individu dewasa yang lebih berusia atau warga emas. Malah, mungkin sebenarnya, golongan ini lebih perlu untuk melakukan senaman bagi menjamin hidup yang lebih berkualiti. 

Malah, menurut satu penyelidikan yang dilakukan di University of Birmingham menyatakan bahawa individu dewasa lebih berusia yang tidak pernah melakukan atau terlibat dalam sebarang program senaman mempunyai keupayaan yang sama untuk membina otot seperti atlet terlatih dalam lingkungan usia yang sama.

Tahap keupayaan yang sama

Penyelidikan ini menunjukkan bahawa individu warga emas yang tidak mempunyai kebiasaan melakukan latihan fizikal atau senaman akan memperolehi manfaat apabila melakukan latihan rintangan seperti mengangkat berat. 

Melalui hasil kajian yang diterbitkan dalam Frontiers in Physiology, para penyelidik daripada University of Birmingham’s School of Sport and Exercise Science telah melakukan kajian perbandingan keupayaan membina otot kepada dua kumpulan individu lelaki lebih berusia.

Kumpulan pertama diklasifikasikan sebagai  ‘master atlet’ yang melibatkan individu aktif berusia lingkungan 70-an dan 80-an yang melakukan aktiviti fizikal sepanjang hayat dan masih bersaing dalam sukan kegemaran mereka. Manakala kumpulan kedua adalah individu sihat dalam lingkungan usia yang sama tetapi tidak pernah melakukan atau terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal mahupun senaman yang berstruktur.

Setiap peserta yang terlibat diberikan pengesan isotop (isotope tracer) dalam bentuk air minuman ‘berat’ dan diminta mengambil bahagian dalam satu senaman fizikal yang melibatkan latihan berat menggunakan mesin senaman.

Penyelidik telah mengambil biopsi otot setiap peserta dalam tempoh 48 jam sebelum dan selepas senaman. Kajian dilakukan untuk memeriksa bagaimana otot bertindak balas terhadap aktiviti bersenam yang dilakukan dan pengesan isotop dapat membantu untuk mengenal pasti bagaimana protein berkembang di dalam otot.

Daripada hasil keputusan yang diperolehi, menunjukkan sesuatu di luar dugaan. Bagi kumpulan pertama, sesungguhnya para penyelidik telah menjangkakan bahawa mereka mempunyai keupayaan yang lebih tinggi untuk membina otot berikutan tahap kecergasan baik dalam tempoh yang panjang. 

Namun apa yang mengejutkan adalah bagi kumpulan kedua yang merupakan individu berusia yang tidak pernah langsung terlibat dalam sebarang program fizikal turut menunjukkan tahap keupayaan yang sama untuk membina otot sebagai tindak balas bersenam yang dilakukan. 

Belum terlambat untuk bersenam

Menurut Ketua Penyelidikan, Dr Leigh Breen, “Kesimpulan yang boleh dibuat daripada hasil penyelidikan adalah masih belum terlambat untuk bersenam. Tidak kira sama ada anda merupakan seorang individu yang telah melakukan senaman fizikal sepanjang hidup anda ataupun baru ingin mula bersenam, anda tetap mendapat manfaat daripada senaman sebaik sahaja anda mula melakukannya.”

Perkara yang penting untuk dititikberatkan adalah mengenai bimbingan yang lebih spesifik tentang bagaimana seseorang individu dapat meningkatkan kekuatan otot mereka. Ini melibatkan aktiviti di luar gim dan aktiviti di rumah seperti berkebun, naik turun tangga, atau mengangkat barang.

Setiap perkara yang anda lakukan boleh dianggap sebagai antara rejim senaman, walaupun aktiviti senaman fizikal tersebut hanyalah aktiviti intensiti rendah. Yang lebih utama adalah mengenai komitmen anda untuk melakukannya secara berkala. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Rujukan

    1 daripada 4 Orang Dewasa Kurang Bersenam

    https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/orang-dewasa-tidak-aktif-bersenam/ /Accessed on Sept 10, 2019

     

    Adakah Rakyat Malaysia Bersenam?

    https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/kecergasan-pemakanan/adakah-rakyat-malaysia-bersenam/  /Accessed on Sept 10, 2019

     

    It's never too late to start exercising, new study shows

    https://www.sciencedaily.com/releases/2019/08/190830082621.htm /Accessed on Sept 10, 2019

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    5 Cara Mengetatkan Miss V Yang Paling Efektif, Pasti Suami Tak Lari!

    Selain melakukan pembedahan, ada juga cara mengetatkan faraj lain yang lebih efektif iaitu senaman kegel. Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Ini Salah Faham Tentang Senaman Yang Menjadi Kepercayaan

    Bersenam antara cara terbaik memperbaiki tahap kesihatan secara menyeluruh. Tetapi terdapat beberapa salah faham mengenai senaman yang menjadi ikutan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Hidup Sihat Tanpa Diet. Boleh ke?

    Berikut merupakan nasihat pakar makanan yang boleh diguna pakai bagi mencapai tahap kesihatan ideal. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Percaya Atau Tidak, Berjalan Kaki Mampu Kurangkan Risiko Kanser

    Terdapat satu kajian yang menyatakan, individu yang kerap berjalan kaki mempunyai kemungkinan yang lebih rendah untuk mendapat tujuh jenis kanser

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    Mudah Rasa Cemas dan Gelisah? Ini Cara Hilangkannya, Jangan Sampai Jadi Stres

    Mudah Rasa Cemas dan Gelisah? Ini Cara Hilangkannya, Jangan Sampai Jadi Stres

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/04/2020
    Boleh Cuba 4 Penawar Ini Bagi Turunkan Masalah Hipertensi!

    Boleh Cuba 4 Penawar Ini Bagi Turunkan Masalah Hipertensi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2020
    Sukan Tinju BUKAN Hanya Untuk Melatih Otot, Ketahui 6 Lagi Manfaatnya Terhadap Kesihatan!

    Sukan Tinju BUKAN Hanya Untuk Melatih Otot, Ketahui 6 Lagi Manfaatnya Terhadap Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/02/2020
    Bolehkah Pengambilan Suplemen Menggantikan Senaman?

    Bolehkah Pengambilan Suplemen Menggantikan Senaman?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/01/2020