Elakkan Dari Buat Kesilapan Ini Ketika Bangun Pagi

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan

Tidak dinafikan bukan semua individu jenis morning person, iaitu bangun pagi dengan mudah dan ceria. Contoh paling senang, macam iklan ubat gigi, di mana mereka bangun begitu excited dan riang semata-mata untuk menggosok gigi.

Let’s admit it, situasi sebegitu susah untuk berlaku di alam realiti, bukan? Lagi-lagi kalau ‘tak’ dapat tidur yang mencukupi. Jadi kita cenderung untuk melakukan beberapa perkara yang tak sepatutnya dilakukan. Nak tahu apakah perkara-perkara tersebut? Teruskan membaca.

Kesilapan bangun pagi harus dielakkan

Berikut adalah beberapa perkara yang sebaiknya dihindari dari dilakukan, seperti:

  1. Tundakan masa

Penulis percaya ramai yang melakukan perkara ini: set alarm dan apabila ia berbunyi anda tekan butang tunda (snooze button), terutamanya kalau set alarm guna telefon pintar. Kenapa anda buat begitu? kerana anda rasa tambahan 5, 10 atau 15 minit itu akan membantu menjadikan anda lebih bertenaga, bukan? Malang sekali, anda hanya akan lebih bertenaga jika anda bangun dan tidur pada waktu yang sama setiap hari. Jadi elakkan dari tekan snooze button, okay?

  1. Bergelap

Bangun dalam suasana yang suram dan keadaan bilik yang nyaman sudah tentu akan membuatkan anda sukar untuk bangun dari katil. Jadi cuba bangun pagi, nyalakan lampu dan bersedia untuk mulakan hari anda. Lagi bagus jika, selepas bangun dari tidur anda dapatkan vitamin D, daripada sinaran matahari. 

  1. Terlalu cepat

Tahu ‘tak’ bangun terlalu cepat selepas baring sangat tidak bagus. Kenapa? Inilah penjelasannya, anda sedang berbaring dan terus bangun secara mengejut. Keadaan ini membuatkan graviti ‘menghantar’ darah ke kaki dengan cepat, menyebabkan tekanan darah anda boleh menurun. Akibatnya anda boleh mengalami pening dan paling serius boleh mengakibatkan anda pengsan. 

Pastinya kita semua tidak mahu perkara sebegitu terjadi pada waktu pagi. Jadi sebaiknya, bangun perlahan-lahan dan duduk sebentar di tepi katil. Beri peluang kepada otak dan badan untuk bersedia menjalankan fungsi dan peranan masing-masing. 

  1. Kopi

Penulis yakin kebanyakan daripada kita mengambil kopi pada setiap pagi. Jadi jangan tinggalkan tabiat ini, jika anda tidak mahu dilanda keletihan atau kebingungan. Malahan jika anda tidak meminum kopi, anda mungkin tidak dapat menumpukan perhatian. Sekiranya anda sedang cuba untuk mengurangkan pengambilan kafein, lakukannya secara perlahan-lahan dan berperingkat.

  1. Menggosok gigi

Dalam drama atau filem, anda pasti pernah melihat situasi individu bangun lambat dan kelam kabut untuk pergi kerja dan kebiasaannya, tidak gosok gigi. Bayangkan kalau dalam realiti? Euww…jijik bukan? Lagi-lagi kalau mulut ‘tu’ jadi berbau. 

Setiap malam akan terbentuk satu lapisan melekit pada gigi, ia dipanggil plak. Jika tidak menggosoknya setiap pagi, lapisan ini akan mengeras dan dipanggil tartar. Ia hanya boleh dibuang dengan bantuan doktor gigi. 

Gabungan plak dan tartar cenderung meningkatkan risiko gusi bengkak atau berdarah, kavitis, nafas berbau, penyakit gusi dan masalah kesihatan lain. Jadi, bangun pagi dan pastikan anda menggosok gigi. 

  1. Emel

Penulis yakin di antara kita ada tabiat suka memeriksa emel, gajet atau sosial media sebaik sahaja bangun daripada tidur, betul bukan? Tetapi tabiat itu hanya akan membuat anda stres dan anxiety (kebimbangan). Sekali gus ia cenderung membuatkan emosi pagi anda terganggu.

Jadi, mungkin selepas ini anda boleh cuba untuk kurangkan tabiat sebegitu atau jalan yang paling baik, jangan lakukan langsung tabiat itu. Periksalah emel, atau sosial media anda selepas anda betul-betul bersedia memulakan hari anda. Percayalah, ia akan membuatkan anda lebih ceria dan gembira.

  1. Perancangan

Memulakan hari tanpa sebarang perancangan pastikan boleh membuatkan hari anda menjadi kelam kabut dan akhirnya anda mungkin akan stres, moody dan mudah naik angin. Adakah anda ingin perkara sebegitu terjadi dengan hari anda? Sudah tentu tidak mahu.

Jadi sebaiknya rancanglah apa yang akan atau ingin anda lakukan pada keesokkan harinya, sama ada berkaitan dengan kerja, tugasan rumah, keluarga atau apa sahaja. Kalau boleh, catatkan dalam buku dan buatlah senarai.

  1. Bersarapan

It’s a must do thing in the morning, people! Jangan malas untuk bersarapan walau dengan hanya semangkuk bijirin bersama susu. Ini kerana individu yang mengambil sarapan pagi cenderung untuk mempunyai pemikiran yang tajam, kurang lemak badan dan kurang berisiko untuk mengalami diabetes jenis 2 serta penyakit berkaitan jantung. 

Penjagaan diri

Untuk dapatkan hari yang ceria, perkara pertama sekali anda perlukan tidur yang berkualiti dan mencukupi. Jika tidak, kecenderungan untuk bangun pagi dengan emosi yang tidak stabil, rasa mengantuk adalah sangat tinggi. Amalkan gaya pemakanan yang seimbang dan bersenam pastinya dapat membantu anda untuk melalui hari anda dengan lebih baik. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel: