backup og meta

Perintah Kawalan Pergerakan Buat Anda Resah & Gelisah? Ini 5 Cara Berkesan Atasinya

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    Perintah Kawalan Pergerakan Buat Anda Resah & Gelisah? Ini 5 Cara Berkesan Atasinya

    Kegelisahan boleh merujuk sebagai perasaan bimbang, gugup, atau takut terutama ketika anda takut memikir tentang apa yang bakal berlaku. Ia adalah satu tindak balas normal, tetapi seandainya anda tidak dapat mengendalikan kegelisahan anda dengan sebaiknya, ia boleh mendatangkan impak kepada tahap kesihatan anda.

    Kebiasaannya rasa resah dan gelisah ini berlaku apabila berada dalam situasi tekanan tinggi, seperti menghadapi tarikh akhir kerja, menyesuaikan diri dengan perubahan baru di tempat kerja atau beradaptasi dengan perubahan untuk menjadi seorang ibu.

    Simptom biasa kegelisahan adalah perut rasa tidak selesa, sakit kepala ringan, tapak tangan berpeluh, dan jantung berdegup laju.

    Dalam hidup, anda perlu berdepan dengan pelbagai perkara yang mungkin membuatkan anda rasa takut, bimbang dan cemas. Untuk menghentikan kegelisahan dari menjadi semakin tidak terkawal, anda harus mengenali tanda-tanda amaran kegelisahan dan mencari cara untuk mengatasinya. Tip di bawah mungkin dapat membantu anda menangani kegelisahan dan keresahan.

    1. Bersenam

    Kebanyakan individu tidak biasa melakukan senaman, tetapi kajian melaporkan bahawa bersenam lima kali seminggu dapat mengurangkan kegelisahan dan tekanan.

    Tanpa bersenam, tekanan yang anda hadapi akan membuatkan otot menjadi tegang dan menyebabkan kesakitan. Apabila anda dapat melakukan sedikit pergerakan, tenaga tambahan berlebihan dapat dikeluarkan dari badan dan menjadikan diri anda lebih seimbang secara mental.

    Kesan dari senaman yang dilakukan, ia menjadikan neurotransmitter (bahan kimia otak yang membawa maklumat ke seluruh otak dan tubuh) dapat dibebaskan, sekaligus memberi peningkatan kepada emosi dan pernafasan anda. Senaman secara teratur dapat membantu mengurangkan rasa resah dan gelisah anda.

    2. Amalkan gaya hidup sihat

    Kehidupan yang sihat memainkan peranan penting dapat menguruskan kegelisahan.

    Anda harus dapat mengawal aspek hidup anda dengan mendapatkan tidur yang cukup untuk memperolehi nutrisi dan penghidratan, kerana tubuh anda memerlukan bekalan tenaga yang mencukupi untuk melakukan pekerjaan.

    Semakin tubuh anda sihat, semakin kurang rasa gelisah yang anda hadapi. Masalah utama bagi individu yang mengalami kemurungan adalah untuk mendapatkan tidur yang mencukupi.

    Tidur membantu anda mengimbangi tubuh dan tahap psikologi anda. Waktu tidur adalah untuk tubuh anda berehat sepenuhnya. Anda harus cukup tidur untuk menghilangkan kegelisahan anda.

    3. Latih diri untuk bertenang

    Visualisasi adalah satu cara untuk mendapatkan ketenangan bagi mengatasi kegelisahan. Cuba bayangkan anda sedang berada dalam tempat yang tenang, pantai yang cantik atau taman kehijauan yang penuh bunga, sebagai contoh. Anda pasti akan menjadi lebih tenang dan mendapat peluang untuk berhubung dengan fikiran anda untuk menangani tekanan secara semula jadi.

    4. Alihkan perhatian

    Alihkan pemikiran anda, mungkin dengan memulakan perbualan dengan seseorang individu mengenai topik yang tidak berkaitan dengan kegelisahan anda adalah satu idea untuk melupakan apa yang anda lalui.

    Apabila anda tidak memikirkan tentang kegelisahan, masalah mungkin dapat disingkirkan dari fikiran anda dan anda dapat menikmati perbualan dengan sebaiknya.

    Hadkan akses kepada perkara negatif dari media dan jangan biarkan ia mempengaruhi fikiran anda. Gunakan iPod atau pemain media mudah alih yang lain dengan memuat turun buku audio, podcast atau muzik yang anda suka dan nikmatinya.

    5. Wujudkan matlamat kecil

    Anda pasti pernah mendengar ,”mulakan sesuatu perkara dengan langkah demi langkah”. Bina matlamat kecil dan penuhinya setiap hari. Elakkan meletak matlamat besar yang terlalu banyak yang mungkin membuatkan anda rasa serba salah dan bimbang.

    Anda boleh kecilkan skop matlamat anda, sebagai contoh, daripada menulis “masak makan malam”, anda boleh pecahkannya kepada “rancang makan malam”, “beli barang runcit”, “sediakan makan malam”.

    Menyelesaikan tugasan kecil dalam senarai matlamat anda dapat memberikan satu kepuasan kepada anda.

    Apabila anda dapati diri anda sedang bergelut dengan kegelisahan dan keresahan, anda harus ingatkan kembali tentang apa yang anda telah capai sehingga ke hari ini.

    Jika anda masih tidak dapat mengawal kegelisahan anda, anda mungkin perlu untuk mendapatkan bantuan doktor untuk dirujuk kepada pakar psikologi atau profesional kesihatan mental yang lain.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan